Tuesday, May 23, 2017

Street Churros Dah Ada Menu Baru | Street Churros MyTown Cheras


Daripada bermulanya era perkembangan churros dekat Malaysia ni, aku dah start suka dah. Seingat aku lah kan, Churros yang memula aku cuba rasa masa tu dekat cafe The Sumbs, Shah Alam. Itu pun sebab Kak Syaf yang sibuk sangat ajak makan churros. Masa tu, aku rasa macam dah nikmat sangat dah makan churros dekat situ. Bagi aku, macam dah sedap gila nak mati dah churros kat situ tuu haha.

Aku pernah cuba juga nak buat churros ni, tapi end up jadi cekodok kahkah. Susah weh nak buat ni sebab kena pastikan adunan dough tu sebati, lepastu nak menggoreng pula kena cepat. Sambil tekan piping, sambil goreng. Sumpah leceh. Last last aku malas dah nak buat churros sendiri . Payah payah, beli je dekat pasar malam walaupun tak sedap. Pasal dah teringin sangat, aku telan je. Dah la dipping tak best sebab bancuh guna coco powder je ish! potong stim betul!

Tak lama lepastu, aku tahu kewujudan Street Churros dah mula bertapak dekat Malaysia. Masa tu , aku tengah study lagi dekat Melaka. Street Churros ni pula dekat KL . Well, biasalah. Kalau dah benda best best ke, kedai hipster hipster ke, makan sedap sedap ke, asyik asyik kat KL . Ish!

TASNIMSHAHCOSMETICS X HUNA Hasilkan Premium Lip Matte


TASNIMSHAHCOSMETICS X HUNA Hasilkan Premium Lip Matte | Kadang kadang duduk termenung tu, baru tersedar "eh dah makin berusia aku ni" . Pejam celik dah 26 tahun dah , tapi achievement dalam hidup tu alalalala macam tak memberangsangkan sangat lah . Adik adik yang baru habis SPM pun lagi terer meniaga sekarang ni .

Thursday, May 18, 2017

Buffet Ramadhan Ube Banquet Hall di Nilai 3



Buffet Ramadhan Ube Banquet Hall di Nilai 3 | Sesuatu yang signifikan bila sebut tentang bulan puasa, mestilah 'ifthorrr' , dalam bahasa kurang arabic-hipster nya - buka puasa.

Signifikan pula dengan berbuka puasa ialah ; berbelanja sakan di bazar ramadhan dan juga BUFET RAMADHONNN!

Suka betul pergi bufet ramadhan, lagi lagi bila pergi dengan family atau kawan kawan. Seronok sebab sambil makan, boleh borak borak. Berhenti solat kejap, lepastu sambung lagi. Sampai lah perut cannot handle lagi nak telan segala macam kambing bakar yang kau gigih beratur lama nak ambik tadi tu.

Ube Banquet Hall tawarkan pakej Buffet Ramadhan


Biasanya buffet ramadhan ni diadakan dekat hotel hotel je. Tapi haritu, aku dijemput untuk pergi preview bufet ramadhan di Ube Banquet Hall di Nilai. Ini kalau cakap Nilai, kau takyah gi jauh. Waze terus Nilai 3 tempat kegilaan mak mak shopping carpet tu, ha dekat situlah. 

Tuesday, May 16, 2017

Samsung Galaxy S8 & S8+ | Kini boleh didapati di SenHeng (Harga,Review dan Spesifikasi)



Samsung Galaxy S8 & S8+ | Kini boleh didapati di SenHeng (Harga,Review dan Spesifikasi) | Dah lama sebenarnya Hilmi nak sangat tukar phone baru. Tapi dia tunggu tunggu je dulu, selalu bagi chance dekat aku yang tukar phone. Daripada masa aku guna iphone dulu sampailah dah berpaling tadah memilih Huawei, dia tetap guna phone yang sama. Alololo cian dia, sanggup tolong tambah tambah duit bagi aku yang dapat tukar phone ekekeke .

Makanya lepas penantian yang lama, ada lah rezeki lebih sikit untuk dia tukar phone. Tengah dilemma memula macam nak Honor 8, lepastu macam nak Mate 9, tetiba nak OnePlus 3 pulak, pastu eh eh eh nak Samsung pulak. 

Pening!

