Wednesday, December 26, 2018
Juscoffee dan Justea Minuman Terbaru Dari Yeo's
Kadang duduk saje saje lepastu teringin nak air sejuk, tak semena mena tekak ni meminta minta kopi sejuk sejuk. Nikmat weh kopi sejuk. Aku prefer kopi or teh sejuk daripada yang panas. Memang sejenis tak pandai minum air panas sangat hewhew . So kalau pergi singgah Shell ke apa, mesti nak cekau air kopi sejuk juga lagi lagi kalau aku kena drive long hours.
Sebabkan aku ni kira macam sejenis suka menyinggah Shell, aku perasan je lah kalau ada air baru dekat rak or peti ais dia tu. So yang latest ni, aku perasan ada air baru keluaran jenama Yeo's. Jangan terkejut wey, Yeo's sekarang dah ada rangkaian minuman terbaru berasaskan "COFFEE" . Kalau sebelum ni asyik nampak air cincau, soya dengan chrysanthemum, kali ni Yeo's dah ada air kopi weyy! Minuman berasaskan kopi jenama Yeo's ni dibawah range "Juscoffee" .
Korang tahu kan, Yeo's ada range untuk minuman berasaskan teh , Justea? Ni pun sedap jugak. So aku baru tahu rupanya seiring dengan pelancaran minuman Juscoffee , untuk Justea pun ada perisa terbaru yang diperkenalkan oleh Yeo's tau .
So 3 minuman terbaru daripada Yeo's kesemuanya ialah ;
Tuesday, December 25, 2018
Buy And Ship Malaysia : Beli Barang Dari USA,UK,Jepun & Hong Kong Dan Hantar Ke Malaysia Serendah RM15
Shopping barang dari China dan pos ke Malaysia, itu aku dah selalu buat. Memang rasanya semua benda nak beli dari China je sebab murah. Shipping cost pun biasanya takla tinggi sangat. Tapi selalu teringin nak shopping barang dari US & UK. Tapi selalu ada dua masalah ni ;
1. Seller tak hantar barang ke Malaysia
2. Shipping cost terlalu tinggi
Kadang tu, memang ada seller yang boleh buat penghantaran ke Malaysia, tapi kalau nak jimat, kena ikut minimum spending untuk layak dapatkan FREE WORLDWIDE SHIPPING. Masalahnya, bila dapat free shipping tu pun, diorang selalunya gunakan pos jenis yang takde tracking. Susah tau bila beli barang takde tracking ni. Sebab taktahu dekat mana keberadaan barang kita tu. Entah wujud ke, hilang ke, reroute ke, kena collect kat pos office ke, posmen tak jumpa alamat ke? haaa banyak persoalan bermain di minda. *peninggg*
Haritu dah pernah beli sekali barang dekat BeautyBay.com , dapat free shipping tapi tunggu 2 bulan tak sampai sampai. Nasib baik diorang refund. Kalau sesetengah seller, diorang tak bertanggungjawab dah once barang dah ship out. Sampai ke, tak sampai ke, kita punya pasal. Eh, sakit la hati weh kalau dah beli barang , barang tak sampai pula kan? Jarak bukannya dari Damansara ke Ampang , tapi across country.
So haritu kan ada Black Friday sale, aku sibuk la juga belek belek apa yang best . Banyak deals dan sale dari jenama jenama dan vendor besar besar from USA & Europe lah . Geram je tengok sale dekat Walmart, Ulta, BeautyBay, Target semua tu. Tapi mostly diorang tak ship to Malaysia.
Sebenarnya, boleh je kalau nak beli barang barang yang tak support shipping ke negara kita. Ada banyak company yang offer service "parcel forwarding" .
Parcel forwarding ni berfungsi dengan cara, kita macam tumpang gudang dia untuk terima barang yang kita order. Lepastu diorang akan tolong poskan pula ke Malaysia.
Thursday, December 20, 2018
Hansaegee.com : Online Store Skin Care Formulasi Korea Berkualiti Tinggi
Korang macam ni tak?
Tengok barang harga RM129 rasa mahal bila pergi dekat kedai
Tapi bila tengok online, rasa macam "weh bapak murahh"
Hahaha apasal eh? Psychology dalam membeli belah ke atau wanita ni cara berfikirnya aneh? Ahak ahak.
Okay la tu saja je mukaddimah sikit . Objektif utama entry ni nak cerita cerita pasal Hansaegee Nature sebenarnya.
Kalau perasan lah, ada dua entry aku buat pasal Hansaegee Nature ni.
Wednesday, December 12, 2018
Pak John Steamboat IOI Putrajaya : Lebih luas, selesa dan lebih banyak variasi makanan
Sekali sekala bila nak dating ke , nak catching up session dengan kawan kawan ke, rasa macam tak cukup setakat pergi lepak kedai makan biasa. Sebab kalau dah borak, membawang ; tak perasan ghupenya dah berjam duduk situ. Sampai staff kedai pun jeling jeling 'oi tak reti nak balik ke?!!' hahahha .
So biasanya kalau rasa rasa nak ada sesi berborak panjang lebar, yang ala ala 'take my sweet time' gitohh , aku suka pilih untuk pergi makan steamboat .
Bila makan steamboat ni kan, konsep nya mostly "all you can eat" . Dan biasanya takde time limit. Duduk la kau mereput dekat situ sampai perut penuh, balik pun mengesot. Takde sape nak marah haha . Makanya, kalau rasa rasa nak duduk makan lama lama tu, kena la titik beratkan beberapa perkara. Ha nak pilih tempat steamboat pun , nak kena ada kriteria tau .
1. Tempat luas , layout tempat makan selesa
Aku tak suka tempat steamboat yang meja nya rapat with one another. Macam bila kau nak kena bangun ambik ambik makanan ke, berlanggar langgar dengan meja lain. Me hate it !
2. Banyak variasi makanan ; jenis segar
Tak suka steamboat yang fishball je banyak. Atau benda benda frozen tu. Makanan jenis marinate yang ayam, daging, kambing, seafood tu takde. Ish rugila bayar mahal mahal takde semua tu. So , ni pun point penting bila pilih tempat steamboat
3. Ventilation yang bagus
Nak kena cari tempat steamboat, lagi lagi yang 2-in-1 sekali dengan grill, kena cari tempat yang ventilation nya bagus. Kalau tak, rasa panas melekit tak selesa. Baju pulak busuk bau asap je.
