Wednesday, April 24, 2019

Elianto Make Up Membership Day | You Beli You Dapat Cash. Macam Mana Tu?



Nama Elianto rasanya semua orang kenal. Hello, sebelum Sephora tu masuk Malaysia, Elianto la tempat kita selalu try calit calit eyeshadow dekat tangan kan? At least for me la. Masa awal awal baru nak berjinak jinak nak main make up ni, Elianto la brand terawal yang aku selalu guna. Sebab masa zaman study study dulu, mana la mampu awak nak beli make up mahal mahal. Range harga produk Elianto pula semuanya berpatutan dalam RM20-RM50 je kalau setakat nak beli basic basic punya make up.



Tapi masa dulu aku selalu pergi Elianto yang warna hijau tu. Yang ada skincare sekali tu. Sekarang Elianto Make up dengan yang skincare tu dah di asingkan. Elianto Make up focus menjual produk kosmetik je. Aku lagi suka tema Elianto Make up ni sebab nampak clean dan exclusive, bertemakan hitam putih. Susun atur barang pun lebih cantik, senang nak main swatch swatch. Dan ada vanity table juga untuk kita cuba full face make up.



Haritu aku pergi Elianto Make up Membership Day di IOI Mall Puchong. Fokus pada hari tu ialah memberi peluang kepada orang ramai yang belum lagi mendaftar sebagai ahli, untuk mendaftar secara PERCUMA.

On My Instagram