Aku dah cakap dekat dia, kalau nak Samsung, tunggu lah Samsung S8 & S8+ Launch dulu. Boleh belek belek, mana tahu berkenan kan? Tapi sebab dia dah excited sangat nak tukar fon, last last dia terjebak dapatkan Samsung S7 Edge. 

Tapi haritu, kebetulan ada pelancaran Samsung S8 di SenHeng IOI Puchong Mall, aku hangkut Hilmi sekali untuk teman. Sebab dia kalau bab bab gadget ni memang suka.



Hah! Bila dia dah belek belek Samsung S8 & S8+tuuu, terberkenan lah pulak. Aku cuma tengok tengok macam tu je, dia pula yang bersungguh godek handphone tu sampai lunyai haha .

Tuesday, May 9, 2017

Ramai Yang Tak Tahu 3 Bahan di Dapur Ini Mampu Melenyapkan Jerawat dalam 1 Malam




Okay entry kali ni cuba nak buat se-simple yang mampu. 

Cut the crap.
Cut the long intro's

Ala dah start nak panjang dah pun intro nya hahahaha .

K .

Tetiba belek belek cermin, terperasan pula ada seketul jerawat durjana dah terhendap hendap dekat atas dahi , tepi hidung , kawasan dagu .

ARHHHH STRESS!

Nak picit tapi mata putih tu tak keluar lagi . 
Nak sapu oxy, oxy entah campak pergi mana.
Nak sapu guna ice, ice dah habis buat minum sirap masa dinner tadi .
Dah tengah malam, farmasi dah tutup wey .

Esok pagi dah lah ada hal penting , nak dating ke nak interview ke nak fotoshut ke lantak kau lah .

Sekarang, nak kena buat apa?


SIMPLE.

Monday, May 8, 2017

6 Produk Penjagaan Wajah Berbaloi Untuk Dibeli Di Farmasi @ Drugstore


6 Produk Penjagaan Wajah Berbaloi Untuk Dibeli Di Farmasi @ Drugstore | Tetiba terfikir nak buat entry ni sebab secara tak perasan nya, bila lalu depan farmasi atau section beauty products dalam mall macam Aeon wellness ke, Watson, atau Guardian.. mesti rasa nak berhenti dan masuk . Daripada masa belum kawen, sampai lah dah kawen, Hilmi dah faham sangat perangai bini dia yang pantang lalu depan kedai kedai camni . Sampaikan kalau kitorang just lalu je, dan aku tak berhenti untuk masuk ataupun tak menoleh langsung dekat kedai tu, dia pulak yang gi tanya "Taknak singgah ke?" hahaha . Pulakkk .

Dan kadang tu bila masuk, bukannya nak beli apa sangat pun. Paling utamanya akan serang bahagian mekap mekap dulu. Calit itu sikit, ini sikit .. lepastu baru beralih ke bahagian lain .

Kalau dekat section facial care/ penjagaan wajah , mesti aku suka duduk lama dekat situ. Sebab sambil tengok barang, sambil gigih nak meng-google time time tu juga sebab nak baca review pengguna. Helok ke tak, berbaloi ke tak . Ada kot setengah jam duduk dekat tepi rak tu semata nak google. Kadang tu aku siap sampai bersila lagi. Gigih Hilmi cari cari mana kepala aku rupanya duduk bersila kat bawah wakakaka .



So untuk entry ni, terajin pulak nak share dengan korang beberapa produk yang aku beli, guna dan berpuas hati yang mana aku beli pun sebabkan baca review review daripada orang lain .

Saturday, May 6, 2017

[REVIEW] 4 PRODUK KECANTIKAN SIMPLY LYNN



Yay!Another beauty product review!

Mula mulanya tahu pasal produk Simply Lynn ni sebabkan Meeracle Serum diorang yang feymes tu , lepastu baru lah tahu yang sebenarnya Simply Lynn ni ada macam macam lagi produk yang diorang keluarkan .

Asalnya nak cuba Glowing Beauty Spray je, tapi entah macam mana eh eh eh terambik sekali dia punya Glow Day Cream, Glowing Gel Treatment, & Booster Glow Whitening.

SIMPLY LYNN TESTIMONI


Perasan tak dalam kesemua produk Simply Lynn ni dok ulang ulang perkataan "GLOW?"