Thursday, October 23, 2014

Alternatif kurus : Rawatan sedut lemak





Assalamualaikum,

Fuh fuhh .. ha kau , acah acah sapu habuk gittew bagi menunjukkan konon konon blog ni berhabuk. Ahaks . Its been a while orang kata , biasalah ayat muqadiman tipikal bila bara baru nak start blogging balik kan? Hello people , It's been a while! *flips tudung* (sambung balik) since I updated this blog , kheennnnn?

Well okay , hello again . Rindunya nak blogging , kalau ai rajin blogging & keep on continue dari dulu mesti sekarang ai boleh dapat earning Nuffnang bertingkek tingkeks kan? Lepastu boleh lah femes sikit , buat instagram account pun boleh dapat ramai followers , later dapat free gift pastu boleh charge for reviews tidak lupa juga boleh dapatkan sponsors yang banyak tatkala nak kahwin . Ahaks lagi sekali ^^, (statement gila glemer , BHAHAHABANGLA! )

*flips tudung lagi sekali * Mari teruskan .

Whateves , mari straight to the point bercerita tentang Marie France Bodyline .



Pernah dengar London Weigh Management ~ (sambil rythm cara sebut bermain main di kepala ) atau pun , New York Skin Solution~~ (pun ada rythm dia) . Pernah kan? These two lebih dikenali sebagai Aesthetic clinic, offering service menyedikan bantuan pakar hebat untuk bantu masalah kita samada berkaitan dengan berat badan ataupun kulit wajah.

Marie France Bodyline pun sama juga tapi lebih fokus kepada pembentukan semula bentuk badan bagi ehem ehemmm ramping , langsing , kencang gittew .

Cerita dia, ada budak gemuks yang pemalas nak diet mahupun bersenam ni boleh pulak came out with the idea , 'Hey apa kata buat treatment sedut lemak!' -.- bernas sangat idea kau Farah .

And yes, budak itu tanpa berfikir panjang dan terlalu teruja dengan penjelasan dari pakar yang amboii sangatlah convincing telah pun membuat keputusan untuk jalankan beberapa sesi rawatan untuk kurus .

Targeted area ialah di bahagian peha kerana mengimpikan thigh gap yang konon dengan harapan bila peha kecik , ada ruang di antara peha boleh bagi ilusi tinggi buat si rendang ni . *sigh*

Dimulakan dengan timbang berat badan , nak tahu BMI , composition air dalam badan blablaba , proceed dengan bincangkan masalah targetted area blablablaaa okay boleh proceed with my first treatment!

"Enjoy your treatment !"


Beauty consultant tu siap bagitau nanti dapat massage , wah bila dengan massage ni I memang suka . Dah boleh bayangkan betapa tenang dan relaxed nya nanti , di pamper pamper orang kata .

Namun , sangkaanku meleset *wajah sedih*


Kita mulakan dengan mild massage and here comes the scary part :O

'Its sedut lemak time!' , like really , really really sedut lemak punya style . Aku nak terangkan scientifically macam mana mesin tu berfungsi ataupun mekanisma apa dia pakai tu memang aku takk reti. Apa aku boleh cakap , sakittttt :'(


VS3 Vacuum machine aka mesin pensedut lemak

Sedut lemak means memang lemak itu disedut menggunakan sejenis vakum ber-pressure tinggi. Uih rasa dia umpama diuli uli , macam kena cubit bertalu talu . I rasa cam nak terajang orang masa tu . Hahaha. Dia cakap kalau sakit tu maksudnya lemak tu tebal and mengeras. Nanti slow slow bila lemak tu dah makin lembut akan rasa kurang sakit . Baiklah , kita akur sahaja . Nak cantik kan?

Next treatment , hot blanket . Part ini agak best , dah sejuk sejuk duduk dalam aircond tu dia selimutkan dengan sejenis blanket ber-infrared (eh betul ke aku ni?) , selama 20 minit . Masa ni berkesempatan lah nak tarik nafas lega dan tidur sekejap selepas bergaduh dengan mesin vakum tadi tu .

Last treatment - cold wrap .

Yang ni paling aku tak boleh pergi . *menangis*

Tak sakit pun cuma sejuk dia macam kau berendam dalam air batu. Cool wrap ni dibuat dengan cara dia ambil bandage yang dah direndam/dimasukkan/dirumuskan blabla aku taktahu .. dengan pelbagai bahan yang bertindak untuk pecahkan/jinakkan lemak , yang aku pasti ada menthol yang buatkan satu badan sejuk dan berangin . Sejuk aircond aku tak kisah , ni sejuk menthol . Faham tak sejuk dia macam mana? Ke tulang beb! Ke tulang! Di balut satu badan dari leher sampai kaki dah macam mummy, tapi aku akur. Nak cantik kan? Aku siap bersilat , terlompat lompat berjogging dalam resting room tu dengan harapan bagi kurang sejuk sikit . Tapi macam tak ada effect je , siap request minta hot bottle siap peluk nak panaskan badan . Phewwhh !



Hot bottle cenggini rupa dia 


First 5 minutes memang tenang je, rasa sejuk sejuk nyaman je. Kemudian nak habis kan the next 15 minutes, saiaaaaa taaaa kuaddddddd T_T , menggigil dia sampai susah nak bercakap . haha , passed 20 minutes , fuhh legaaa! Rasa sejuk menthol tu melekat dekat badan almost 2 hours , dah mandi pun still rasa lagi .

Done for first session , and I have another one . Diorang dah call for next appoinment tapi aku kena pastikan diri ni betul betul bersedia physically and mentally untuk next session :p , Tak pergi kang , dah bayar . Nak cantik kan ? Kena lah pergi .

From first session , tak berapa nak nampak sangat hasil. Mungkin lemak aku degil sangat kot , kena buat treatment yang lagi mahal.

As for their service memang tiptop , memang jaga customers dengan baik , layan dengan baik , consult dengan baik . Nora bagi lima bintang!

Tapi part determination mesti kena tinggi. Kena bersungguh sungguh  , kena tabah dan gigih serta kena disiplin . Jangan lah jadi macam hakak . Tak kisah lah kau nak kurus cara camna pun . Telan pil kurus sebalang ke , buat surgery kerat lemak letak dekat tapak kaki ke , nak siap bermalam dekat gym pun -- yang penting kenalah disiplin , tak separuh jalan . Kalau tidak , terkandas lah macam kakak ni.

---------------------------------------------

Untuk yang tertanya tanya tentang kos , di Marie France Bodyline treatment session yang di cadangkan semua bergantung pada budget yang kita sediakan . Tapi kena sedia maklum , such treatment costs you at least RM300 + for one session . To those yang bercadang nak ke sana , I wish you all the best , kuatdddkan semangat dan tiada yang mustahil baby .. you can do it . Babai .






On My Instagram