Monday, September 20, 2021

[Shopee Tutorial] Cara - Cara Nak Setting Airway Bill & Packing List Shopee Untuk Print Dalam Satu Page

Sejak sejak pandemik ni, ramai yang ambil peluang mula berniaga kan?Ada yang start pacak khemah, ada juga yang start buat online business.  Bagi aku la kan, meniaga online ni lagi senang. Sekarang semua benda boleh post. Sampai benda tak terfikir nak beli online pun boleh beli kan kan?


Kalau cakap bab meniaga online ni, ramai yang menjual dekat Shopee. Okay entry ni aku bukan nak cerita pasal macam mana nak setup kedai ke apa dekat Shopee. Tapi aku nak share cara macam mana untuk korang, sebagai 'seller/penjual' untuk lebih mudah nak print AWB (airway bill atau kertas yang kita print ada detail alamat customer semua tu). 


Biasanya kalau direct print dekat Shopee Seller Centre, kita cuma ada option untuk print Shopee punya packing list secara berasinganPacking list ni penting lagi lagi untuk seller yang jual bermacam barang. Tanpa packing list, akan jadi pening la nak double check customer tu order barang apa. So bila ada packing list, lagi teratur urusan kita nak membungkus parcel tu. Tak ada la nak ulang alik check dalam sistem shopee.


Macam aku cakap, kalau print direct dekat Shopee; packing list tu akan di print berasingan. Maksudnya untuk setiap customer, korang kena print 2 keping kertas :


1. Print AWB

2. Print Packing List


Contoh AWB dan packing list


Tak ke membazir kertas camni, kan? So demi mengurangkan penggunaan kertas, aku nak share la dengan korang caranya macam mana untuk custom kan AWB tu supaya lengkap, siap ada :


- Details pengirim

- Details penerima

- Senarai SKU, detail order

- Jumlah kuantiti order

- Buyer note (kalau pembeli ada remark apa apa)

- Boleh letak gambar produk juga


Ini contoh AWB yang korang boleh custom


Haa korang boleh custom ikut mana korang rasa sesuai la. 


Untuk dapatkan features ni, kita akan menggunakan 3rd party website iaitu : 


https://www.bigseller.com/



Bigseller ni apa? 


Bigseller ni ialah sebuah platform yang memudahkan untuk korang manage order dan inventory produk produk e-commerce korang. Contohnya korang ada menjual dekat Lazada & Shopee, korang takpayah pening pening nak adjust inventory or edit listing satu satu. Korang boleh buat directly dekat BigSeller ni je. Bigseller akan sync automatically dengan akaun Shopee & Lazada korang.


Jangan risau, BigSeller tak simpan password korang. Korang cuma bagi token access authorization je untuk sync kan semuanya.


Macam aku, aku takde pun menjual dekat Lazada. Aku cuma ada shop dekat Shopee je. Tapi aku guna BigSeller ni semata untuk print AWB ni je haha. Bagi aku, template AWB dekat BigSeller ni memudahkan urusan aku nak packing barang. Takpayah nak banyak kali double check dalam sistem, untuk tahu customer tu order item yang mana. Sebab semua akan dilistkan dalam satu page.


[Shopee Tutorial] Cara - Cara Nak Setting Airway Bill & Packing List Shopee Untuk Print Dalam Satu Page



1. Create account di https://www.bigseller.com/


2. Pergi ke Setting > Integrations



Cari Shopee atau Lazada. Click "Add New Store" dan ikut arahan untuk connect kan store korang.


3. Bila dah connect, pergi ke Setting > Shipping Settings




Click : "Shipping Methods for Shopee" Lepastu pilih Malaysia






Make sure toggle button "ON" lepastu click EDIT






Cargo carry method : Pilih Pickup atau Dropoff
Print Packlist : Biarkan off. Kalau tak nanti akan print 2 kertas

Bila keluar macam atas ni, click "CHANGE" , then akan pop up macam bawah ni :






Korang boleh pilih nak style macam mana. Sama ada TYPE 1 atau TYPE 2. Korang boleh pilih juga apa yang korang nak letak dekat AWB korang. Just tick tick je. Bila dah selesai, click "CONFIRM" and then "SAVE"


Macam tu je cara nak setting. Senang je kan? Untuk next post aku share cara macam mana nak process order pulak okay?


Semoga bermanfaat. Kalau ada apa apa soalan, korang boleh drop dekat bawah.





Related search : cara print awb shopee, cara print shopee, cara nak print order shopee, cara uruskan parcel shopee, cara nak pack order shopee, tutorial packing order 

On My Instagram