Saturday, January 4, 2020

UNBOXING : PALLADIO PR Box | Botanical And Vitamin Infused Cosmetics




Hai Assalamualaikum

Biasanya aku selalu buat video unboxing takpun short instastory je bila unboxing ni. Tapi tula biasanya bila dah 24 jam kan video nya lesap. Kalau letak dekat highlights pun lama lama nanti dah stack dengan video lain, makin jauh kebelakang. Makanya, start dari sekarang, aku nak mula buat entry khas untuk unboxing. Paling paling tak pun, boleh la setakat untuk tambahkan content wakakak.


Brand : Palladio
Category : Beauty (Cosmetics/ Makeup)
Availability : Selected Guardian 
Price Range: Average (affordable dalam RM20-RM50)

=========================================

Dalam PR Box ni ada few items yang bagi aku dah cukup dah untuk buat full face makeup. Ada untuk base, ada lip product, blusher dan eyeliner. Sebelum ni aku pernah cuba Palladio punya blusher & diorang punya Rice Paper & Rice Powder. Yang foundation macam style dropper tu banyak juga orang review cakap okay tapi sebab aku ada banyak foundation yang tak habis lagi, makanya tak nyempat la nak cuba. Luckily, kali ni PR dia baik gila eh bagi sampai 5 shades. At least kalau takde code yang sesuai tu boleh la campur campur ye dak?





What's in the box?

1. Palladio 4Ever + Ever Makeup Setting Spray
2. Palladio Skin Detox Clarifying Face Primer
3. Palladio Build + Blend Foundation Drops
4. Palladio Matte Blush
5. Palladio Velvet Matte Cream Lip Color
6. Palladio Linear Obsessed Precision Roller Liquid Liner



Fuhh panjang panjang yee nama dia haha. Ayuh kita beralih ke segmen foto foto

=====================================


Palladio 4Ever + Ever Makeup Setting Spray



Yang ni fungsinya as setting spray takpun spray before pakai makeup pun okay. Yang bestnya ada aloe & vitamin infused. Tapi aku tak try spray lagi tak sure la bau macam mana. Sebab kadang yang bencinya setting spray ni bau dia busuk haha. Harap harap kalau aloe tu bau selera sikit la hewhew.



Palladio Skin Detox Clarifying Face Primer


Nicenyaa dapat face primer! and katanya yang ni ada 'charcoal' sekali untuk detox. Hm selalu dengar face cleanser je yang charcoal. Primer tak pernah tahu lagi. Agaknya okay ke tak?


Palladio Build + Blend Foundation Drops






Yang ni aku dah try drop sikit. Texture nya agak best. Tak runny macam liquid so walaupun guna dropper, takde la meleleh leleh foundation tu. So tak la comot sangat beg makeup. Cuma aku tak berkenan sikit pesen packaging macam ni sebab leceh. Risau kalau tutup tak rapat nanti tumpah ke apa. Tapi since aku cakap dia tak runny, should be ok kot kan? Hmm kita saksikan nanti ....


Palladio Matte Blush




Blusher aku dah pernah cuba sebelum ni. Warna cantik cantik juga and pigmentation pun just nice. Senang blend juga. Yang aku dapat kali ni shade 'Peach Ice'. Wohooo warna peach. I like!

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color



One of their famous product, velvet lip cream ni juga. Since it is infused with vitamin, jadi katanya tak mengeringkan bibiaq. Katanya laaa. Aku harap harap dah infused vitamin ni memang non drying and boleh hydrate kan sekali bibir.


Palladio Linear Obsessed Precision Roller Liquid Liner


Beliau mempunyai tip jenis bulat dan bukan berus. Mencabar kalau nak buat define line, tapi senang kalau nak buat cat eye. Tapi biasanya eyeliner spesis camni aku fail sikit hahah tapi kita cubaa la. Mana tahu tiber jadi Holy Grail product kan?


