Wednesday, April 6, 2016
Trend Cium Ketiak BF : Kebodohan apakah ini?
Aneh aneh trend budak remaja sekarang . Ish ish ish . Betapa desperate nya adik adik remaja sekarang (macam aku dah besor sangat kahkah) buat pelbagai perbuatan aneh demi mendapatkan perhatian umum di media sosial . Wah ayat berilmiah sangat haha .
Kini #trending di Indonesia , ambil gambar ciyom ketiak bf atas dasar nak buktikan chenthaa serta bagi mendapatkan publisiti melalui media sosial (instagram, twitter dan facebook) disamping dahagakan label 'relationship goals' dengan pasangan masing masing. Mehh . Nak goal pun tak perlu kot ciyumm ketiak bagai . Ketiak kot!
Meskipun ada kajian menyatakan cium ketiak suami dapat hilangkan stress , [BAU KETIAK LELAKI MAMPU HILANGKAN STRESS WANITA?] tapi tu applicable untuk seorang bernama suami je. Bf tu belum tentu lagi confirm jadi laki awak . Kang putus, tak ke NGERI teringat ingat bau ketiak dia . Hewhew .
Aku harap trend ni tak menular sampai ke Malaysia . Isteri isteri cium ketiyak suami jangan ambil selfie upload dekat fb pulak. Simpan untuk tatapan sendiri je. Untuk yang belum berkahwin , jangan gatal gatal nak buat . Aku sumpah bulu hidung kau lebat!
Maka telah tercemar blog aku dengan gambar ketiak , haha
Sumber : MyNewsHub
trend cium ketiak bf, trend cium ketiak,viral cium ketiak bf,cium ketiak pacar,viral cium ketiak pacar,viral cium ketiak boyfriend,cium ketek pacar
3 punca wanita lambat bersiap
Aku selalu ada issue lambat bersiap . Sampai orang tension sebab aku ambil masa yang lama untuk keluar . Haha . Tapi kalau nak bandingkan aku dengan Wani , dia lagi teruk . Aku level intermediate je, dia memang dah level paling pro bab lambat bersiap .
Sebenarnya kalau nak bersiap cepat tu boleh je asalkan semua baju tudung nak dipakai dah siap siap pilih dan bergosok . Kalau tak, untuk pilih baju je dah 15 minit , pilih tudung yang matching 15 minit , nak gosok lagi haha .
Saja lah tanya pendapat kawan kawan dekat facebook tentang apa yang menyebabkan diorang lambat bersiap. Ha ini jawapan diorang ;
Ini adalah antara punca lambat bersiap yang paling common antara wanita ;
Mandi lama
Makeup
Pilih tudung
Gosok tudung
Pilih baju
Bagi aku sendiri , ini 3 punca utama kenapa aku selalu lambat bersiap :
1. Terlalu 'perfectionist'
Photo credit : Weheartit |
Aku nak kan pakaian , gaya , mix and match pada hari itu semuanya purrrfectt . disebabkan nak perfect, jadi penelitian terhadap apa nak di pakai, cara apply makeup, gaya tudung semuanya kena 'on point' ahaks! . Makanya memang ambil masa lah . Belum lagi masuk bab gatal gatal buka youtube untuk tengok tutorial makeup dan hijab styling lagi . Ha tu tambah lagi 45 minit! kahkah! Nak cantik lah katakan . Betul tak?
2. Dilemma skirt atau seluar?
Aku selalu ada dilemma yang ini . Kalau pakai seluar nampak tinggi, tapi kena pakai kasut tinggi sebab seluar tu labuh. Bila pakai kasut tinggi susah pulak nak berjalan lagi lagi nak menapak dari satu blok ke satu blok. Kalau pakai skirt pulak nampak gemuk dan pendek . Tapi selesa sebab boleh pakai flat shoes je . Aku spend kadang kadang 10-15 minit hanya dengan termenung depan almari - fikirkan soalan yang sama , hari hari!
3. Eyeliner tak jadi!
Makeup sebenarnya senang je. Tempek foundation, bedak, lipstick sikit . Tapi paling mencabar -- nak apply eyeliner! Belah kanan nipis, cuba tebalkan . Sekali terlebih tebal pulak. Bila dah kanan tebal,kiri plak nampak nipis . Ha tambah lagi pulak belah kiri . Last last ceritanya eyeliner tu jadi uneven, mata dah jadi macam panda dan huduh! I need to redo my eye makeup balik! Cuci dan reapply balik eyeliner! HaHaha . Kadang tu pagi pagi rasa macam nak menangis , nak patahkan je eyeliner tu sebab bengang . Macam mana lah orang boleh pakai eyeliner rilek rilek je, cantik je . sebelah tangan pulak tu! Haih
---------
Hah ini lah antara 3 sebab utama kenapa aku selalu lambat bersiap . Jadi if aku ada event awal pagi, memang dah siap siap sediakan baju mana nak pakai dan gosok untuk pakai pada malam sebelumnya . At least aku ada extra masa untuk gaduh dengan eyeliner haha .
Korang pulak macam mana? Lelaki pun ada yang bersiap lambat ke? Cuba share , nak juga tahu :)
Thanks for reading gais! :*
Subscribe to:
Posts (Atom)