Saturday, February 2, 2019

The Entertainer : Dream Color @ One Utama

Pernah nampak video air ni viral dekat Facebook . Dah lama nak try tapiiiii asyik tak jadi je sebab masa tu ada dekat Sunway Giza je. Malas nak drive pergi sana haha. Now dah ada second branch dekat One Utama.



Alang alang dah jalan dalam One Utama, and tekak pun rasa haus, terus cari Dream Color ni. And yang penting, diorang accept Entertainer. Yang mana maksudnya, BUY 1 FREE 1 offer! Yahuuu

Harga satu dalam RM13.50. Pilihan air pun banyak. Ada yang coffee base, fruit base, tea base. Pilih jee.






Kitorang order Twilight & Milky Mango.

Twilight ni rasa masam masam. Macam ada rasa orange sikit, rasa teh sikit, rasa masam epal hijau sikit, rasa anggur sikit haha celaru taste bud aku tapi sedap! Twilight ni memang signature Dream Color ni sebab warna dia. Tapi sekali dah goncang hilang dah la warnanya.



Milky Mango pula rasa macam Mango Shake. Sedap! Memula aku ingat dia pakai cordial mango je. Tapi rupanya mango juice. Nasib laa kalau tak harga air mahal mahal tapi guna kordial memang mintak kecam kot hahaha. Ni pun sedap!

So conclusion dia, air sedap bertambah lagi sedap bila dapat good deal. Beli 1 percuma 1 wehoo.


Total penjimatan : RM13.50


Korang nak jimat macam ni juga? Enjoy berlambak Buy 1 Free 1 offer? Sign up la Entertainer.



Upon sign up, korang boleh dapat FREE 2 coins. So boleh cuba & redeem offer buy 1 free 1 ni dekat mana mana merchant terdekat.

To sign up, click here : The Entertainer 

Boleh redeem dekat mana mana kedai yang ada sticker ni

Guardian x LAKME | Table Talk Session Sambil Main Makeup Makeup

Kalau perasan dekat Guardian dulu ada cosmetics jenama Lakme. Lepastu after awhile macam tak nampak. But now, diorang dah buat come back dekat Malaysia. Dengan lebih banyak SKU yang menarik & best.

Haritu dapat invitation daripada Guardian untuk sesi table taalk bersama Lakme Malaysia. Biasanya pergi event jumpa kawan kawan blogger je, tapi kali ni ada few MUA juga hehe. Seronok pulak bila ramai ramai daripada beauty background, berkumpul buat table talk. Banyak dapat share pasal skin care & makeup. Helok sangat untuk orang noob macam iols ni.

Ni first time aku cuba produk daripada Lakme. Selalu dengar orang cakap Kajl/eyeliner dia best. Tapi haritu macam macam produk Lakme aku dapat try, bukan setakat eyeliner je.  Daripada base (primer), foundation, lipstick, compact powder semua aku sebat try punya pasal haha .

Sedikit info tentang Lakme :

  • Merupakan produk keluaran bawah syarikat Unilever
  • Diasaskan pada tahun 1952 (hui lama belum merdeka lagi kita) 
  • Banyak gunakan face off daripada India tapi sebenarnya bukan jenama dari India
  • Antara selebriti femes yang gunakan Lakme ialah Kareen Kapoor
  • Lakme selalu anjurkan fashion show; Lakme Fashion Week iaitu fashion week yang paling dabomb dan terbesar di India
  • Total SKU produk Lakme ialah 127 (ranging from lips,face, eyes and nails products)
  • Dibawah Lakme, ada 3 series yang dikeluarkan , depending pada occasions : ABSOLUTE, 9TO5 & CLASSICS



Sejujurnya cakap, produk Lakme not bad tau. Quality dia beyond expectation. Kalau eyeshadow tu, warna memang melekat dan tak cepat fall off. Untuk lipstick pulak very buttery . And primer dia memang betul boleh hold makeup untuk tahan lebih lama!

Antara Lakme punya cosmetics SKU

Demo makeup



Masa table talk session ni, ada demo make-up juga. So dapatla tanya 1-2 soalan pasal makeup time ni. Tapi aku lupa dah amenda aku tanya masa tu haha

Aku sebenarnya tak reti sangat nak review makeup ni. Banyak review skincare je but you got the point. Haritu Guardian ada sediakan satu challenge untuk kitorang cuba create satu makeup look menggunakan apa apa produk Lakme yang ada masa tu. 

Famous MUA ; Ayang Kamel makeupkan adik yang jadi barista dekat cafe ni hehe. And Ayang menang this challenge!


Masa tu lah first time cuba satu satu produk Lakme ni . Lepastu terkejut

"uwah bestnya lipstick dia, color cantik!"
"hey. eyeshadow ni pun cantik. tengokla warna purple dia, lawa! Biasanya susah tau nak jumpa warna purple macam ni" blablabla 

Last last orang lain dah habis makeup, aku tak habis lagi hahaha sebab sibuk main swatch swatch. Makeup look nya entah kemana.

Aku suka gila warna yang bottom left dekat palette tu. Memang guna untuk daily makeup sekarang

Palette yang ni pun cantik! Purple tu lawa gila weh

Tengokla warna dia tu . cantik!


hello kakak @makeupbypapot at the back

Last last, aku cuma add on lipstick sikit, eyeshadow & blusher haha sebab malas nak remove makeup. Tapi tengokla tu warna lipstick dia! Cantik weh!


Guardian x Lakme was so nice and even give me some of their products to bring back home. Weuuu bestnya!




Dalam goodie bag ni ada gabungan barangan daripada Guardian dan juga Lakme. Gambar unboxing takde pulak sebab semua dah bukak gelojoh gelojoh time dah sampai rumah hahaha . Thankyou Guardian & Lakme :D

Nanti kalau rajin aku buat post untuk review satu satu produk Lakme yang aku dapat ni k. Mohon doakan kerajinan aku ni datang bertalu taluuu amin.

So, sekarang dah tahu kan Lakme ni best? Boleh pergi Guardian & cuba ya. Aku sendiri personally suggest untuk korang try dia punya primer & eyeshadow palette tu. Serious best!


Butterfly Project x ALTHEA Christmas Party 2018

Butterfly Project x ALTHEA Christmas Party 2018 | Sejak aku join Butterfly project punya community, aku rasa macam dah tak terkira dah berapa kali party/celebration diorang buat. Tapi before this baru sekali jela aku join. Masa tu ada celebration Anniversary Butterfly Project yang ke - 5 bertemakan UNICORN! (Baca dekat sini : http://blog.farahdafri.com/2018/05/the-butterfly-project-turns-5-unicorn.html )




So, sebabkan dah pernah pergi Unicorn party tu and memang dah tahu setiap kali Butterfly Project buat party mesti BEST! Makanya, aku pun menyibuk nyibuk juga la join Christmas Party diorang wehoo. Nak jadikan lagi best, party kalini kolaborasi bersama ALTHEA KOREA! wehoo lagi sekali!

Tema Christmas Party ni ofcos lah bertemakan Christmas. Aku takde idea betul la bab bab dress up ni. so yang aku boleh fikir, pakai ikut party color code (Pink) & pakai accessories yang ala ala Christmas. Memula aku fikir nak pakai jambang Santa tu je tapi macam payah pulak nak makan ke apa kan haha. Last last aku pergi S&J, beli headgear (cekak) ada tanduk rusa ni. Comel pun comel. Senang nak pakai dengan tudung. Harga dalam RM5.90 kalau tak silap aku. Lupa dah (*tula lain kali jangan lambat lambat tulis entry hewhew*)

On My Instagram