===================================

Okay faham dah kan konsep unbox tu?  Hahaha konsepnya plastik packaging pun tak bukak sebab kita bukak box je lol. Okay next entry kita buat swatches pulak untuk foundation tu and kita tengok sama ada oxidised ke tak. Okeh?

See ya in my next post. Byeee~

Alami Pengalaman Premium Glamping di Tiarasa Escapes, Janda Baik. Nak Honeymoon Pun Best Dekat Sini



Aku dah lama perhati je Tiarasa Escapes ni. Cantik betul tempatnya. Perasan ramai juga datang honeymoon dekat sini. Memang ngam la sebenarnya tempat ni dijadikan tempat honeymoon sebab tenang, sunyi dan tak crowded. Satu hari cuma dikhaskan untuk 40 orang guess sahaja. So takde la mengganggu ketenteraman orang nak bersyintaa dekat situ kan. Nak pulak kalau datang time weekday, lagi lah takde orang haha. Macam masa aku pergi haritu time FAM Trip bersama Tourism Malaysia. Memang kami ber 6 je ada. Dah buat macam resort tu kitorang punya hehe. 

Tiarasa Escapes ni ialah milik Datin Seri Tiara Jacquelina. Alaa yang berlakon Puteri Gunung Ledang, lagu Asmaradana tu. Haaa tahu kan?

Resort ni terletak di Janda Baik, Pahang. Perjalanan dalam sejam je dari KL. Sesuai sangat untuk dijadikan spot for short weekend getaway dan bagi menenangkan jiwa sikit daripada kesibukan kota di KL tu.


Tiarasa Escapes ni sebenarnya berkonsepkan Glamping. Iaitu Glamour - camping dimana kita masih lagi tidur didalam khemah, cuma experience nya berbeza dan lebih mewah. Kita still boleh menikmati feeling tidur dalam hutan, tapi masih dapat tidur atas katil dan lagi syok, siap ada kipas dan aircond ye! hehe. Untuk suite atau khemas terpilih, ada bath tub juga taw.




Tema khemah khemah disini ialah bertemakan Savanna dan Safari. So kalau perasan landscape, perabot, hiasan, tone warna dan konsep keseluruhannya memang boleh rasa vibe safari tu. Yang bestnya dekat sini, semua sudut memang instagram worthy. Cantik sangat! so kalau datang tu, prepare memory phone siap siap untuk bergambar sakan ye.

Ini dekat lobi/receptionist yee kawan kawan. cantik! siap ada welcome drink juga dan kita di bawa ke khemah naik buggy


Terdapat 25 buah bilik keseluruhannya dekat sini dengan 20 buah bilik jenis khemah dan 5 buah bilik jenis rumah atas pokok (treetop). Yang penting semua bilik/khemah ni lengkap dengan tandas sekali. So takdela leceh nak kena keluar daripada khemah dan pergi toilet di luar. Makanya, sesuai sangat la kalau nak bawa anak anak datang bercuti dekat sini.

View dari luar bilik // Dragonfly Tented Villa
Bilik/Khemah yang aku duduk haritu ialah jenis Dragonfly Tented Villa. Lengkap dengan 1 katil King, WiFi, Air Con, Hair Dryer, Safe Box, Mini Fridge, dan banyak lagi kelengkapan.

View dari pintu masuk

Sejadah dan peti besi pun ada // beverage making area // ada extra sofa bed and portable aircond

Boleh bancuh air dekat sini. Mini fridge pun ada 

Asalnya mula mula bilik aku, terletak asing sikit dekat atas bukit. Untuk orang yang sukakan bunyi bunyi nature dan nak kan rasa sunyi tenang, haa memang ngam. Tapi untuk orang penakut macam aku haha memang tak boleh tidur la wakk. Nak pulak tercampak duduk sorang sorang dalam khemah besar. Last last aku tukar dengan kak Ayue, makanya aku dapat khemah belah bawah, setentang dengan khemah Mawardi dan selang beberapa khemah dengan Hasif. Kak Uzu punya khemah pulak paling syok, paling besar dan paling dekat dengan lobi and tempat makan. Haha strategic betul lokasi dia.

