Saturday, April 11, 2020

Masalah Dengkur : Atasi Dengan Rawatan Laser di TOSCANA Medi Clinic



Cakap pasal dengkur ni kadang orang ramai ambik remeh. Sebab kita rasa benda ni "alaaa biasa la tu dengkur" "alaa sebab penat sangat kot" "alaaa orang lain pun berdengkur juga, apa masalahnya?"

Tapi tahu tak, kalau di biarkan masalah dengkur ni berlarutan sebenarnya boleh menjurus kepada masalah yang lebih serious. 

Aik? apa yang serious nya dengan dengkur?

Sebenarnya, bila kita berdengkur, kualiti tidur kita terganggu. Bukan kata kita je, pasangan atau kawan sebelah yang tidur sekali pun turut terganggu. Dengkur dah la macam macam bunyi. Kita yang tidur ni mana sedar. Orang lain yang dengar ni yang berasap jee telinga sebab nak tidur tak boleh. So tak pelik la ye ada kes kes penceraian berlaku disebabkan masalah pasangan berdengkur.

Dengkur juga boleh menyebabkan kepada kematian. Wait what? How?

Sebenarnya dengkur ni terjadi disebabkan ada blockage dimana udara tidak dapat lalu dengan lancar pada rongga hidung dan tekak kita. So bila kita tidur, kalau blockage tu makin serious, kita akan susah nak bernafas lah. Itu yang boleh jadi mati masa tidur tu. Risiko lain yang boleh terjadi disebabkan dengkuran ialah strok dan sakit jantung. Ngeri kan? 



Sebab tu kalau korang ada masalah berdengkur, jangan dibiarkan. Kena rawat sebelum jadi lagi parah.

Antara simptom yang menandakan masalah dengkur korang tu dah makin serious ialah :

☾ Terlalu mengantuk pada waktu siang
☾ Sakit dada pada waktu malam
☾ High blood pressure
☾ Sentiasa rasa tak cukup tidur, dan lesu
☾ Rasa tercungap cungap bila bangun tidur
☾ Pasangan perasan yang korang berhenti bernafas untuk beberapa ketika semasa tidur
☾ Sakit tekak bila bangun tidur
☾ Sakit kepala pada waktu pagi


Kalau ada simptom ni dan korang tahu korang jenis yang berdengkur, cepat cepat dapatkan rawatan. Ok?

Tapi, rawatan apa yang sesuai untuk atasi masalah dengkur ni?

Terkini ada teknologi baru cuma menggunakan laser je. Teknologi ni dah mula diguna pakai di TOSCANA Medi Clinic. Rawatan ni tak sakit yee kawan kawan so jangan takut. Kita cuma akan rasa sedikit haba je masa proses rawatan di jalankan. Untuk lebih faham tentang proses ni, boleh tengok video kat bawah 




Rawatan ni biasanya doktor akan sarankan buat 3-4 kali sesi. Dan untuk setiap kali sesi tu, peratusan 'severity' dengkuran korang tu akan berkurangan. 

Tak banyak lagi klinik yang ada teknologi ni tau. So far yang aku tahu cuma dekat TOSCANA Medi Clinic ni je. Klinik ni bukan setakat rawat masalah dengkur je semata mata, tapi sebenarnya banyak memfokuskan pada aesthetic - iaitu rawatan kecantikan menggunakan mesin tanpa sebarang pembedahan (non surgical) .

Kalau ada masalah jerawat, masalah parut berlubang, ada masalah eye bag ke apa, semua boleh dirawat dekat sini. Banyak lagi jenis jenis treatment yang ada dekat sini, and yang famous ialah gunakan teknologi laser Fotona untuk rawatan berikut : 

⌦ FOTONA 4D Face Liftting 
⌦ FOTONA Tightsculpting Laser Body Sculpting and Skin Tightening 
⌦ FOTONA Nightlase Snoring dan Apnea Treatment 
⌦ FOTONA Intimalase Laser Vaginal Tightening 
⌦ FOTONA Incontilase Stress Urinary Incontinence Laser Treatment 

You name it sis. Nak cantik macam mana, Dr. Lashela Dharmadass (certified doctor di Toscana Medi Clinic) ,  boleh buatkan. Consult je dengan dia. 



