Monday, January 23, 2017

Bila bawak kereta dengan mak | Video pertama ala Vine yang hambar tapi dapat sambutan . Eh?


Hello Assalamualaikum .

Sejak sejak dah habis intern, walaweh nikmat gila hidup aku . Nak tidur ke nak korek hidung ke nak rendam kaki dalam air sirap ke .. suka hati aku je nak buat apa . Takde sape marah hahaha walaupun rendam kaki dalam air sirap sounds bongok . Trust me, i won't do that .

Berbekalkan masa lapang yang sepatutnya banyak benda aku patut buat tapi aku tak buat ..  end up aku terjebak dengan ber-video pulak .  Korang patut dan wajib tengok video bawah ni . Apa apa keadaan pun , aku PAKSA untuk korang tengok juga hahaha HATTA korang kedekut data sekalipun , pergi minta hotspot kawan sebelah .

Bawak kereta dengan mak mak ni boleh bikin stress jugak kadang kadang hahaha . Walaupun apa yang diorang pesan & cakap tu betul tapi bila dengar lama lama adehh tensen juga minda ni . _ Daripada elok elok fokus , & boleh bawak elok elok, terus jadi teragak agak & cuak. Siapa mak dia macam ni? 😜 . Viners @frhdafri . ✔ Tag ŕăķåň² anda. 🔥 Follow page group kami ~ Viral Page 📡 ▶▶@malaysiaigers Bakat Tempatan 🎥 ▶@malaysiaviners Video Instagram 🎬 ▶▶@malayavidgram Kata-kata Orang Kita ✏▶▶@malaykata Terima kasih kerana sokongan anda! ✌ Bersantai sambil berhibur. . ● selagi tak follow hidup tak tenang ● #malaysiaigers #malaysiaviners #malayavidgram #malaykata #hambar #mudahterhibur #ikutcarakita #videopendek #malayvines #paidreview #paidreviewmalaysia #paidreviewmurah #lucu #sketsa #15saat #isusemasa #faktahebat #makanangin #aktivitisosial #humor
A video posted by Malaysia Viners (@malaysiaviners) on


Shopping dekat Giant jela CNY ni, kan murah ....

Hello & Assalamualaikum

Bestnya menjadi seorang #Malaysian ialah negara kita ni kaya dengan budaya , adat , dan sambutan perayaan . Kaya juga dengan cuti umum ekekeke .

Bilamana orang Islam berpuasa dan sambut Aidilfitri , dapat cuti raya
Bilamana orang beragama hindu sambut deepavali , dapat cuti Deepavali pulak .

Dan macam biasalah awal awal tahun , ada Tahun Baru Cina pulak . Gong xi gong xi!
Masa ni lah nak tengok macam macam decoration berwarna merah , tanglung bergantung dan supermarket jual bertimbun timbun limau mandarin ! and HUGE SALEEEEE!!

Sukanyaa!

Sehubungan dengan itu , Giant pun taknak terlepas untuk bersama sama memeriahkan lagi musim perayaan tahun baru cina ini dan bagi korang kemudahan dan kesenangan dalam berbelanja pada harga jimat dan berbaloi . 

kepochinya seorang Farah bershopping

On My Instagram