3 point penting ni wajib untuk aku consider bila nak makan dekat mana mana steamboat place. Haritu aku cuba makan dekat Pak John Steamboat cawangan IOI Putrajaya, and I'm happy to say that, they scored all the 3 points! yahuu yahuu!
Okay lepasni jadi tempat favourite baru pulak la untuk makan makan steamboat & grill.
Aku pernah pergi Pak John Steamboat yang cawangan ECurve Damansara. Tapi dekat situ kecik sikit la nak banding dengan yang dekat IOI Putrajaya ni. Based on my likings, I prefer the ones at IOI Putrajaya most. Maybe sebab cawangan ni pun baru, so dah banyak improvement nak compare to the previous outlet.
Saturday, December 8, 2018
Apps Hargapedia Versi Terbaru : Lebih Mudah Buat Perbandingan Harga dan Lebih Mesra Pengguna
Kalau korang taktahu lagi apps Hargapedia ni untuk apa? okay meh nak explain sikit .
Friday, December 7, 2018
Renoskin Oryza Liquid Soap : Pembersih Untuk Kulit Sensitif dan Mengawal Eczema
Tahu tak kulit korang jenis apa? As for me, my skin type is combination oily. Dia macam ada area kering, ada area berminyak. Sebenarnya bila kulit combination ni lagi celaru sikit bila nak cari skincare. Sebab certain targetted area nak kena treat untuk hydrate kan lagi, and certain area pulak nak kena kawal sebum production.
Tapi sepening pening nak layankan kulit jenis combination ni, lagi mencabar sebenarnya nak tackle masalah kulit sensitif. Kalau dah sensitif ni, tak kena cara mesti boleh break out kan kulit.
Kalau nak tahu, antara penyebab utama kulit korang jadi sensitif ialah disebabkan oleh over cleansing.
Over- cleansing
Dekat top based kulit kita, ada lapisan minyak tau. Lapisan minyak ni berfungsi untuk jadi barrier. Nak halang daripada ancaman faktor luaran yang rosakkan kulit, dan untuk protect yang bahagian dalam. Biasanya kalau kulit start jadi sensitif, it's most likely your oil layer tu dah pun diceroboh .
Dan salah satu punca jadi macamtu ialah disebabkan "over cleansing" atau orang melayu kata "terlebih cuci" . Kadang tu ada yang cuci muka sampai 4,5 kali satu hari sebab korang ada mindset yang fikir "lagi banyak kali aku cuci muka, lagi floles laa kulit ini" . Tapi ternyata teori itu salah ye.
Sebab kadang tu dalam cleanser yang korang guna tu ada bahan yang mungkin terlalu 'keras' untuk kulit korang. Cleanser biasanya kena cari yang bebas bahan bahan yang mungkin triggers sensitivity kulit tu. Contohnya elakkan cleanser yang ada bahan Alcohol, Paraben, SLS & mengandungi fragrance.
Salah satu cleanser yang lembut dan sesuai untuk korang yang berkulit sensitif, boleh cuba Renoskin Oryza Liquid Soap
Saturday, November 24, 2018
Q'albue Suci Serum : Serum Emas 24K | Apa Manfaat Emas Untuk Kulit?
Ever wanted to try 'Gold Facial?'
I DO!
Tapi mahal habaqhang gold facial tu sebab wajah kau bakal disaluti debuan emas. Kira lah berapa gram guna tu. Satu sesi mau paling sikit pun RM500 lah. Untuk rakyat marhaen macam kita kita ni, ada pekdahnya simpan emas dalam bentuk gelang kaki ke, anting anting ke, ada lah juga benda boleh gadai time terdesak ye tak? wakaka.
Okay secara general nya, apa fungsi emas pada kulit kita sebenarnya yang buat beauty industry dok 'highly rave' pasal 24k Gold ni?
Ada banyakkkkk antaranya;
Manfaat Emas Untuk Kulit
- Stimulate Skin Cell
- Wrinkles, Fine Lines, Spots can be reduced
- Lighten complexion
- Treat allergies, irritation & sun damage
- Slow down collagen depletion
- Increase skin elasticity
Fungsi fungsi ni semuanya dambaan wanita yang berumur 25 tahun keatas. Yang dah mulai ada kulit jenis matang. Well, logik lah kan facial tu semua mahal. Sebab yang dah 25 tahun keatas ni dah mula ada career, mak mak pun ada duit kwsp, ha ngam lah tu kalau nak pergi facial emas ke bijih timah ke apa kan wkwkwkwk ok tak lawak -_-
Kalau hajat dihati nak juga merasa ada elemen emas dalam skin care routine korang, boleh lah jadikan Q'albue Suci Serum sebagai alternatif. Mengapa? Sebab dalam serum ni ada 24k gold flakes wehh!
Seperti biasa kawan kawan, ayuh kita ke segmen ulasan
U L A S A N
a.k.a REVIEW
Tuesday, November 13, 2018
Product Empties | Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser - Repurchase!
Hey hey pipol!
Post kali ni, aku nak cerita pasal 'empties'. Okay tak pernah pernah buat post pasal 'empties' . Sebab selalunya bila dah habis terus campak buang je bekas bekas tu sebab nak jimat space. Kalau dulu rajin gila simpan kotak kotak bila beli barang. Tapi sekarang, takde dah. Hilmi marah. Dia cakap buat tambah sampah wakakak .
For your info (kalau taktahu lah) , most beauty bloggers diorang rajin buat post pasal 'empty products'. Maksudnya satu blog post tu dedicated untuk list kan produk yang diorang dah try and dorang brief sikit sama ada dorang suka ke tak, nak repurchase ke tak. Ha cenggitu lahh .
Biasanya pencuci muka ke atau produk lain yang aku pakai, dah habis, memang buang terus. Tapi kali ni , aku gigih sangat simpan botol cleanser yang satu ni ha semata mata nak cerita betapa sayangnya aku dekat cleanser ni and special untuk my very first 'empties' post hewhewhew.