Dekat Toscana Medi Clinic ni ada juga rawatan macam PRP (Platelet Rich Plasma), Threadlift, Filler dan Botox. Ha bila dengar macam seram je kan? Terus terbayang wajah ........... yang pakai botox hahaha. Heyy jangan risau. Dengan ada nya guide daripada doktor bertauliah, tak kan jadi macam tu. Yang muka jadi menyeramkan tu sebab guna bahan terlarang atau low grade. Dan sebenarnya ramai orang ada misconception pasal filler, dan botox semua tu. Termasuklah aku. 

Aku fikir benda ni macam benda kekal, ala ala masukkan susuk ke apa tu kan so dosa la. Tapi since benda benda ni semua medical, bila inject masuk kulit dia akan terurai. Macam filler tu sebenarnya hyaluronic acid, yang kita dok pakai dalam facial cleanser kita tu. Hyaluronic acid pulak menampung air. So basically filler ni kita macam masukkan air untuk tambahkan hydration. 

Threadlift pula gunakan benang surgical yang selalu doktor guna untuk jahit perut orang tu. Ada ke benang tu stay je kat perut macam ko jahit baju? Haha ianya akan terurai dan menjadi lemak (kalau tak silap la, aku lupa dia terurai jadi apa, haritu doktor ada cerita)

So point dia, kalau nak kan lebih pemahaman pasal rawatan ni semua, contact je Dr Lashela. Dia willingly untuk consult korang. Katanya consultation free je. Yeay! Boleh la kemukakan apa korang punya concern.




Btw sesi bersama Dr. Lashela ni sebenarnya masa aku pergi Staycation dekat Swiss Garden Genting Highlands haritu. Sebelum sesi ni, kitorang siap berzumba lagi taw. Power ye Dr. Lashela ni, boleh jadi zumba instructor juga hehe.




❐ Contact 

Toscana Medi Clinic Publika Solaris 
Block D5-G4-01 & 02, 
Solaris Dutamas (Publika) 
No:1 Jalan Dutamas 1, 
50480 Kuala Lumpur 

▸ Website : www.toscanamed.com/











Related : cara atasi masalah dengkur, petua hilang dengkur, dengkur boleh bawa mati? , risiko penyakit disebabkan dengkur, faktor berdengkur lelaki, faktor berdengkur perempuan, kenali jenis dengkur, jenis jenis dengkur, tidur berdengkur tandanya, kenapa kita berdengkur, punca dengkur, rawatan dengkur, rawat dengkur guna laser, rawatan dengkur kekal

Buffet Ramadhan 2020 : Swiss-Garden Genting Highlands Bertemakan Sajian Warisan Budaya



Hm tahu tahu, tempoh PKP dilanjutkan. Tapi marilah kita doakan semoga semuanya cepat berakhir. Takboleh bayangkan lah sepanjang Ramadhan nanti langsung takde solat terawih beramai ramai. Rasa kosong dan tak lengkap sebab itu sinonim dengan cara kita raikan Ramadhan, kan?

Ada juga la orang cakap "Ala sedih la nanti takdapat berbuka puasa dengan keluarga, takde bazaar ramadhan, takde buffet ramadhan..."

hmmm *kesat air mata



Takpela apa mampu kita buat sekarang, ikut arahan kerajaan. Duduk rumah, jangan degil dan jaga kesihatan dengan baik. Jom kita putuskan rantaian COVID-19 ni ok?

Bila semuanya dah ok, boleh la kita pergi makan makan Bufet Ramadan di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. Kisahnya haritu sebelum PKP diumumkan, aku sempat pergi sesi sampling untuk bufet ramadan di Swiss Garden ni. Tapi baru sekarang aku sempat nak share.

Bufet Ramadan Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands kali ni bertemakan Sajian Warisan Budaya. Dengar pun dah menarik, dah boleh imagine jenis jenis menu yang bakal disajikan , kan? Mesti ada lauk lauk kampung yang rare. Yumms!





Ada lebih 100 jenis menu masakan yang akan dihidangkan. Antara menu wajib yang jangan di lepaskan untuk cuba ialah  Ikan Patin Tempoyak, Ayam Panggang, dan Rendang Ayam. Boleh makan dengan lemang dan ketupat palas. Fuhh terus rasa macam vibe raya.

Lagi satu yang special nya dekat sini, korang kena pekena Teh Tarik tau. Memang padu dia dibuat LIVE, on the spot. Baru lah feel!

