Thursday, March 2, 2017
3 Perkara Penting Berkaitan Mendaftar Nikah | Nak mula dari mana?
Hello!
Semenjak dua ni, eh makin meriah pulak jerawat atas muka ni buat rancangan 'Sehati Berdansa' . kemahen banyak weh dia berpesta . Aku syak ni antara faktor utama penyebabnya ialah 'stress' .
Aku tak sangka lah, memikirkan perihal kahwin ni lagi lain machiamm dia punya stress tu . Serabut kepala, sampai automatik ter-cranky dengan tak semena mena. Bila dah cranky, rasa nak mengamuk dan nak marah semua orang . Ini gejala yang sangat tidak sihat . Apakah ini yang di katakan sebagai penyakit "BRIDEZILLA" ? ahaks
Disebabkan aku dengan Hilmi bukan lah sekampung, setaman mahupun senegeri . Jadi proses untuk dapatkan kebenaran bernikah dan mendaftar adalah agak rumit (ke semua proses pun rumit?) . Ditegaskan disini ya bagi awak orang nak bernikah tu, sekiranya pengantin lelaki dan pengantin perempuan bukan dari negeri yang sama, banyak sikitlah prosedur nya .
Untuk prosedur lengkap, ayuh ke belog ni ha . Haritu aku baca entry dia ni juga untuk penerangan berkaitan pendaftaran nikah .
Tapi ekceli, masa kursus kahwin pun ada dijelaskan. Cuma tulah, mesti masa tu macam blur blur tak faham. Tambah pulak kalau pergi kursus kahwin dah 5 tahun lepas, memang tak ingat dah lah kan dan prosedur pun mungkin berbeza .
DISCLAIMER : Sebarang term atau penerangan yang mungkin kurang jelas atau kurang tepat, saya dahulukan dengan ucapan 'sorry' sebab saya pun tak arif sangat. Cuma bercerita berdasarkan pengalaman.
First thing first ,
1. Hadiri kursus pra-perkahwinan
Aku baru pergi haritu. Aku rasa macam takdelah lewat sangat, tapi Mama dah bising hahaha punya kalut dia takut aku tak jadi kahwin wakakak . Yang ni, buat adik adik yang masih belajar di kolej, kalau kolej ada anjurkan kursus ni,pergilah dikkk . Rugi kalau kau tak pergi. Hakak dah menyesali dah tak pergi masa belajar dulu. Bila dah kerja, tetiba nak kahwin -- mula lah gelabah nak pergi kursus. Pulak tu, kalau kursus diluar, bayaran kursus lagi mahal. Kalau kat kolej tu murah jurrr . Kesimpulan, pergi kursus kahwin esok .
NOTA : Sijil kursus pra-perkahwinan sah untuk seumor hidupmuu
2. Buat ujian HIV
Ini juga penting. Tapi buat bila dah dekat dekat nak kahwin lah . Dekat means, at least 2 bulan sebelum kena settle dah. Laporan ujian HIV sah untuk 6 bulan sahaja. Ujian HIV boleh dibuat di klinik klinik kesihatan berhampiran andaaaaa. Jangan kau mengada buat dekat Mediviron ke KPJ ke hape, tak boleh dik . Klinik swasta sahajaaa .
Mula saat melangkah ke klinik tersebut, mohon ke kaunter informasi ye dik .
Bagitahu staff tu kata "BANG SAYA NAK KAWIN BANG, KENA BUAT HIV TEST NI. BAK BORANG" hahaha . Lebih kurang bunyi cenggitu lah.
Kemudian, si abang tu akan bekalkan kau dengan borang yang diperlukan .
ISI borang tersebut, lepastu terus ke kaunter pendaftaran .
Serahkan borang yang dah lengkap tu beserta IC
Dan, AMBIL NO GILIRAN
seterusnya, sila SABAR sambil scroll instagram*
After few minutes (or hours) of waiting, kemudiannya, nombor uols akan dipanggil . Maka melangkahlah uols ke kaunter tersebut, bayar RM1 , dapatkan resit dan terus ke kaunter saringan pulak .
Serahkan borang pada petugas dan kaunter saringan dan cari penjuru dinding atau kerusi kosong, duduk dan sambung scroll instagram
Saat nama uols dah dipanggil , dia akan buat ujian tekanan darah dan borak borak sikit tanya dah makan ke belum , tengok tak mentor millenia minggu lepas blablabla k tipu je haha .
Seterusnya, korang akan diarahkan ke bilik khas pula untuk buat ujian HIV tu. Aku tak pasti prosedur ni sama ke tak dekat klinik kesihatan lain. Yang aku pergi ni Klinik Kesihatan Kampung Baru Sungai Buloh .