Kalau perasan, sebelum ni aku pernah dah review Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. (Boleh baca dekat sini : Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser & Aqua Whitening Cream Review) tapi sebab masa tu baru je guna tak sampai sebulan so macam ... nak review lelebih pun cakap aku gebang pulak kan. Biasa nak nampak kesan produk tu pada kulit ngam ke tak, flawless ke tak, bagi skin break out ke tak, kena lah bagi masa. Bukan pakai satu kali dah "wow kulit i dah cantik, ni lah rahsia kecantikan i selama ni" amboi tipuuu!
Sunday, November 11, 2018
Our Weekend Story : FujiFilm Shoot Print Share Photo Exhibition
Asalnya kitorang takde activity nak buat. Aku pun jadi hilang arah. Nak pergi somewhere tapi taktahu nak kemana, nak buat something tapi tak tahu apa.
Last last kitorang decide pergi je dulu HQ Red One dekat Puchong sebab nak setelkan urusan tukar ownership lepastu nanti baru fikir nak ke mana.
Along the way nak balik semula Damansara, lalu la area Sunway Pyramid tu. So terus cadangkan dekat Hilmi
"Kite pergi Sunway jela, aci tak?"
Nasib la Hilmi on je. Padahal masing masing dah muak gila nak jalan jalan dekat mall .
Sampai dekat Sunway Pyramid, kitorang nampak ada event Fujifilm. Ada launching camera baru ke apa ntah , lepastu masa tengok tengok tu tetiba one of the crew suggest untuk kitorang main kumpul kumpul stamp untuk dapatkan free gift.
Sebabkan kitorang pun dah boring gila taktahu nak buat apa, kitorang layankan jela. Seronok! Rasa macam main amazing race wakakak. Sebab kena pergi certain certain check point & collect stamp. Ada yang dekat G floor, ada dekat 1st floor, so kena berjalan sikit la.
Kalau nak collect stamp, kitorang kena buat something on every check point. Tapi activity diorang prepare tu best and senang gila. Cuma ambik ambik gambar, and print je.
Check point 1st yang kitorang pergi, kena ambil gambar guna instax camera. Best je tengok camera dia guna tu. Boleh ambil ambil gambar, pastu pilih mana yang nak print. Syok wey rasa nak beli satu je camera camni haha .
2nd Check point, kitorang kena download apps Fujifilm lepastu pilih gambar untuk print in square size. Aku jadi blur jap masani taktahu nak print gambar mana so aku pilih gambar kahwin jela senang haha . Masa dekat 2nd check point ni juga, kitorang diminta untuk isi survey.
3rd Check point, ambil gambar dengan bebola warna warni ni. Lepastu diorang printkan dalam size 4r. Cantik gila kualiti gambar gambar Fujifilm ni. Aku rasa macam nak beli segala mak nenek camera and printer diorang ada. Okay dah boleh masukkan dalam wishlist la lepasni.
Lagi 3 stamp, kitorang collect dengan pergi dekat beberapa zone tempat ada photo gallery macam dekat bawah ni. Gambar gambar ni semuanya submission daripada orang ramai. Aku rasa dorang join contest kot. 8000 gambar penyertaan yang dihantar, semuanya pihak Fujifilm print and showcase kan macam ni. Ada berbelas zone dalam Sunway Pyramid ni yang dorang letat photo gallery ni. Tapi nasib lah diorang minta 3 je stamp. Kalau tak, jenuh jugak la nak pergi semua zone menagih stamp haha .
Dah habis collect stamp, dah boleh proceed dengan Lucky Draw. Aku dapat t-shirt, Hilmi pulak dapat voucher untuk print gambar. Not bad la kan? Yang bestnya kitorang dapat lah bawak balik 4 keping gambar and dapat gak buat something. Kalau tak, mereput jela dekat Sunway Pyramid tu taktahu nak buat apa hewhewhew .
Friday, November 2, 2018
Our Weekend Story : Coffee Tasting Session @ 43Coffee, TTDI
It's the weekend! Untuk aku, weekend tu bukan Sabtu Ahad tapi Jumaat & Sabtu sebab aku punya off days dua hari ni hahah. Macam sedeh je kan Ahad kena kerja , sobs. Tapi dah terbiasa jugakla since dulu pernah duduk Johor and Johor kan kerja hari Ahad. Cumanya bila dekat KL ni rasa la kesenduan bekerja pada hari Ahad sebab orang lain cuti, kau je yang kerja wakakaka
Anyways, macam biasa ... setiap kali bila Off day mesti nak ajak Hilmi pergi dating tempat seronok seronok hehe . Biasanya typical activities kitorang termasuk tengok wayang, jalan jalan dekat taman, cafe hopping, jalan jalan dekat zoo, pusing pusing muzium , takpun duduk rumah je buat spring cleaning.
Tapi aktiviti minggu lepas, RARE sikit. Since dah bosan gilo asyik tengok wayang je, (padahal takde cerita best minggu tu haha) and sebab konon on diet, so tak pergi lah memburu makanan .. maka aku ajak lah Hilmi pergi experience COFFEE TASTING!
us ; enjoying our cuppa coffee - gituhh |
Wednesday, October 31, 2018
Zephyrine Skincare Full Review | Rose Treatment Lotion, White Truffle Repairing Cream & Placenta Repairing Mask
Cukup dah sebulan guna Zephyrine as part of my skincare routine. Memang stop kejap nak tengok okay ke tak sebab kalau pakai campur campur nanti 'peningg aaaaa' mana satu aku pakai yang elok ni? Kan kan?
Zephyrine punya items guna 3 je. But 2 used on daily basis. Dia punya Rose Essence Treatment Lotion (toner) & White Truffle Repairing Cream .
Cembiasa, ayuh ke bahagian ULASAN
Wednesday, October 24, 2018
Marcella & Co : Melt Away Darling Cleansing Balm Review | Senang Digunakan & Hebat Tanggalkan Makeup
Dah lama teringin nak cuba Cleansing balm. Cleansing balm ni spesis makeup remover tapi dalam solid form. Biasanya kita selalu familiar dengan makeup remover jenis wipes, jenis liquid (air) and oil. Ada juga makeup remover jenis macam cream. Meskipun mereka datang dalam apa jua rupa, fungsi utamanya tetap satu iaituuuuuu
Menanggalkan kesan solekan (to remove makeup)
hahaha it's pretty straight forward though.
