Saturday, February 10, 2018

RenoSkin Medic Serum Melegakan Eczema Dan Merawat Pelbagai Masalah Kulit


Gambar (macam) takde kaitan haha




Hello!

Masa kecik kecik, time bersuka ria main pasir, lari masuk longkang, berguling atas jalan tar, dengan tak pakai selipar lagi dari taman rumah sendiri sampai taman perumahan sebelah , langsung tak ambil kisah . Sebab lupa diri, have fun sangat .


Masa tu juga mana nak fikir kot kot dah main kotor tu kaki berkurap ke, berkudis ke, luka luka pun buat tak heran je . Sekarang dah besar, kaki dah berparut hitam baru kenal erti keinsafan haahaha (aku lah tu)

Friday, February 9, 2018

Yay Dapat Pun Pindah Rumah Baru


Okay lanje gambar acah OOTD dekat bawah blok rumah wakakaka

Hello!

Finally setelah beberapa bulan lepas kahwin menumpang kasih dekat rumah ciksu (my makcik) , akhirnya ada rezeki dah nak duduk rumah sendiri . Sebelum ni duduk rumah mak pak mentua dekat Bangi . Tapi sejak September lepas, aku dah dapat kerja dekat Damansara, makanya tumpang lah sekejap dekat rumah ciksu .

Sebelum ni pun masa intern diploma, intern degree semuanya memang duduk dengan ciksu . Siap dah ada satu bilik khas memang bilik aku wakkaka . Barang barang toksah cakap la, memang penuh . Jenuh juga nak angkut keluar masa pindah haritu .

Walaupun rumah sewa jurr tapi permulaan yang bagus lah kan . Lek lek lu, kumpul duit lu baru beli rumah ye.
Sebabkan nak juga duduk kawasan dekat dengan office (sebab malas drive dan nak Hilmi hantarkan wakakkaa) makanya memang kena cari antara kawasan Kota Damansara, Mutiara Damansara takpun Bandar Utama je lah .

On My Instagram