HIV test ni sekejap je pun , tak lama. Laporan ujian boleh dapat dalam masa kurang dari 5 minit . Macam mana ujian ni dibuat? Dia ambil darah kau, macam guna sejenis jarum apa tah cucuk dekat hujung jari kau .
gambar dari google. aku cakap nak ambik gambar pasal test , pastu kena marah dengan nurse wakkakaa |
Meskipun aku dah selalu masuk hospital dan selalu dah dicucuk cucuk, apahal ntah aku rasa dia cucuk dekat jari ni mak aih sakit siot . Tapi usah risau, sakit sikit jurr. Nak kahwin kan??
Selesai ujian, kau akan ke bilik lain pula dan jumpa petugas yang lain untuk dapatkan pengesahan terhadap ujian kau tu, dan dapatkan cop dan kebenaran bertulis menyatakan kau bebas daripada HIV so kahwin lah dikk buat anak ramai ramai LOL :p
eh apahal penerangan pasal HIV berjela niiii . Dah terus ke point lain
3. Pendaftaran kebenaran bernikah
Step ni aku masih sangkut lagi . Untuk kes aku, Hilmi orang KL , IC aku pulak beralamatkan kuantan, dan majlis di buat di Kuantan. Jadi perlukan kebenaran berkahwin luar negeri ke apa ntah .
Kalau korang kes sama macam aku. Penting untuk pastikan borang dan dokumen daripada pihak lelaki perlu di lengkapkan terlebih dahulu .
Antara benda benda penting ialah ;
- Salinan IC pengantin lelaki
- Salinan sijil kursus pra perkahwinan
- Laporan ujian HIV
Bagi pihak perempuan pulak, amatlah aku nak tegaskan untuk korang AMBIL PERHATIAN KEPADA DOKUMEN TERSEBUT
PASTIKAN!
korang ada bawa bersama, semasa nak daftar nikah dengan pejabat agama :
- Borang pihak lelaki yang lengkap
- SURAT BERANAK SALINAN DAN ASAL*
- SIJIL NIKAH IBU BAPA SALINAN DAN ASAL*
- Laporan ujian HIV
- SIJIL KURSUS KAHWIN SALINAN DAN ASAL
- SALINAN KAD PENGENALAN SENDIRI
- SALINAN KAD PENGENALAN WALI
Disebabkan benda bertanda '*' tulah, aku tak dapat nak daftar harini hahahahahhahaha bengang.
Penantian yang sia sia hahaha |
Semua dokumen tu ada dekat Johor. Ha pening ke? Okay cerita ringkas, aku dan family duduk di Johor. Menetap disana tapi memilih untuk buat majlis di Kuantan. Sebab dekat Kuantan , ramai sedara mara. Ok tu je citer dia
Sambung balik*
Makanya, terpaksa lah suruh Wanie (adik) untuk pos kan benda benda tu pada kitorang dekat Kuantan ni. Dan dijangka benda benda tu sampai pada hari Isnin ni menggunakan POSLAJU.
TAPI!
Hari ahad aku dah kena balik KL dah. Macam mana nak selesaikan pendaftaran tu??
Okey jangan risau. Untuk pendaftaran, antara 3 orang ni yang boleh serahkan borang dan uruskan pendaftaran nikah ni iaitu :
- DIRI SENDIRI
- PASANGAN
- WALI
in my case, nanti ayah jelah yang pergi hantarkan. pheww! harap harap isnin ni dah boleh setel dahh .
Dahlah , tadi nak tulis sikit je. Terpanjang pulak . Harap harap bermanfaat lah entry ni buat korang berspesis "pening aa pening aaa" macam aku .
Semoga dipermudahkan urusan korang yang nak kahwin tuuu
Babai!
Related search : cara daftar nikah, hiv test prosedur, cara buat hiv test, hiv test buat dekat mana, klinik buat hiv test, hiv test untuk kahwin, cara hiv test, hiv test sakit tak, hiv test perlu bawa sijil kursus kahwin ke, hiv test sebelum kursus kahwin, tempoh sah laku hiv test, bayaran pendaftaran nikah, dokumen penting untuk daftar nikah, cara cara daftar nikah, procedure daftar nikah, cara daftar pernikahan, tips daftar nikah, apa perlu buat sebelum nikah, dokumen penting nikah, pernikahan malaysia, nikah tak semukim, nikah luar negeri, kebenaran bernikah lelaki, jabatan agama islam daftar nikah, daftar nikah online, borang online daftar nikah,daftar nikah di malaysia,nikah di thailand, nikah online, nikah gantung, e-nikah jais, e-nikah johor, borang nikah, nikah form, nikah luar daerah, nikah luar negara, daftar nikah selangor,daftar nikah di malaysia,daftar nikah pahang, daftar nikah di perlis,daftar nikah online wilayah persekutuan,daftar nikah online jais,daftar nikah,daftar nikah online,daftar nikah jabatan agama islam johor, daftar nikah berapa lama, daftar buku nikah,daftar borang nikah selangor,cara daftar nikah di malaysia,daftar nikah di melaka,daftar nikah jais, daftar nikah jawi,daftar nikah johor lelaki, daftar kursus nikah,borang daftar nikah melaka,daftar nikah perempuan, daftar persiapan nikah, daftar nikah 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)