Cleansing balm ni biasanya rupa dia macam waxy sikit. Solid in room temperature. Kalau nak guna, kena scoop sikit and apply dekat muka. It will melt with heat (i mean, minimal heat yang body kita produce) and slowly stripped off all the makeup .
Tuesday, October 23, 2018
Ada Plan Nak Bertukar Ke TIME Fibre Broadband? Sekarang ada Promo RM99 untuk 100mbps!
Ada Plan Nak Bertukar Ke TIME Fibre Broadband? Sekarang ada Promo RM99 untuk 100mbps! | Disaat semua orang busy layan Netflix, aku dengan Hilmi pulak suka melayan review handphone, makeup tutorial, eating show & vlog orang dekat Youtube. Benda paling buat kitorang hangenn ofcos lah bila tengah sesedap layan video, eh tetiba dia stuck pulak, buffering pulakkk, dan paling nak marah bila dah sangkut tu, video tu pergi start over from the beginning!apeniiii!
Jadi , bagi memastikan perkara sedemikian dapat dielakkan, first thing first, nak kena pastikan internet provider mestilah power! Aku sempat nak melayan Youtube YouTube ni antara masa dekat rumah , dengan dekat offfice je. Wifi dekat office ofcos la lancar je . Yang geram ni, dengan internet dekat rumah. Bila weekend je, lagi la lembab weyy!
Jadi , bagi memastikan perkara sedemikian dapat dielakkan, first thing first, nak kena pastikan internet provider mestilah power! Aku sempat nak melayan Youtube YouTube ni antara masa dekat rumah , dengan dekat offfice je. Wifi dekat office ofcos la lancar je . Yang geram ni, dengan internet dekat rumah. Bila weekend je, lagi la lembab weyy!
Ada member aku rekomen kalau nak internet lajuu tanpa had, harga pula murah, pilih TIME Fibre Home Broadband. Setelah diselidik dan after few bacaan ilmiah diinternet dibuat, memang betul la tu ramai kata TIME Fibre Home Broadband lagi stabil dan internet fuhh zass laju wooo!
Tuesday, October 16, 2018
Karcher FC 5 Floor Cleaner Review | Review Pembersih Lantai Karcher FC 5 : Fungsi dan Kelebihannya?
Kerja kerja uruskan rumah ni nampak macam biasa biasa tapi sebenarnya perlukan kudrat, kerajinan dan keikhlasan haha.
Kalau time takde mood tu memang ya auloh malas betul nak buat kerja rumah. Paling rajin pun vacuum jela. Kalau mop tu sebulan sekali baru buat sebab paling malas nak bancuh bancuh air cuci lantai, perah mop lagi, melekit lekit lagi.
Nak mudah kan kerja, guna je Karcher Floor Cleaner. Berfungsi 2 in 1. Sebagai penyapu, sekali dengan mop jugak. Sekali lalu je lantai dah berkilat. Tak ada dah nak susah susah bancuh air mop & perah mop. Sebab memang terus machine ni dispense air untuk cuci lantai sekali. Senang sangat ada Karcher Floor Cleaner ni.
Masa awal awal dapat haritu, bukan setakat aku je, dengan Hilmi pun excited terus jadi rajin tolong kemas rumah sekali. Rajin tau, bab unboxing pun dia yang over lebih. Tak caya, tengok video bawah ni
Wednesday, October 10, 2018
Resepi Ayam Buttermilk Senang Cepat Mudah Tak Pandai Masak Pun Boleh Buat #DapurNoob
Selamat datang ke segmen #dapurnoob haha tiberr je banyak pulak segmen dekat blog ni kan?
Pada yang sedia maklum atau pun belum maklum, biar aku maklumkan. Aku sejenis yang 'noob' bab memasak. Tapi aku bukan la kategori tahap goreng telur pun hangus k. Telur aku masih kelihatan telur saat selesai digoreng, begitu juga untuk ayam, ikan, dan sekalian seafood.
Nak kata aku tak reti masak, aku rasa aku reti je. Cuma takde variasi lah. Ada setengah masakan je aku reti and aku repeat sampai kesudah masak tu jeee wakakaka.
Sesejak kahwin dengan Hilmi ni lagi lah limited aktiviti masak memasak aku ni. Sebab dia yang conquer kitchen. Semua dia nak buat. So aku pun suka la wakakaka.
Pun begitu, masih menjadi tanggung jawab bini bini seantero dunia untuk masak untuk suami meskipun suami kau juara Masterchef. Tak Gituh?
Makanya bodo bodo pun aku masak lah jugak. Last time resepi terakhir aku update dalam blog ni : Sotong butter, Ha nampak tak yang aku dengan hilmi ni sejenis penggemar masakan base butter butter .
So, kali ni, segmen #dapurnoob turut membawakan edisi masak butter iaituuuuuu,
*hahaha amboi tajuk resepi*
Bahan bahan pun simple. Satu kekangan yang mungkin muncul ialah bagi mendapatkan :
(eh dua pulak)
Tapi biasanya kedai runcit depan rumah tu ada je jual. Daun kari, minta la ihsan rumah sebelah . Kalau duduk dekat area rumah aku, moh singgah NSK sat.
Ok let's masakkk!
Bahan bahannya :
Dada ayam (potong kecik kecik)
Untuk perap/goreng ayam : (lain orang lain versi , ni versi 'asal boleh')
salut kan dengan tepung gandum + garam + lada sulah
*(nak lagi sedap boleh goreng salut telur tapi kalau takde telur pun shedapp dah)
Bahan untuk kuah buttermilk :
2 sudu besar butter
1 tangkai daun kari
bawang besar
bawang putih
1 cawan susu cair
cili api (ikut nak pedas macam mana)
garam gula secukupnya
chicken stock (kalau nak)
Pada yang sedia maklum atau pun belum maklum, biar aku maklumkan. Aku sejenis yang 'noob' bab memasak. Tapi aku bukan la kategori tahap goreng telur pun hangus k. Telur aku masih kelihatan telur saat selesai digoreng, begitu juga untuk ayam, ikan, dan sekalian seafood.
