Monday, May 23, 2016

Wajah Baru Instagram : Aku sorang je ke yang benci?

Hi.

Diwaktu terbalut dengan keserabutan kepala, paling paling kena jaga mata. Mata kena lah tengok benda benda yang menenangkan. Tengok benda benda hijau, tengok benda benda bermanfaat dan apa sahaja yang membuatkan mata gembira. Sebagai contoh, sajikan mata dengan menonton drama korea dan igau igaukan Oppa, juga termasuklah tengok instagram dan scroll account ig yang penuh dengan gambar makanan, mahupun gambar gambar decoration rumah cantik cantik takpun, tengok gambar gegadis amerika workout untuk bagi semangat kurus tu datang balik.

Tapi seperti mana sering diperkatakan, dari mata tu turun ke hati. Boleh jadi akan jatuh hati, atau in some cases, jadi sakit hati .

Sakit hati muncul saat scroll instagram ialah bila tiba tiba ternampak seorang gadis makan dengan banyaknya tapi tak gemuk, mahupun seorang gadisberusia 14 tahun dah pandai pakai makeup jenama Bobbi Brown (helo, kakak pakai silkygilr je!) . Persayiton kan ini semua, nampak sangat sendiri punya penyakit hati tak dapat rawat kah kah .

Tapi tak ada yang setanding sakit hati bila tiap kali buka instagram sekarang, keluar theme baru yang huduh gilaaaaa! Weh benci kot, meskipun aku berjiwa monochrome - hitam putih kelabu tahi kera, tapi ini sangat tak boleh di hadam. Bahagian dalam kelabu, putih je. Logo pulak, mak aih amenda rupa macam ni . I kenot brain this!


Benda ni sedikit sebanyak menyumbang kepada keserabutan kepala aku . Baca semula : dari mata turun ke hati, naik ke kepala . Bila sakit hati , pakej dengan sakit kepala .





Soalan : Aku sorang je ke rasa tergangu dengan benda ni?


On My Instagram