And macam biasalah,  kalau dah namanya bufet ramadan, mestilah ada Kambing Bakar. Baru lah onz! Sedap tau dia punya perapan kambing bakar ni. Wajib cuba. Layan sekali Nasi Biryani Gam Kambing. Nyumms!




Harga Bufet Ramadhan Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands


Berikut ialah detail harga untuk bufet ni. Tapi since kita tengah berhadapan dengan isu negara ni, aku tak sure kalau bufet ni masih diteruskan atau tak. Tapi aku share jela yee harganya. 

〘 Harga Biasa 〙 
✰ Dewasa : RM78nett 
✰ Kanak-kanak : RM34nett 

〘 Harga Istimewa 〙 
‘EARLY BIRD’ (Book sebelum 20 April 2020)
✰ Dewasa : RM55nett 

Kalau rasa rasa nak datang menginap sekali dekat sini, boleh baca entry ni【 STAYCATION : PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES GENTING HIGHLANDS  】Bagi korang yang menginap dekat sini, turut disediakan perkhidmatan sahur dibilik bermula jam 4.00 pagi.

Masa sampling haritu, tema nya tradisional. Maka gigih la sis berkebaya haha. Tapi kalau gigih lebih sikit lagi, ada potensi nak menang best dress. Boleh dapat hadiah penginapan free dekat sini. Macam yang 3 orang bawah ni dapat hehe (Pika, Rawlins & Mahadi)







❐ Contact

Sebarang tempahan boleh melalui email atau whatsapp 

► Whatsapp : 
016 - 670 0743 (Ravi) 
017 - 542 8790 (Firdaus) 

► Email : 
ravindra.chantira@shrgh.swissgarden.com 
fnb@shrgh.swissgarden.com 














Related search : Buffet Ramadhan 2020 , senarai buffet ramadhan 2020, bufet ramadan 2020, buffet ramadhan selangor, buffet ramadhan pahang, buffet ramadhan kuala lumpur, buffet ramadhan harga early bird, pakej company buffet ramadhan

Staycation : Penginapan 3 Hari 2 Malam di Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands


Makin hari makin banyak keluar ye gambar gambar throwback dekat Instagram. Masing masing dah start rindukan trip trip bercuti dengan family dan kawan kawan hatta trip tu disaster sekalipun (contoh bergaduh pilih tempat makan, kawan ambilkan gambar tak cantik, member kau siap lambat lepastu tertinggal bas, tour guide cem harem dan contoh contoh lain) ; TETAP rindu itu membuak buak. Baru masing masing reti nak belajar erti mensyukuri nikmat kebersamaan dengan kawan kawan rapat dan ahli keluarga hahaha.

Jadinya objektif post ni mestila untuk throwback juga. Masa ngam ngam sebelum pengumuman PKP dibuat, aku sempat pergi bersuka ria di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. Diorang baru je beroperasi. Masa aku pergi haritu, katanya baru masuk 8 bulan. Ha tak sampai setahun lagi la. Tempatnya cantik weh. Lokasinya takdela sampai ke puncak Genting Highlands tu. Kalau korang dah biasa ke genting, mesti perasan ada satu Petron yang ada Starbucks kan? Ha dekat situ je. Tak sempat ko nak pening pening pun naik ke atas, dah sampai!

Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands




Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands ni terdiri daripada bilik hotel dan juga apartment sebab ianya sekali dengan 'residences'. Since ada pilihan apartment, jadi lagi mudah la kalau korang datang ramai ramai satu family. Takdela susah susah nak ambil sampai 2,3 bilik kan? Masa aku pergi haritu pun, aku duduk dekat apartment. 

Apartment ada dua jenis - Executive and Premier. Dua dua jenis ada 2 bilik cumanya kalau executive tu ada satu bilik yang katil single. Kalau Premier, dua dua bilik katil Queen. Since aku haritu duduk berempat, jadinya kitorang pilih Premier 2 Room Residence. Ngam ngam la sebab setiap bilik memuatkan 2 orang. Tapi kalau rasa tak muat pun takde hal sebab nak tidur dekat ruang tamu pun onz je sebab selesa.

Bahagian ruang tamu yang luas. Nak tidur dekat sini pun boleh

Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan pun serba cukup. Siap ada peti sejuk, mesin basuh with dryer, ada TV, wifi, hot shower, cerek, and even dapur memasak pun ada tau. So far aku cuba sedaya upaya memanfaatkan semua kemudahan yang ada. Mesin basuh tu berapa kali aku guna haha. Punya excited ye basuh baju siap kering. Tak gaduh nak cari tempat nak jemur.