Nak kata aku tak reti masak, aku rasa aku reti je. Cuma takde variasi lah. Ada setengah masakan je aku reti and aku repeat sampai kesudah masak tu jeee wakakaka.
Sesejak kahwin dengan Hilmi ni lagi lah limited aktiviti masak memasak aku ni. Sebab dia yang conquer kitchen. Semua dia nak buat. So aku pun suka la wakakaka.
Pun begitu, masih menjadi tanggung jawab bini bini seantero dunia untuk masak untuk suami meskipun suami kau juara Masterchef. Tak Gituh?
Makanya bodo bodo pun aku masak lah jugak. Last time resepi terakhir aku update dalam blog ni : Sotong butter, Ha nampak tak yang aku dengan hilmi ni sejenis penggemar masakan base butter butter .
So, kali ni, segmen #dapurnoob turut membawakan edisi masak butter iaituuuuuu,
RESEPI AYAM BUTTERMILK SENANG GILA TAK PANDAI MASAK PUN GERENTI JADI
*hahaha amboi tajuk resepi*
Bahan bahan pun simple. Satu kekangan yang mungkin muncul ialah bagi mendapatkan :
- Daun Kari
- Susu Cair
(eh dua pulak)
Tapi biasanya kedai runcit depan rumah tu ada je jual. Daun kari, minta la ihsan rumah sebelah . Kalau duduk dekat area rumah aku, moh singgah NSK sat.
Ok let's masakkk!
Bahan bahannya :
Dada ayam (potong kecik kecik)
Untuk perap/goreng ayam : (lain orang lain versi , ni versi 'asal boleh')
salut kan dengan tepung gandum + garam + lada sulah
*(nak lagi sedap boleh goreng salut telur tapi kalau takde telur pun shedapp dah)
Bahan untuk kuah buttermilk :
2 sudu besar butter
1 tangkai daun kari
bawang besar
bawang putih
1 cawan susu cair
cili api (ikut nak pedas macam mana)
garam gula secukupnya
chicken stock (kalau nak)
wow flatlay bahan bahan masakan |
Tuesday, October 9, 2018
All A Box Sambut Anniversary Pertama!
Tahu tak? Tahu tak? I'm a sucker for cute packaging, and pretty boxes! Kadang, beli barang semata mata sebab kotak cantik. Takpun, beli sampai minimum pembelian, semata mata nak order tu sampai dalam kotak limited edition haha dasarr wanita sangat kan?
Tapi itu la kepuasan yang kita cari bila berbelanja. Lagi lagi order online. Nak lah barang kita order tu datang dalam keadaan baik, terbalut cantik, fefeeling macam dapat hadiah. Fefeeling macam wah dapat surprise gituh, meskipun hakikatnya beli guna hasil keringat air ketiak sendiri ahak ahak ahak.
Come on lah, bila All-A-Box keluarkan pulak kotak edisi khas 'Once Upon A Time' dia tu, automatis tanpa diundang, rajin je nak jenguk jenguk apa yang ada dalam kotak tuu. Mana boleh tengok je kan?
Friday, October 5, 2018
Tips Ubah Bilik Tidur Jadi Macam Bilik Hotel Gunakan Bantal Leyna
Apa yang buatkan tidur dekat hotel tu best sangat?
Okaylah ada beberapa point
1. Tidur dalam aircond (ni kalau rumah takde aircond, rasa special sikit tidur aircond hotel)
2. Suasana bilik yang simple, tak serabut and decoration cantik (sebab bilik sendiri dah semak dengan almari baju nya, dengan meja mekap penuh barang. Sakit mata tengok. Kalau bilik tu kosong je confirm macam hotel
3. Bantal tidur yang besttttt (bantal hotel mana mana pun mostly semuanya best. Sebab gebu, high quality, tak keras sangat tak penyek sangat)
Nak cipta suasana macam tidur dekat hotel, untuk rumah sendiri bukan susah pun.
Ha pasang lah aircond sebijik! Haha amboi senang je cakap kan, macam aircond harga RM2.50 je. Dah la bil api pun naik sekali.
Okay lah pergi point 2, cuba minimalkan barang dalam bilik tu. Mana benda benda semak atas meja tu, simpan la dalam laci. Baru la nampak minimalist. Automatic feeling hotel tu datang
Lepastu pergi point no 3 pulak. Yang ni lagi senang kacang kuda jual dalam bas je ha. Nak bantal ala hotel selesa, gebu, guna inti fiber high quality , boleh cuba bantal hotel Leyna.
Aku mula mula macam tak perasan pulak nama Leyna ni sama dengan 'lena' (maksudnya tidur dengan kepuasan). Ingat kot nama tokey dia Amalina ke, Haslina ke, buh nama bantal 'Leyna' hehehe.
Thursday, October 4, 2018
Zephyrine Skincare : Premium Ingredients - Sesuai Untuk Kulit Sensitif
Luxury products ain't my thangggg tapi kalau luxury and premium ingredients dalam skin care, i'd say yes to that!
Daripada dulu, kalau dengar Pitera (yeast extract) , mesti boleh relate dengan satu brand besar ni kan? Yang harga sebotol RM300,RM400 tu haha . Haritu ada cuba survey survey harga, alamak mahalnya! Cancel lah nak feeling feeling pakai skincare mahal konon konon sejak dah bekerja ni haha .
Alternatively, I've been given a chance to try out Zephyrine punya products yang mana salah satunya terkandung Pitera! Pitera ni extract daripada yeast, knowingly did an amazing job in improving skin firmness and elasticity . Biasanya orang dah late 20s ni dah mula concern pasal skin elasticity, kedutan etc tu. So masa ni lah sesuai nak ber-Pitera bagai .
One thing yang aku suka pasal Zephyrine ni, memang product dia semua gunakan premium listed ingredients. Jap eh nak senaraikan antara Premium Ingredient yang ada ;
- Pitera
- Placenta
- Bulgarian Rose
- White Truffle
- more
few more points to highlight ;
- Non alcohol artificial color used
- Non preservative added (yang ni confuse jap, macam mana kekalkan shelf life?)
