Monday, June 8, 2015

Tukar tayar lesson with Ayah


Kebanyakan perempuan, rata ratanya taktahu pun pasal kereta. Specifically pasal macam mana kereta tu berfungsi, apa parts yang ada pada kereta, apa jadi kalau part tu malfunction blablabla kan? Aku sendiri pun termasuk dalam golongan ni hahaha.

Selama ni bila sampai masa nak kena tukar minyak hitam, bawa je pergi bengkel suruh orang setelkan. Kalau nak alignment balancing ke tukar tayar pun just bawa ke bengkel & suruh je brader pomen tu buatkan. Tak pernah nak ambil tahu pun macam mana dia buat, apa dia buat. Yang tahu, hantar kereta lepastu melencong tempat lain. After a while, balik semula bengkel untuk pickup kereta. Macam ni kalau orang tipu pun bodo bodo je percaya hahaha.

Sebenarnya ilmu bab bab kereta ni penting sangat, especially buat kita kita kaum perempuan ni. Yelah, dah kalau problem nya kecik je, tak payah nak major fix pun, tapi disebabkan kita tak ada ilmu, and tauke kedai tu pun tengok kau macam taktahu pape je, memang syok la dia ambil kesempatan.

Kalau biasa kau pancit tayar selamba je boleh call minta tolong housemate kau punya bf tolong datang tukarkan, dah kalau tibatiba terkandas sorang sorang cemano? 

Semalam tayar aku pancit. Aku syak ada kena paku la takpun ada terlanggar lubang bergerigi rakus ke kan. Pagi pagi nak keluar breakfast, tengok tengok dah flat habis dah tayar. Malam sebelumnya Mama ada tegur "Kenapa kereta ni bunyi lain macam je" Aku pun rasa semacam berat je, tapi takde lah expect tayar pancit sebab masa drive malam tu memang kereta aku terlebih lebih muatan. Semua bantai naik memang terasa lah sarat dia. Pagi nya tengok memang dah sadaqallahulazim dah tayar tu.

Mula dah menggelabah masa tu. Mula mula plan nak panggil je mekanik dekat nearest bengkel untuk datang tengokkan tapi ayah dah bebel suruh tukar tayar sendiri. Ahh sudah! mana aku reti

Slowly ayah guide cara cara nak tukar tayar. Serious rasa noob. Bawa kereta reti, drift macam nak terbalik kereta pun terer tapi tayar spare duduk dekat mana dalam kereta kau pun kau taktahu kahkahkah ( gelak hambar )

Aku pernah lah juga terfikir nak belajar cara tukar tayar, tapi selama tayar aku pancit ke meletop mesti ada orang tolong handlekan. tapi fikir balik, kalau masa tu memang takde orang yang boleh tolong, takkan aku nak tunggu mereput je dekat situ sampai ada someone yang boleh datang tolong fix kan. Kemon lah Farah, berdikari lah sikit! - bentak Farah di dalam hati

Berikut ialah cara caranya untuk menukar tayar ( ayat rancangan memasak )

Pertamanya, kenalpasti dimanakah tayar spare berada. Jika anda noob seperti saya, ianya terdapat di bahagian bonet kereta. Tak jumpa? cuba buka bahagian bawah bonet tu. Bukan bawah kereta, bawah penutup bonet tu. Dah jumpa? Alhamdulillah

Cari alatan yang diperlukan seperti :

Jack
Pemutar skru
spanar

dan blablabla aku rasa memang dah ada sekali kot dekat bonet tu, biasanya beli kereta memang ada kot . kalau takde, maybe anak buat main ke ( lol )

As for start, cabut dulu penutup rim . Boleh cabut dengan cara mengumpil menggunakan screwdriver. Takpun ikut selesa lah nak buat macam mana. Jangan terajang sampai patah sudah. Kalau macam aku ni jentik pun boleh kot, sebab lopek hahaha



Next, boleh mula cabut kan nuts pada rim. This can be done by using spanar , obviously. tak kan nak bukak nut guna screwdriver :p Pusing arah lawan jam tau, kalau kau degil sampai besok pun tak terbukak nut tu. Mereput lah kau dekat situ


Sekarang boleh mula pasangkan jack. Pastikan jack tu masuk pada tulang kereta. Aku takpernah tahu pun ada tulang kereta, semalam first time aku tengok. Jakun gak lah cerita dia.



Tulang kereta as per described, ada satu lekuk khas untuk kau letakkan jack ni


Kalau jack kau berspesis seperti aku punya, boleh lah dapatkan set up sedemikian :


Nampak tak ada benda bulat belah kanan ni, okay pusing kan untuk adjust ketinggian jack ni

Dan seterusnya gunakan besi ni untuk putar putar roda impian sampai lah ketinggian tayar tu cukup untuk memudahkan urusan menukar tayar



Yang ni pusing arah jam tau . 

Dah selesai berseronokronok main putar putar, dan ketinggian kereta pun dah capai tahap yang sesuai, boleh lah cabut tayar tu dan gantikan dengan tayar spare. Tayar spare memang size baby baby je, dan kelihatan kerdil. Sebab fungsi dia sebagai gantian masa kecemasan je. Lagipun takkan kau nak usung size tayar sebenar besar bapak kehulu kehilir kan. Aku pun risau je, kot tayar ni tercabut ke tengah jalan. Hahaha 



Dah pasang tayar spare, pasang semula nut. Pastikan ketat ye, unless kau nak tayar kau tercicir tengah jalan.

Next bolehlah ke kedai tayar berhampiran untuk dapatkan khidmat bantuan tampalan mahupun mendapatkan tayar yang baru. Kalau setakat tayar kau pancir ke paku, boleh tampal lagi. Tapi kalau dah kau langgar besi construction ke , langgar divider ke, mahupun ada kawan kau dengki pergi cucuk guna besi pemicit jerawat sampai tayar kau koyak, takde maknanya boleh tampal. Tukar seketul tayar baru terus



Penemuan pagi semalam, dua ketol tayar kiri belakang , seketoi tayar kiri depan. Weh sapa dengki kat aku ni?!

Bila dah tahu macam mana nak tukar tayar, terus excited kot kot ada tayar pancit ke apa lagi akan datang. Tak sabar nak praktikkan ilmu baru wahaha. tapi takdela aku minta nak tayar aku pancit, jangan ada yang datang pancitkan tayar aku pulak. 

Kesimpulannya, ilmu itu penting. Tak kira lah ilmu apa sekali pun sebab memang setiap pada ilmu tu ada berikan manfaat pada kita ye dok? Ceceh tazkirah pulak.

So gegirls jangan lah perlekahkan ilmu aku share ni. Baca dan serapkan di minda haha.
You never when you'll need this. You'll thank me for this ( senyum bangga haha *lempang sedas*)



Selfie bersama tayar-less car


Till then :)



On My Instagram