Sunday, February 28, 2016

The Lego Movie 4D , A new Adventure : Tarikan Terbaru di Legoland Malaysia!



The Lego Movie 4D , A new Adventure : Tarikan Terbaru di Legoland Malaysia!| Assalamualaikum . Mana lagi tempat best nak pergi kalau ke JB? Haa pening fikir kan . Memang ada macam macam tempat syok dan ala ala hipster untuk korang 'check out' di JB tapi jangan dilupa pulak minat anak anak korang yang suka bermain tu . Cuba gembirakan diorang dengan bawa ke Legoland! Bukan setakat anak anak je happy, dengan bapak bapak sekali yang over happy hihi .

Tapi legoland ni tak terhad untuk kanak kanak je nak bersuka ria, buat sesiapa yang sukakan ke taman tema, korang memang patut datang ke Legoland ni. Aku pun enjoy sangat seharian melepak dekat sini. Tengok gambar ni pun dah boleh agak kan? Hahaha

LEGO MOVIE 4D DI LEGOLAND MALAYSIA


Terkini Legoland ada tarikan terbaru taw iaitu Lego 4D Movie dan ianya baru je dilancarkan semalam (26/2/2016) . Kalau korang dah pernah tengok Lego Movie mesti korang sedia maklum yang cerita tu memang best kan? Ha kali ni jadi double triple best bila di 4D kan! 




Kak Yanie, Yaya Cendana , Mimin dan Kak Jue . Semangat bergambar dengan maskot lego yang terlindung dekat belakang tu haha .


Premiere and exclusive launch . 


Legoland Malaysia Resort




The Lego Movie 4D A new Adventure ni membuat kembali kemunculan khas watak watak utama dalam cerita The Lego Movie tu, ha ada Emmet, Wyldstyle, Unikitty,Metal Beard dan Benny. Masing masing dengan karakter unik tersendiri. Paling suka si Unikitty tu, aww comel sangat! Dalam cerita ni turut menampilkan satu karakter baru iaitu Risky Business dimana dia ni ada rancangan jahat nak buka satu taman tema yang seakan akan Legoland dan nak menguasai semuanya. Jahat jahat comel je dia ni haha tak kejam pun . Yang seronoknya bila melayan cerita 4D ni ialah segala macam effect yang ada tu kelihatan real. Even masa dia nak jatuh kebawah , aku pula yang rasa seriau . Kesan khas seperti angin kuat dan semburan air pun ada . Memang seronok lah melayan Lego Movie 4D ni .

Nah layan video teaser sikit :




Kiranya kalau korang dah penat bermain dekat tempat panas panas tu dan rasa nak rilek rilek sambil duduk sambil merasa aircond sambil melayan cerita best, boleh lah ke 4D theater ni. Tayangan ada setiap 30 minit. Dan ada beberapa cerita berbeza yang ditayangkan. Kalau korang nak tengok tayangan Lego Movie 4D : A new adventure ni, korang kena pastikan siap siap lah jadual tayangan pukul berapa, senang nak susun masa .



'The Lego Movie 4D : A new Adventure' ni telah pun dirasmikan dan dilancarkan oleh YBhg Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab iaitu Ketua Pengarah Tourism Malaysia pada 26 Februari 2016 , ha hari Jumaat lepas lah .  Majlis pelancaran ni dihadiri ramai juga para jemputan khas dan VIP . Pengacara majlis pula si cantik manis Daphne Iking. Dia pregnant tau tapi serious gorgeous dan cantik sangat . Tak berisi pun . I iz tak mengandung but iz gemuk . I iz kemurungan haha ( bahasa alien dikesan :p )


Dibanjiri belon saat perasmian dilancarkan. Within second bunyi belon pecah pulak yang silih berganti . Sakit telinga aku lagi lagi si Ujang dengki pecahkan belon tepi telinga . Cis!



Light refreshment yang sangat sedap! tu nampak tak vegie wrap tu? Perghh sedap amat. Kalau makan ni hari hari confirm kurus. Healthy lifestyle sangat haha .


Pipi yang sibuk nak bergambar haha 


Berita baik untuk para geng JDT (orang orang johor yopp) ada offer special untuk korang dari Legoland Malaysia .

Offer apakah itu? Jeng jeng jeng ...

Seperti yang aku sebutkan di atas, ada promosi khas untuk orang Johor iaitu untuk setiap pembelian 1 tiket dewasa, korang layan untuk mendapat 1 tiket percuma untuk kanak-kanak. Maksudnya kalau anak 2 orang, ibu ayah beli tiket, kedua dua anak dapat tiket percuma lah. Jimat kan? Syoknya orang Johor!

Bagi yang bukan orang Johor pula jangan bermuram durja, ada juga promosi untuk korang. Cuma buat pembelian secara online je di www.legoland.com.my . Dengan membuat pembelian secara atas talian, korang layak mendapatkan diskaun 50% buat pembelian tiket yang kedua. (Buy 1 ticket, get the second @ 50% off) Berbaloi kan? Tapi promosi ni sah dari bulan Mac sehingga April je. Ha jangan lepaskan peluang ni ya.





Pemandangan dari 'Observatory Tower' aka mini Taming Sari di Legoland. Boleh nampak keseluruhan pemandangan dekat sini .





Highlight :

Promosi -

Untuk warga Johor

Setiap pembelian 1 tiket Dewasa, PERCUMA 1 tiket Kanak kanak . Promosi sah sepanjang bulan Mac -  April 2016.

Pembelian tiket secara online 

Dapatkan diskaun 50% untuk pembelian tiket yang kedua apabila membuat tempahan tiket secara online.  Sah untuk pembelian 3 hari sebelum sahaja. Pastikan tempahan dibuat awal bagi dapat menikmati promosi penjimatan ini . Tiket 1 pada harga biasa, tiket ke-2 pada harga 50% daripada harga normal . Pembelian dan tempahan tiket boleh dibuat di www.legoland.com.my

Booking Period 23 February – 8 March 2016
Visit Period 26 February – 30 June 2016

Legoland Malaysia Resort

Nah aku sertakan sekali senarai harga tiket masuk buat legoland theme park dan water park. Senang korang nak rujuk .

Legoland Malaysia Resort

 Legoland Malaysia Resort

Legoland Malaysia Resort

LEGOLAND Malaysia

Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 
            Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya

Telefon:  +607 597 8888 

Email: info@legoland.my


Website: www.legoland.my 
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia
Facebook: www.facebook.com/legoland.my 

Sekali lagi nak menyeru korang , moh ler ke Legoland hehe . Cepat check kalendar dan lock tarikh untuk korang rancang sebaiknya datang sini dan bercuti bersama keluarga. Semestinya percutian korang akan lebih bermakna. Nanti aku update dalam entry selanjutnya dengan lebih detail pasal Legoland ni , okay? Bai!

Legoland malaysia,lego movie 4d malaysia, lego movie best, the lego movie, 4d movie legoland, harga tiket legoland, pakej murah legoland

On My Instagram