- Non heavy metal/ Silicone (yas good point!)
- No Animal experiment (yay no poor bunny experimented!)
- SGS Certified
Let's move on to the products shall we?
Products Zephyrine ada macam macam, depends on what your skin concern are. They sent me 3 of their star products to try.
1. #1 Rose Essence Treatment Lotion
2. #4 White Truffle Repairding Cream
3. #6 Placenta Extract Repairing Mask
No #1, #4 dengan #6 tu tak sure number apa. Maybe number of steps kot. Like, memula pakai #1 dulu, pastu mungkin #2 pulak (which aku tak tahu product apa hehe, nanti boleh tengok dekat website)
I will try this for a month and i'll share my verdict you guys soon . Tapi sebelum tu, mari kita berkenalan dulu dengan produk produk ni .
Ayuh!
==================================
#1 Rose Essence Treatment Lotion
Name:Rose Essence Treatment Lotion
Volume :150ml
Ingredients:
Aqua、Cabbage Rose Distilled Water、Sodium Methylparaben、Citric Acid、Propanediol、Aloe Barbadensis Leaf Juice、Potassium Sorbate、Sodium Benzoate、Butylene Glycol、Glycerin、Glycosyl Trehalose、Hydrogenated Starch Hydrolysate、Glycereth-26、Propylene Glycol、Sodium Hyaluronate Crosspolymer、Pentylene Glycol、Hydroxyethylcellulose、Sodium Acetate、Isopropanol、Cellulose、Allantoin、Niacina mide、Phenoxyethanol、Chlorphenesin、Hydrolyzed Adansonia Digitata Extract、Carbomer、Saccharide Isomerate、Sodium Citrate、Punica Granatum Fruit Extract、EDTA-4Na、Hydrolyzed Pearl、Sea Salt、Disodium EDTA、Palmitoyl Tetrapeptide- 7、Ethanol、Lecithin、Ectoine、Cyclopeptide- 5、Hesperidin Methyl Chalcone、Steareth- 20、Dipeptide-2、Chlorhexidine digluconate、Iodopropynyl Butylcarbamate、PEG-40 Hydrogenated Castor Oil、Coenzyme Q10
Premium ingredients listed :
Bulgarian Ruby-Damascus Rose Hydrosol water base , Pearl extract, Allantion, Red Pomegranate, Kobbalah extract
What it claims :
- Replenish skin moisture
- Balance and soothe sensitive skin
- Control pigment spot
- Brighten skin
Direction :
Apply over face and neck after cleansing. Use daily.
Texture :
Clear liquid, macam toner. Boleh apply ikut cara mana suka. Boleh guna kapas atau dab dab. Cepat resap, bau rose. Tak kuat sangat.
Thursday, September 27, 2018
Banding Harga Barang Jadi Senang Guna Hargapedia
Selamat datang ke segmen 'Cheapskate Guide 101' hahaha. Tiberr ada segmen baru pulak dekat blog ni kan? Tapi okay kot kalau aku buat segmen macam ni. Boleh share dekat mana nak cari barang murah, dekat mana nak cari lists warehouse sales, dekat mana nak dapat promo code semua tu.
Best kan best kan?
Okaylah perkara pertama kalau nak bijak berbelanja, haruslah kena bijak membuat perbandingan harga, gituhh.
Nak buat perbandingan harga sekarang alamak aih senang kacang gila. Sebab telah terwujudnya sebuah apps bernama 'HARGAPEDIA'. Kalau Wikipedia kita guna untuk search info kan? Hargapedia pulak guna untuk buat price comparison specifically for barang barang yang dijual di pasaraya pasaraya besar. Apps ni tolong senaraikan and bagitahu terus, dekat mana patut kita beli barang yang kita nak tu dan dapatkan pada harga palingggggg murah!
Tak faham? Takpe. Scroll bawah sikit aku share cara guna apps ni.
Install di Play Store & App Store
Wednesday, September 26, 2018
Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser & Aqua Whitening Cream Review
Best way untuk redakan sikit kulit muka yang tengah meragam/irritate & banyak active acne ialah dengan pastikan cleanser yang kita guna tu very very gentle. Cuci muka pun tak boleh kerap sangat sebab nanti akan tarik natural oil pada kulit, nanti kulit kering pulak. Paling penting, jangan scrub! Sebab nanti buatkan kulit lebih irritate. Kalau nak pun, guna exfoliator yang mild untuk remove kulit mati . Kalau bersungguh sungguh nak scrub jugak, boleh guna yang beads tak kasar.
Best way untuk redakan sikit kulit muka yang tengah meragam/irritate & banyak active acne ialah dengan pastikan cleanser yang kita guna tu very very gentle. Cuci muka pun tak boleh kerap sangat sebab nanti akan tarik natural oil pada kulit, nanti kulit kering pulak. Paling penting, jangan scrub! Sebab nanti buatkan kulit lebih irritate. Kalau nak pun, guna exfoliator yang mild untuk remove kulit mati . Kalau bersungguh sungguh nak scrub jugak, boleh guna yang beads tak kasar.
Cleanser juga boleh menyebabkan breakout pada kulit. Sebab tu penting, patch test dulu. Kalau takde irritation, boleh proceed pakai macam biasa dan add dalam routine.
PayPal Malaysia Office Tour
Dekat office PayPal ni banyak kawasan terlarang haha. Terlarang as in, tak boleh expose dekat public lah. Standard lah kan policy mana mana company pun .
On the floor - senang cakap dekat bahagian work station kitorang ialah RED ZONE untuk kitorang gunakan handphone. Makanya, penggunaan phone adalah dilarang sama sekali . Any form of photo taking, atau video recording ofcourse lah secara harafiahnya harom seharom haromnya.
Tapi kalau korang curious juga nak tahu macam mana environment dan keadaan office PayPal Malaysia sebenarnya, boleh lah tengok dekat sini ;
Saturday, September 22, 2018
Tips Mendaftar dan Menggunakan Akaun PayPal
Ok post ni untuk korang yang belum pernah buka akaun PayPal, dan baru nak berjinak jinak dengan PayPal. Nak create akaun PayPal ni senang je. Yang penting ialah korang KENA ada email. Bilamana orang nak send duit kat korang ke, korang cuma bagi email yang korang guna untuk register PayPal tu dekat diorang.
