Saturday, August 18, 2018

My First Kiehls Experience - Iris Extract Activating Treatment Essence




My First Kiehls Experience  - Iris Extract Activating Treatment Essence | Lama dok perhati ramai juga yang pakai Kiehls. Cuma bila lalu depan Kiehls je, rasa nervous nak masuk sebab orang kata mahal haha.


Haritu pergi KLCC dengan Nana & Amira (for our lunch date dekat Mandarin Oriental : http://blog.farahdafri.com/2018/08/surprise-lunch-treat-di-mandarin.html ), lepas habis makan around 3pm, rasa malas nak balik lagi so kitorang decide untuk pergi jalan KLCC. Nana sibuk nak cari moisturizer. Lepas 45 minit dalam Sephora, dia takboleh juga decide nak beli moisturizer brand apa, Amira cakap "eh cuba lah Kiehls"

So tanpa fikir pepanjang, maka beralih la ke Kiehls pulak. Asalnya tunggu Nana beli moisturizer je, tapi tetiba terbaca pulak boleh request untuk buat skin test.




Skin test tu takdelah test apa sangat cuma ada strip untuk check kulit kita jenis macam mana. Lately ni aku rasa cam kulit ni berkilat semacam je. Kalau before this kulit macam kering. So lepas check tu, confirm lah my skin type is oily. Masalahnya produk aku banyak yang untuk combination dry. So macam dah jadi tak sesuai lah since my skin no longer dry.




Lepas buat skin test, SA dia bagi list product recommendations. Dah habis dengar SA (Candy) tu cerita cerita and sounds convincing , aku decide untuk beli Essence je dulu (Iris Extract Activating Treatment Essence) since aku nak balance kan semula hydration untuk kawal minyak muka. (plus product untuk steps lain dah ada and baru beli ; toner, moisturizer etc)

Yang best pasal Kiehls ni, SA semuanya friendly, bagi explanation dengan jelas, and bagi FREE SAMPLES banyak gilo! memang dah cukup complete untuk 1 whole routine sample sample dia bagi tu. Siap bagi sample cleanser, toner, serum, mask apa bagai. Beli satu barang je, samples sampai 10 hehe. Tapi bagus lah, better try sample dulu baru senang nak tahu produk tu sesuai ke tak kan?



Essence ni RM177 sebotol. Mengigil juga nak bayar sebab aku spesis cheapskate haha. Biasa beli pun yang branded takdela sampai RM177 sebotol. Tapi fikir macam okaylah try la mana tahu elok kan? Lagi pun diorang bagi 28 days money back if product tu tak sesuai dengan kita. Sounds good kan?

Bila dah bayar, dah register apa bagai. Time dah balik, dapat pulak email daripada Kiehls, dengan content yang relate with apa aku beli. Siap content tu ada cara nak guna essence tu lagi. Haha teruja wey, like ada orang email kita specifically untuk guide step by step skincare routine.


Email yang aku dapat


Untuk range lain, ada je available in smaller size. Kalau kecik, murah sikit la harganya. Tapi yang untuk aku punya skin concern, semuanya botol besar besar so pejam mata jela beli yang regular size ni.

So far so good, very hydrating and rasa kulit plump. Lepas apply iris essence ni, continue pulak dengan Yehwadam Emulsion. Emang lagi syantikkkk tiik tikkkk

Kalau ada terniat nak cuba Kiehls tu, jejak je kaki kat kedai dorang and request consultation. They'd be happy to help. So yas, this is my first purchase from Kiehls and kalau ada rezeki lebih, nanti nak beli Serum dia pulak.

1 comments:

  1. Interesting! Pika pun pernah try a few Kiehls products and quite loving it!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...