Wednesday, October 10, 2018

Resepi Ayam Buttermilk Senang Cepat Mudah Tak Pandai Masak Pun Boleh Buat #DapurNoob

Selamat datang ke segmen #dapurnoob haha tiberr je banyak pulak segmen dekat blog ni kan?

Pada yang sedia maklum atau pun belum maklum, biar aku maklumkan. Aku sejenis yang 'noob' bab memasak. Tapi aku bukan la kategori tahap goreng telur pun hangus k. Telur aku masih kelihatan telur saat selesai digoreng, begitu juga untuk ayam, ikan, dan sekalian seafood.

Nak kata aku tak reti masak, aku rasa aku reti je. Cuma takde variasi lah. Ada setengah masakan je aku reti and aku repeat sampai kesudah masak tu jeee wakakaka.

Sesejak kahwin dengan Hilmi ni lagi lah limited aktiviti masak memasak aku ni. Sebab dia yang conquer kitchen. Semua dia nak buat. So aku pun suka la wakakaka.

Pun begitu, masih menjadi tanggung jawab bini bini seantero dunia untuk masak untuk suami meskipun suami kau juara Masterchef. Tak Gituh?

Makanya bodo bodo pun aku masak lah jugak. Last time resepi terakhir aku update dalam blog ni : Sotong butter, Ha nampak tak yang aku dengan hilmi ni sejenis penggemar masakan base butter butter .

So, kali ni, segmen #dapurnoob turut membawakan edisi masak butter iaituuuuuu,


RESEPI AYAM BUTTERMILK SENANG GILA TAK PANDAI MASAK PUN GERENTI JADI


*hahaha amboi tajuk resepi*

Bahan bahan pun simple. Satu kekangan yang mungkin muncul ialah bagi mendapatkan :


  • Daun Kari
  • Susu Cair


(eh dua pulak)

Tapi biasanya kedai runcit depan rumah tu ada je jual. Daun kari, minta la ihsan rumah sebelah . Kalau duduk dekat area rumah aku, moh singgah NSK sat.

Ok let's masakkk!

Bahan bahannya :

Dada ayam (potong kecik kecik)

Untuk perap/goreng ayam : (lain orang lain versi , ni versi 'asal boleh')

salut kan dengan tepung gandum + garam + lada sulah
*(nak lagi sedap boleh goreng salut telur tapi kalau takde telur pun shedapp dah)

Bahan untuk kuah buttermilk :

2 sudu besar butter
1 tangkai daun kari
bawang besar
bawang putih
1 cawan susu cair
cili api (ikut nak pedas macam mana)
garam gula secukupnya
chicken stock (kalau nak)


wow flatlay bahan bahan masakan


On My Instagram