So ni ialah sedikit sebanyak tips bila nak mula menggunakan PayPal
Friday, September 7, 2018
Taste of Malaysia Airport @ MIGF2018 : 3 Restoran Pilihan Ramai di KLIA dan KLIA2
Taste of Malaysia Airport @ MIGF2018 : 3 Restoran Pilihan Ramai di KLIA dan KLIA2 | Tahun lepas, ada sekali tu aku ternampak billboard iklan Malaysia International Gastronomy Festival ni tapi tengok tengok dah terlepas dah tarikhnya. So nekad siap siap untuk 2018, mesti pergi mesti pergi! finally dapatla jugak pergi tahun ni punya ; bertempat di Berjaya Hotel Time Square (1-2 September 2018) .
Aku tahu bab Gastronomy ni pun dari Hilmi lah sebab nature study dia dulu culinary. Kalau tak tahu Gastronomy tu apa, pergi google ekekeke k takpe aku bagitahu. Gastronomy ialah seni makanan. Biasa orang hias and present masakan fancy fancy dekat fine dining restaurant tu, ha Gastronomy lah tu.
Salah satu booth yang aku duduk bertenggek lama sampai 2 jam ialah dekat booth Taste of Malaysia Airports. Booth ni mewakili 3 restoran, tiga tiga ni ada dekat KLIA2 iaitu - Bumbu Desa, Grandmama's & Fukuya
Tuesday, August 21, 2018
Cannis Apps | Aplikasi 7 Dalam 1 Serba Lengkap
Makin canggih sekarang ni, semua benda boleh buat guna phone je. To do so, semua apps developer kenalah perah otak fikirkan apps apa yang best, and senang nak guna . Tapi bila dah wujud macam macam apps ni, rasa semak pulak banyak banyak dalam phone kan? Sebab setiap satu apps tu, untuk satu fungsi je.
Bagi mengurangkan rasa serabut kita kita semua dengan lambakan apps dalam phone (sampai habis memory) , maka terciptalah aplikasi Cannis! Di buat gabungan daripada kerjasama lebih 100 orang software engineer untuk menhasilkan 1 apps yang boleh digunakan untuk pelabagai fungsi . Termasuklah ;
- social media
- live broadcast
- e commerce
- online games
- e wallet
Saturday, August 18, 2018
Food Tasting dan Open Day Hanana Group Meriah | Tawarkan Pakej Perkahwinan Lengkap di Ambassador Putrajaya
Food Tasting dan Open Day Hanana Group Meriah | Tawarkan Pakej Perkahwinan Lengkap di Ambassador Putrajaya | Penting wey food tasting kalau nak buat makan kenduri or majlis besar besaran. Mana tak penting, ye dak? Cuba kalau main taram je ambik catering sekali tu bila hari majlis, rasa makanan kelaut terus . Sebabnya, tujuan utama buat majlis walimatul urus ke atau majlis makan makan ni sebab nak raikan tetamu.. Bagi tetamu hepi hepi datang majlis kita. Makan sedap, and balik dengan senang hati . Baru lah keberkatan tu ada. Korang tahu kan, tetamu ni bawa rezeki untuk kita?
Monday, August 13, 2018
Kerja dekat PayPal? Buat apa? Best ke? Kerja macam mana?
Saturday, August 11, 2018
Tjantek Cafe & Art Bistro Kuantan : Mengecewakan
Tjantek Cafe & Art Bistro Kuantan : Mengecewakan | *Headline bukan click bait ya hahhaa* Masa tulis ni macam mixed feelings sikit. Antara jadi redha dengan tak redha je spend makan dekat sini haha.
Semalam birthday Puan Mama. So kebetulan aku pun balik Kuantan, untuk attend wedding Neyra Shazeyra, alang alang dah birthday Mama, kita celebrate lah sekali kan?
Aku jadi macam taktahu nak bawak Mama makan dekat mana. Ikutkan, dia memang nak masak je tapi takpela bagi dia rehat. Try tanya Neyra, kat mana makan best and dia suggest Mint Kuantan, dekat dengan Pantai Balok nun.
Mula mula nak pergi situ tapi apahal ntah innerself ni derhaka, sibuk nak pergi Tjantek Cafe & Art Bistro sebab teringat dulu Ayah suka pergi situ, since ambience dia macam special sikit.
Thursday, August 2, 2018
Surprise Lunch Treat di Mandarin Oriental Hotel KL
Surprise Lunch Treat di Mandarin Oriental Hotel KL | Aku punya off days Jumaat & Sabtu. So,masa hari Khamis minggu lepas, Nana sibuk ajak aku ikut dia hari Jumaat tu. Dia cakap nak bawak pergi Lunch, tapi dekat KLCC. aku dah macam "amende wey jauhnya lunch sampai KLCC" (kitorang dekat Damansara). Tapi dia insist juga nak aku ikut and katanya nak belanja.
Wednesday, August 1, 2018
Food Tasting & Open Day Hanana Group Sdn Bhd | Tawaran Pakej Perkahwinan 2018/2019
Food Tasting & Open Day Hanana Group Sdn Bhd | Tawaran Pakej Perkahwinan 2018/2019 | 12 Ogos ni ada pergi mana mana tak? Pada yang very soon to be 'off market' , dan tengah survey survey pakej perkahwinan tu mohler ke Ambassador Putrajaya Ahad, 12 Ogos ni . Masa hari kejadian, akan berlangsungnya Food Tasting Day & Open Day oleh Hanana Group Sdn Bhd . Pelbagai pakej menarik menanti bakal pengantin dan diskaun sehingga RM5000 akan diberikan . (RM5,000 boleh guna untuk pegi honeymoon uols, takpun beli perabot IKEA untuk masuk rumah baru nanti) So, jangan lepaskan peluang untuk hadir di Food Tasting Day & Open Day oleh Hanana Group Sdn Bhd nanti ye .