Bilik utama ada attached bathroom. Lagi satu bilik toilet dekat luar bilik

Cumanya hair dryer aku jumpa masa dah nak check - out. Itu pun setelah aku bebel "amende ni takde hair dryer ke" dekat geng bilik sebelah. Lepastu kena bambu sebab bendanya ada, aku yang tak jumpa hahaha. lepastu ada hati nak complaint cehhh :p


So secara ringkasnya, di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands ni ada 2 pilihan bilik hotel dan 2 pilihan apartment residence.


Hotel

➥ DELUXE ROOM
➥ 1-BEDROOM SUITE

Deluxe room

1- bedroom suite 


Residence Apartment

➥ EXECUTIVE 2-BEDROOM RESIDENCE
➥ PREMIER 2-BEDROOM RESIDENCE

Executive 2- bedroom residence

Executive 2- bedroom residence




Garden Terrace

Antara soalan femes orang akan tanya bila ke genting ni mestilah "Senang tak nak cari makan?"

Okeh dekat Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands ni cuma ada satu saja restoran yang diberi nama Garden Terrace. Restoran ni terletak di tingkat 5. Sepanjang 3 hari 2 malam aku dekat sini, memang breakfast, lunch dan dinner dekat sini. Makanannya sedap sedap juga dan banyak variasi. Tapi kalau korang rasa taknak makan dekat hotel, boleh je cari makan dekat luar. Banyak kedai kedai makan yang berdekatan and korang boleh pergi jalan kaki je. Kedai mamak, kedai tomyam semua ada haha pilih jee.




Cakap pasal makan, Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands juga akan mengadakan  bufet sempena Ramadan yang bertemakan Sajian Warisan Budaya. Harga pun bagi aku agak berpatutan. Untuk early bird serendah RM55 je sis. More details nanti aku share dalam separate post.

Selain suasana bilik yang selesa dan cantik, dekat sini ada macam macam fasiliti menarik yang tersedia untuk semua guest gunakan.




Antaranya gymnasium, kolam mandi rooftop, jakuzi, sauna, taman permainan kanak-kanak, gelanggang squash, tenis, dan bilik karaoke. Memang puas la pusing pusing tawaf haritu sebab besar tauu. Landskap taman pun cantik and banyak spot best untuk duduk berehat, santai santai dan bergambar.







View tercantik di tingkat 41


Since namanya pun di genting, mesti terfikir "eh kalau nak swimming dekat pool tak sejuk ke?"


Jawapannya, "Tidak"



Sebab kolam renang yang terletak di bahagian rooftop hotel ni dilengkapi dengan air panas. Jadi bila nak swimming tu, lagi lagi waktu malam -- tak rasa sejuk pun. Nyaman je sebab rasa suam. Sepanjang aku dekat sana, 2 malam berturut juga la aku terjun dalam kolam tu haha. Bila baju basah apa ada hal, balik terus cuci guna mesin basuh hewhew.




View dari rooftop tingkat 41 dekat lokasi swimming pool ni memang iconic. Antara spot bergambar famous dekat sini ialah dekat glass house ni. Cantik kan? Berlatar belakangkan view gunung ganang, macam dekat luar negara pulak. So kalau korang datang bercuti dekat sini, bila check in tu, campak beg lepastu terus pergi tingkat 41 okay? rugi kalau tak bergambar.


❐ Additional info

Kalau korang bercadang nak datang sini dengan bas, boleh je. Turun di Genting Premium Outlet. Akan ada perkhidmatan shuttle untuk ke hotel. Kalau korang drive pulak,  ada lebih 300 parking kereta di bahagian basement hotel ini.

Amacam?? nice kann. Lepas habis kita ber-PKP ni, boleh la datang bercuti dalam Malaysia dulu. Kita pergi genting dulu ok? Faa pun plan nak repeat trip ke sini. kalini nak ajak satu family pulak. Boleh ambik apartment je. Senang duduk ramai ramai.



❐ Contact




















Related search : Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands review, hotel genting highland, senarai hotel genting highland, hotel murah di genting, cara untuk ke Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands, hotel berdekatan genting premium outlet




On My Instagram