Surprise Lunch Treat di Mandarin Oriental Hotel KL | Aku punya off days Jumaat & Sabtu. So,masa hari Khamis minggu lepas, Nana sibuk ajak aku ikut dia hari Jumaat tu. Dia cakap nak bawak pergi Lunch, tapi dekat KLCC. aku dah macam "amende wey jauhnya lunch sampai KLCC" (kitorang dekat Damansara). Tapi dia insist juga nak aku ikut and katanya nak belanja.
Disebabkan benda benda free ni jangan ditolak (hahaha) so aku iya kan jela. Itu pun dia siap remind untuk pakai syantik syantik ikut tema biru, and suruh bawak camera jugak.
Hm suspicious sangat ni.
Masa hari kejadian pun, time nak pergi tempat dituju, dia tak bagi aku tengok waze. Sebab taknak aku nampak destination kemana haha. Gigih sorok sorok maps lol.
Setelah bertekak dalam kereta pasal dia tengokkan maps and terconfuse mana kiri mana kanan (Nana's logic : kiri untuk berak, kanan untuk makan, which is betul), and terpusing pusing area KLCC tu, finally sampai lah juga tempat dituju.
Rupa rupanya, dia bawa kitorang pergi Mandarin Oriental Hotel!
from left; Mira, Nana & Kelly |
What's the occasion? Takde occasion. Nana yang penuh dengan misteri dan agenda aneh aneh, memang full of surprises hahaha. So kitorng dekat sini untuk Lunch Buffet!!
Omgeee ya allah memang buffet dekat sini puas hati betul! Makanan semua sedap, memang nikmat dan menggembirakan hati yang lara. Kenapa lara? Sebab murung terkenangkan masa nak jalan pergi dekat lif daripada kereta, aku boleh tergolek dekat tengah jalan weyy! Tak perasan ada bonggol apa entah dekat tengah jalan lepastu tergolek. Dah la depan kereta baru nak lalu. Tragedi omagad omagad taknak ingat dah, maluu!
Buffet dekat sini kalau untuk 1 pax, RM130 kalau tak silap. Tapi Nana ada voucher so tak sure dia bayarkan berapa. But still, da bomb! Kalau bukan Nana yang bawa lunch sini, idokler teman jejak kaki ke sini.
Chocolate fountain! |
Desserts dia memang menari tertarik da bomb taktipuu kalau tipu dosa mati masuk neraka h wey. Saat masuk mulut, lalu kot tekak Ya Allah nikmat sangat.
Kitorng satu meja dah macam food reviewer dah, satu satu makanan kitorang komen and cuba hayati haha. Meja lain semua senyap je, bincang pun pasal bisnes ribu ribu wakaka.
Ada section untuk pasta, and steak. Steak boleh request nak masak macam mana. I mean medium well, well done bagai tula. Bukan request masak lemak cili api ke, 3 rasa ke apa ye.
Ada section sushi, ada salad bar, ada section makanan melayu and more. Semalam merasa juga makan roast duck. Memang semua benda kitorang cuba semalam. Tak sia sia lah Nana bawa geng geng kuat makan ni pergi Buffet haha.
Memang best for special occasion dekat sini. Ambiance pun best, cozy je. Tak crowded, dining layout pun selesa nak jalan ambik makanan. Tak jauh jauh. Waiter pun very helpful. Ah pendek kata, puas hati. Walaupun deep down rasa sedih and bersalah sikit aku makan sedap sedap tapi Hilmi takdapat rasa hihi. Takpela ada rezeki nanti pergi berdua pulak. Insyaallah
Again, Thankyou my nananeraa kharinananan lanjee nabilah. Ya auloh nabilah syukur ya auloh kurniakan kawan seindah nananeraa khairinanana. To more years of friendship, through thick and thin. Gitohh. (takde gambar berdua dengan Nana ihik)
From left; Kelly & Nana |
5 comments
mmg best food kat MO ni..dulu rajin la attend event kat sini tapi la ni...mampu tengok jer la..hehe
ReplyDeletehehe tapi mahal gilaa. insyaallah ada rezeki lebih boleh dtg lagi. tapi puas hati mahal2 pun,sedap
Deletewah seronoknya makan kat hotel mewah. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 2297
ReplyDeletewaweeee sedapnya! lepas ni Farah lak belanja kak ju ea..hik hik hik
ReplyDeleteMacam mana nak book
ReplyDelete