Sunday, July 22, 2018
Skin 1004 Madagascar Centella Asiatica Ampoule Review
Masa study diploma dulu, final year project kena buat research pasal Centella Asiatica ni. Masa dapat tajuk macam "amende wey Centella Asiatica?" rupa rupanya... daun pegaga . Kemain kan nama scietific dia. Bunyi canggih sungguh . Lepasni kalau bukak kedai makan and ada hidangkan ulam pegaga, boleh la letak "Centella Asiatica" dalam menu ekekeke .
Saturday, July 21, 2018
Gerai Keropok Lekor Sedap di Beserah, Kuantan
Bila rasa rasa pergi Kuantan tu & nak beli keropok lekor, aku recommend korang beli dekat gerak acik ni
Kitorang memang suka beli dekat sini, and kalau aku balik Kuantan tu kategori wajib la singgah and beli. Untuk makan and untuk bungkus sekali.
Saturday, July 14, 2018
Tips Memilih Rumah Sewa Jenis Apartment (Newbies)
Finallyy! Setelah naik turun pergi sana sini view rumah, akhirnya dapat pun rumah yang berkenan dihati. And now dah nak masuk bulan ke 5 duduk sini. Walaupun sewa je, (insyaAllah ada rezeki dapat beli rumah sendiri pulak nanti) tapi tetap kena lah ambik berat semua aspek bila nak pilih rumah ni. Jangan main belasah jeeee
Sebelum ni, family ke sedara mara takpernah ada yang duduk rumah high rise/apartment etc. Semua teres je. Jadi bila nak cari rumah spesis apartment ni, banyak benda kena ambik tahu tau.
Makanya meh la I share sikit Tips Memilih Rumah Sewa jenis Apartment (tips dari newbies ni tau. Kalau salah jangan lemparkan tohmahan plis)
Tips Memilih Rumah Sewa Jenis Apartment
1. Pastikan pergi dan view sendiri rumah tu.
Jangan harapkan semata mata pada gambar yang diberi. Gambar boleh menipu ye wak. Lagi lagi yang dalam Mudah.my
2. Cuba set appointment untuk view rumah pada waktu malam.
Dengan cara ni, korang boleh nampak dengan jelas keadaan sekeliling rumah tu. Memang terpancar lah haru biru tunggang terbalik orang parking kereta apa semua macam mana. If datang pagi, semua kelihatan indah hajee. Tapi waktu malam laa semua kebenaran tu keluar haha.
Dekat area selangor KL ni banyak pak awang hitam, siang siang taknampak diorang ni. Bila malam baru boleh tahu berapa ramai duduk situ. Kalau boleh nak elak duduk tempat tumpuan diorang ni sebab for safety reasons. Hm bersangka buruk tu tidak baik, tapi adalah lebih baik untuk berjaga jaga. Tak gitchu?
3. Lokasi Parking
Masa view tu, minta untuk dia tunjuk kan parking juga (kalau condo/apartment with allocated parking). Sebab ada setengah tu parking yang dah sekali dengan rumah, dia sewa kan kat orang. So sometimes korang kena sewa petak parking orang lain pulak. And kadang tu tempat parking gilo jauh dari rumah, takpun dekat kawasan terpencil. Depends la korang punya preferences camne. In my case, alhamdulillah kitorang dapat parking dekat dengan lift. So nak angkat barang apa semua senang je
Kalau parking camni, tak berani wey |
4. Nego harga sewa/ Deposit
Bila tanya harga, cuba la tanya if sewa lama, dapat tak kurang? Biasanya kalau lagi lama contract lagi tuan rumah boleh consider harga sewa. Paling tak pun, diorang boleh lowerkan deposit. Deposit bila nak bayar tu cam nak tercirit juga. Untuk kes kitorang, macam biasalah 2+1+1 month utilities. So end up dekat RM5000 juga awal awal tu keluar duit. Fuh peluhh mak!
p/s : Kalau nak sewa rumah , with low/ no deposit, try survey dekat SpeedRent . Download apps SpeedRent and boleh view dekat situ . Tapi mostly untuk rumah area Klang Valley and bandar bandar besar sekitar KL, Selangor
5. Monthly Maintenance
Confirmkan semula, siapa yang akan bayar monthly maintenance. Sebab ada setengah tuan rumah ni, dia suruh kita bayar maintenance. Yang bagusnya diorang la yang bayarkan. Tapi untuk indah water tu, sendiri punya maintenance sila bayar. Pandai berak pandai bayar tau haha. Takfaham betul manusia yang taknak bayar service cebok ni.
Okay tambah lagi 1 tips bila dah dapat rumah and nak start pindah pulak
6. Approval daripada management untuk angkut barang
Make sure korang tanya management macam mana diorang punya rules untuk angkut angkut barang by lorry. Sebab in my case, masa tu hari Ahad. Sebab aku tak pernah hayat duduk condo. Hilmi pun tak pernah, kitorang taktahu yang hari Ahad lori takleh masuk hantar barang sebab takde approval dari management.
End up kitorang terpaksa minta lori parking luar and angkat barang guna troli. Berkishappp tau angkat barang dari luar hahahahaha. Nasib baik barang tak banyak. Setakat katil, tilam, almari and meja study je. Cuba kalau angkut satu rumah punya barang? Mau tercirit lagi wey.
Nasib baik barang tak banyak. Masa ni katil and tilam tak naik lagi |
So itulah dia cerita based on my experience. Seronok sebab rasa wahh dewasanya dah kawen dah duduk rumah sendiri. Tapi hati ni tetap terpaut pada rumah landed hehehe. Boleh tanam tanam serai and daun kari lol. Takbest tanam dalam pasu. Takpela ada rezeki nanti pindah rumah landed pulak. Rumah area damansara ni kalau landed memang mahal wey. So takpe, kumpul duit lagi, tunggu beli terus. Amin aminn, korang tolong aminkan sekali k. Masehh
Related search : tips pilih rumah sewa, cara pilih rumah sewa apartment, condo murah selangor, rumah sewa damansara, rumah sewa kota damansara, condominium damansara, apartment murah damansara, cara dapatkan harga murah sewa, tips duduk apartment, tips duduk condo, condominium pelangi, pelangi damansara apartment, tips nego sewa rumah, cara dapatkan rumah sewa murah
Subscribe to:
Posts (Atom)