Bukak pintu je nampak dah khemah orang lain. Sebelah sebelah je tapi takde la dekat sangat untuk elak bising

Sebenarnya, kedudukan antara setiap khemah ni tak jauh pun. Cuma aku memang tak biasa tidur sorang nak nak pulak sunyi je bunyi cengkerik gitu kan haha. Malam tu pun aku tidur bukak semua lampu and sambil pasang cerita kdrama dekat phone kahkahkah. Semata nak bagi ada bunyi. Tak boleh la sunyi sunyi sangat ni hehehe. Asalnya tu siap meminta nak tidur sekali dengan Kak Ayue, tapi cuba tabahkan diri untuk tidur sorang juga. Tapi last last tidur tidur ayam juga. Kalau dah penakut tu, penakut jugak wak yee haha.


Attached bathroom. Lengkap dengan shower head & toiletries


Ini ialah standard room yang ada di Tiarasa Escapes dan rate nya bermula dengan RM990 untuk satu malam (excluding tax). Tapi korang kena rajin rajin tengok instagram dan website Tiarasa Escapes ni juga, sebab kadang kadang diorang ada buat promosi. Macam masa sambutan kemerdekaan Ogos lepas, katanya ada promo diskaun 50% untuk harga bilik. Separuh harga ye, wow murah! So kena follow siap siap instagram Tiarasa Escapes okay?

Nasi Lemak punya pembungkus fancy betul! Tapi yang penting, sedap!

Okay, apa je aktiviti boleh buat sepanjang di Tiarasa Escapes ni?

Sebenarnya ada banyak. Dan nak jadikan lagi best, korang kena datang ramai ramai bersama kawan dan family. Sebab bila ramai baru lah meriah. Antara aktiviti yang korang boleh buat sama sama ialah

Aktiviti Menarik Di Tiarasa Escapes, Janda Baik Pahang

'Board Game'



Berlambak board game yang ada dekat sini. Yang aku tak pernah dengar pun ada haha. Tapi haritu kitorang sempat main Snakes & Ladder. Seronok pulak main ni sebab dah lama tak main. Ada twister, ada Monopoly, ada Chess, ada card game dan macam macam. Pilih je dekat rak ni hehe. Pening kan taktahu nak pilih apa? Btw congkak pun ada gais. Haaa pilih pilih.


Movie Under The Star @ Moonlight Cinema 

Sepatutnya kitorang nak tengok movie sambil baring dekat kawasan lapang bawah sinaran bintang bintang gittew macam dalam gambar ni ha. Tapi cuaca tak mengizinkan. Makanya kami tengok movie dekat dalam conference room. Pun selesa juga! Siap disajikan popcorn dan hot milo lagi. Syok sangat! Kitorang layan cerita Pitch Perfect 3 malam tu. Besoknya terus semua perasan jadi penyanyi acapella hahaha.

Pilihan movie pun ada beratus. Siap ada catalog lagi senarai movie yang ada. So pilih je cerita apa korang nak tengok okay?

Picnic Tepi Sungai @ Riverside Picnic


Yess picnic! Tapi macam yang aku cakap tadi, cuaca memang tak mengizinkan masa kitorang dekat Tiarasa ni. Sepanjang hari hujan je so semua aktiviti dibuat indoor. Sepatutnya kitorang nak picnic tepi sungai tapi end up makan dekat dalam je hehe.



Sedap taw makanan hi-tea yang disediakan. Kalau cuaca cantik, setup untuk picnik ni cantik sangat tau. Tengok la gambar gambar antara guest yang ambil pakej picnik ni. Very instagrammable! Takpela takde rezeki. Tu tandanya kena datang lagi hehe.

Credit top left - right // @renzze // @alethiatoh // @sarah.illyas // @kupu_kupu



Bonfire!


