Taste of Malaysia Airport @ MIGF2018 : 3 Restoran Pilihan Ramai di KLIA dan KLIA2 | Tahun lepas, ada sekali tu aku ternampak billboard iklan Malaysia International Gastronomy Festival ni tapi tengok tengok dah terlepas dah tarikhnya. So nekad siap siap untuk 2018, mesti pergi mesti pergi! finally dapatla jugak pergi tahun ni punya ; bertempat di Berjaya Hotel Time Square (1-2 September 2018) .
Aku tahu bab Gastronomy ni pun dari Hilmi lah sebab nature study dia dulu culinary. Kalau tak tahu Gastronomy tu apa, pergi google ekekeke k takpe aku bagitahu. Gastronomy ialah seni makanan. Biasa orang hias and present masakan fancy fancy dekat fine dining restaurant tu, ha Gastronomy lah tu.
Salah satu booth yang aku duduk bertenggek lama sampai 2 jam ialah dekat booth Taste of Malaysia Airports. Booth ni mewakili 3 restoran, tiga tiga ni ada dekat KLIA2 iaitu - Bumbu Desa, Grandmama's & Fukuya
Bumbu Desa ni mainly menu nya fokus masakan indonesian, Grandmama's pulak macam Malaysian traditional cuisine & Fukuya, ofcos lah masakan Jepun
Time dekat MIGF tula baru aku tahu kewujudan diorang ni. Sebab biasanya dekat Airport aku tak makan sangat, dah makan siap siap dekat rumah. Sempat jugaklah merasa 1,2 special dishes untuk setiap 3 restoran ni. Paling aku suka ofcos la from Bumbu Desa sebab aku memang gila sikit menu menu Indonesian ni.
Haritu aku try Nasi Liwet makan sekali dengan Ikan Bawal Talewang Lombok Lepastu ada dihidangkan dengan gorengan (tauhu, tempe) & emping sekali. Ya auloh sedap nikmat menjilat jari la sambal ikan dia ni. Dah la ikan gila besar. Makan 3 orang pun jenuh nak ngabih.
Selain daripada Nasi Liwet, one of Bumbu Desa's signature ialah Nasi Tumpeng dan KopiKita . Dua ni aku tak sempat nak rasa sebab dah habis. Lagipun makan Nasi Liwet pun dah puas hati sangat sangat .
Sebabkan tamak sikit (jangan contohi ini ya), bila tengok ada nasi lemak Grandmama's pun nak cuba juga. Nasi lemak dia ni dihidangkan dengan rendang ayam tak crispy haha. Takpela tak crispy, yang penting shedapp!
Fun fact : Grandmama's punya line of menu dipilih seiring dengan visi untuk menghasilkan masakan tradisional yang buatkan kita mengimbau kembali saat menikmati hidangan tradisi nenek moyang kita .
Tak stop dekat situ, last sekali sempat lagi aku dengan Hilmi cari saki baki space yang ada dalam perut ni untuk sumbat 2,3 ketul sushi dari Fukuya. Ya ampun ni lagi satu sedap! Unik nya sushi ni, dia tak letak wasabi. Tapi potong cili padi hahaha. Cili padi lawan wasabi, boleh tahan berasap jugak tergigit cili tu ha. Tapi puass makan! Sedap! Aku try yang salmon & unagi (belut). Dua dua maveles! Ala teringat balik, lapar pulak rasa. Lagi satu, Hotate Miso Soup dia pun sedap. Ada scallop! Memang peminat miso soup wajib cuba miso soup dekat Fukuya ni .
Point nya sekarang, bilamana korang travel ke, tak travel ke, there's always a reason untuk korang start kereta, pergi KLIA tu ha datang makan makan je. Cuba lah salah satu restoran aku suggest ni. Memang puas hati tak tipu.
Dan menjadi salah satu objektif utama kenapa Taste Of Malaysia Airport join MIGF2018 tahun ni ialah, untuk war war kan dekat korang lah, yang dekat Airport nun banyakkkkkkkk restoran best best untuk korang pergi makan . So, jom lah pergi KLIA ke KLIA2 ke, gi makan makan, sambil tu boleh shopping. Boleh singgah Mitsui Outlet jugak .
Related search : MIGF2017, MIGF2018, Malaysian International Gastronomy Festival, restoran halal KLIA, restoran halal KLIA2, harga bumbu desa, range harga bumbu desa, menu bumbu desa, kedai makan klia2, senarai kedai makan klia2, restoran sedap klia2
1 comment
Quality posts is the important to invite the users to visit the website, that's what this
ReplyDeleteweb page is providing.