Food Tasting dan Open Day Hanana Group Meriah | Tawarkan Pakej Perkahwinan Lengkap di Ambassador Putrajaya

Saturday, August 18, 2018


Food Tasting dan Open Day Hanana Group Meriah | Tawarkan Pakej Perkahwinan Lengkap di Ambassador Putrajaya | Penting wey food tasting kalau nak buat makan kenduri or majlis besar besaran. Mana tak penting, ye dak? Cuba kalau main taram je ambik catering sekali tu bila hari majlis, rasa makanan kelaut terus . Sebabnya, tujuan utama buat majlis walimatul urus ke atau majlis makan makan ni sebab nak raikan tetamu.. Bagi tetamu hepi hepi datang majlis kita. Makan sedap, and balik dengan senang hati . Baru lah keberkatan tu ada. Korang tahu kan, tetamu ni bawa rezeki untuk kita? 


Minggu lepas, aku dah pumpangpumpang kan pada sekalian alam bahawasanya ada sesi food tasting anjuran Hanana Group dekat Ambassador Putrajaya (Baca : Food Tasting & Open Day Hanana Group Sdn Bhd | Tawaran Pakej Perkahwinan 2018/2019 ). Hari kejadiannya ialah pada hari Ahad, 12 Ogos 2018 . Majlis ni start pukul 12 ekceli, tapi aku sampai dalam pukul 4 sebab aku habis kerja pukul 3 . Dari Damansara nak pergi Putrajaya tu mereput lah jugak sejam dalam kereta haha .

dewan kahwin bangi


Tapiii nasib bahek makanan semua banyak lagi . Yang mana, nescaya amatlah aku sesali kalau makanan tu habis saat kehadiranku (ahak) . Kenapaaaa?

Sebab sedap gila nak menangis wey . Kalau orang kata, benda tak sedap tu perginya kelaut kan? Ini sedap, perginya ke angkasa ah gitu . 

kelihatannya Hilmi turut bersetuju makanan ini sedap

Makanan semuanya sedap!


Aku sejenis manusia yang suka pergi wedding orang. Sebab apa? Sebab suka makan ayam masak merah hahaha . Keputusan aku untuk pergi sesi food tasting kali ni merupakan salah satu tindakan yang tepat lagi benar . Aku kagum sangat dengan ayam masak merah dia sebab boleh celen ayam masak merah Mama hikhik . Ayam tak keras, tak pedas sangat, manis cukup aum shedap!

hanana group ambassador putrajaya
"hey tepi lah, awak block jalan" cakap dekat diri sendiri haha

Pakej ALL IN dalam satu harga


Point paling penting nak cakap pasal Hanana Group ni , diorang sebernanya offer pakej perkahwinan yang serba serbi lengkap . Harga yang diorang offer tu, dah all in dah . Takpayah pening nak fikir dah mana nak cari baju, mana nak cari venue, mana nak cari pelamin . Semua dalam pakej .



Masa hari food tasting tu, diorang terus open table untuk siapa siapa yang berminat nak lock tarikh terus. Yang bestnya masa Ahad tu, kalau terus ambil pakej, dapat diskaun RM5,000 ko .Gila tak suka? Kalau aku tak kahwin lagi, aku dah ambik dah pakej tu .

Eh kata dah kahwin, buat apa datang food tasting, tengok pakej kahwin bagai ni? 




Ahak ahak ahak . ekceli saja je datang ikut kawan kawan survey pakej kahwin . Lagipun aku nak tolong survey kan juga untuk sepupu aku ni .Rasanya pakej dekat sini memang best sangat dah .

Lokasi mudah akses, Parking cukup


Lokasi strategik, senang parking ; ada banyak parking space . Dewan pulak spacious, ber-aircond penuh . Pintu keluar masuk pulak ada banyak . Tak adalah bersesak sesak . Lokasi nak letak pelamin, tempat meja makan beradab and kawasan VIP makan pun selesa haaa. 


tak pe kan , nak cakap suami sendiri hensem? "hai hensem! " :P

Based on pengalaman dah pernah involve dalam 2 majlis kahwin, aku boleh concludekan memang Ambassador Putrajaya ni sesuai sangat sangat nak dijadikan tempat untuk buat wedding .

Kalau taknak buat dekat Putrajaya, Hanana Group ni ada beberapa lagi lokasi lain untuk venue wedding . Yang latest, dekat Puchong . Tema ala garden garden hangpaa . Nama dia Lugar De La Boda amboi nama unik teruk . Tetamu baca card pun impressed , gituu .

So orang Putrajaya, Bangi, Kajang dan sekitarnya boleh la pertimbangkan untuk buat wedding kat sini . Yang penting, kalau korang ambik pakej Hanana Group ni, please jemput aku datang haha . Aku nak makan ayam masak merah lagi , pleasee

kenang kenangan gambar photobooth from lukisan_cahaya





Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Farah - 016 - 6700 457
Hanis - 016 - 6700 752
Rezza - 016 - 6700 473
Liana - 016-4318 434

Website
Facebook
Instagram











Related search : dewan kahwin putrajaya, pakej perkahwinan putrajaya, pakej kahwin selagor, senarai dewan putrajaya, senarai dewan selangor, senarai dewan kahwin bangi, senarai dewan kahwin kajang, pakej kahwin murah, tempat majlis kahwin cantik, tempat majlis kahwin untuk 1000 orang, lokasi majlis perkahwinan selangor, lokasi majlis perkahwinan putrajaya, lokasi majlis kahwin puchong, dewan kahwin cantik, pakej kahwin 2019

2 comments

On My Instagram