Photo : Tiarasa

Weee ~ ni syok kalau datang beramai ramai. Masa ni la duduk keliling api dan bawa keluar gitar dan nyanyi. Takpun main truth or dare, OR share cerita seram? :p hehe. Ha kalau dah plan nak ber-bonfire tu, bawa la marshmallow sekali. Baru lah ONZZ.

Mandi manda@ Berendam di Wading Pool




Pool ni cetek je, dalam paras lutut je camtu. Sebenarnya sesuai untuk bawa anak anak mandi. Sambil kita bersantai tepi kolam. Tapi kalau mak mak nya pun nak turun berendam, takde hal la kan haha. Ikotkan aku pun nak terjun but again....... hujan :( . Tapi memang cantik la landscape dekat sini. Insta-worthy betul!

Nature Walk And Bird Watching


Di Tiarasa Escapes ni ada juga ditawarkan aktiviti Nature Walk & Bird Watching pada waktu pagi. Akan ada guide yang bawa kita pusing sekitar resort sambil dibekalkan binokular untuk kita tengok flora dan fauna dengan lebih jelas. Tempoh sesi ni biasanya dalam 35-40 minit and kena mula berkumpul seawal 8.30 pagi. So kalau korang nak buat aktiviti ni, maklumkan dekat staff tu masa check in. Okay?




==========================================


Okay, boleh plan dah ni bila kita punya next trip ke Tiarasa. Make sure pergi time bukan musim hujan hehe. Baru la syok nak buat semua aktiviti yang ada disediakan dekat sini. Nak bergambar dan OOTD pun best.

===========================

Tips :

- Walaupun ada jaring nyamuk, make sure bawa juga bug/insect repellent untuk keselesaan
- Bab dinner, boleh cari makan dekat luar luar, ada banyak pilihan kedai makan since option for dinner dekat sini quite pricey (5-10 minutes drive)


===========================


Room rates : Starts from RM990/night

Inclusion
- Breakfast
- Nature walk & Bird Watching (start at 10am) *guess akan dibawa jalan jalan dalam resort dan diberikan binokular
- Free board game (available at Lobby)
- Bonfire pit
- Adult and children library
- Access to pool Riverside picnic 

Exclusion

Riverside picnik
- RM60 nett for adults
- RM30 nett for kids (5-12 y/o)
- FOC for kids below 5 y/o
- 4 hours (3pm-7pm) *package includes food/drinks and games for adults/ kids

 Dinner/BBQ 
- RM80 nett for adults
- RM45 nett for kids (5-12 y/o)
- FOC for kids below 5 y/o

===========================


So siapa yang berhajat nak back into nature tapi nak kan keselesaan level tinggi tinggi boleh laa datang bercuti dekat Tiarasa Escape ni. Untuk senarai penuh rate bilik boleh terus ke https://www.tiarasaescapes.com/ ataupun boleh survey juga rate di Agoda dan Booking.com . Jangan lupa untuk guna ShopBack juga yee bila buat tempahan. Kalau belum daftar, makesure daftar gunakan link ni REGISTER SHOPBACK (*korang boleh dapat RM5.00 cashback bonus bila daftar guna link ni)

Tapi kalau korang nak kan pengalaman betul betul tidur dalam khemah, tandas kat luar dan selalu in contact dengan pacat, haa tunggu aku share next spot Glamping yang best iaitu di Tanah Aina Fahad, Dong Raub.

Ini kiranya salah satu siri jelajah pusing pusing Pahang untuk cari spot Glamping dan buat aktiviti Back To Nature. Kalini kitorang ke Janda Baik, Raub dan Kuantan. So untuk next update di Raub, tunggu next post okay?














Related posts : tempat glamping menarik di pahang, tempat glamping malaysia, best glamping malaysia, tempat glamping sesuai untuk kanak kanak, glamping premium, harga rate tiarasa escapes, glamping khemah ada tandas, apa maksud glamping, resort cantik malaysia, short getaway malaysia, resort dekat dengan KL, tempat cantik untuk family day, honeymoon dalam malaysia, tempat untuk honeymoon dalam malaysia, honeymoon cantik malaysia


On My Instagram