Friday, June 10, 2016
'Port' power untuk peminat masakan cina halal | Restoran Mohammad Chow
Amaran : Digalakkan membaca dengan jarak 20cm daripada skrin, dikhuatiri terliur dan menganggu gugat puasa anda. Kalau baca masa dah berbuka, nak jilat skrin pun takpe
Kalau lah segala keputusan dibuat menggunakan perut, maka kehujung dunia pun aku sanggup jalan jalan cari makan ahaks! Kalau korang nak tahu, tekak aku ni memang tak melayu langsung . Nak kata tekak mat salleh pun tak juga , tapi lebih cenderung kepada tekak korea , jepun , itali , india (eh) dan cina . Taktahu lah masa mak aku mengandung kan aku dulu dia kuat makan apa . Dengar dengar asyik mintak KFC je dengan bapak aku dulu ekekek .
Dua tiga menjak ni tekak aku cenderung kearah masakan korea, jepun dan cina . Tapi antara ketiga tiga ni, yang paling feveret - masakan cina . Sebab tu lah bila kak SS mesej ajak gi makan ramai ramai dekat Restoran Mohammad Chow | Chinese Muslim Kitchen , aku bersorak kegembiraan . Dah terbayang bayang kan masakan cina yang ada cendawan dan udang . Biasanya kalau ke restoran chinese muslim , aku paling suka kan masakan sayur , macam sayur park choy ataupun apa apa lah yang ada cendawan . Dan lagi satu, segala spesis masak butter especially udang .
Memang sepanjang aku drive nak ke restoran tu, aku doa doa je 'Ya Allah Ya tuhanku , perkenankan lah aku sepinggan besar udang masak butter tatkala tiba di restoran itu , Amin' .
Ko ghase ghase, doa aku tu makbul ke tak?
Nak tahu? Baca sampai habis ekekeke .
Sesampainya dekat situ, aku tengok tengok dah terhidang dah segala macam makanan penuh atas meja untuk kitorang . Antaranya :
Claypot Tofu // RM12.00 |
Sotong Salted Chili // RM18.00 |
Kerapu Ala Thai Fried // RM6.00 (setiap 100g) |
Ying Yang Kailan // RM15.00 |
Omellete Prawn // RM10.00 |
dan akhirnya yang ku cari cari telah ku temui ,
Prawn Butter Floss // RM35.00 |
Alhamdulillah!! Udang masak butter idaman qalbu kini tersedia untuk dijamu, Yass! Ko cuba tengok, kalau dah macam ni rupa dia, siapa yang terliur? You tell me .
Tengok dari sini je dah tahu betapa crunchy dan kruk kruk krukkkk nya udang ni . Bakul luar ni dibuat menggunakan su'un yang digoreng . Fuh, nampak keunikannya disitu . Kalau rasa tak cukup makan udang , bakul su'un ni juga boleh dijadikan santapan . Boleh tanya Mar sedap ke tak bakul tu, sebab dia makan haritu haha .
Keterharuan aku jumpa udang ni tak berakhir sampai disini , bila tiba tibaaaaaa ....
.
.
.
.
Salted Chili Crab - Ketam nipah // RM5.00 (setiap 100g) |
Salted Chilli Crab ni pulak muncul !
Peh peh peh , kenapalah datang makan ramai ramai ? Takboleh aku bolot semua . Dahlah duduk depan Razi dengan Afiq, terpaksa aku control ayu kehkeh, makan sambil tersipu - mencerminkan keayuan wanita melayu asli lah mihmih .
Aku mampu makan sikit sikit je, nyesal lah sebab terlalu utamakan control ayu daripada kehendak perut . Sambil tatap gambar chilli crab ni, sambil penyesalan aku tak berkesudahan , sobs! weh kenapa entry ni drama sangat ? Pasni cuba tulis novel la pulak kahkah .
Komen keseluruhan
Setelah mencuba kesemua menu diatas, aku dapati antara kesemuanya - ofcos lah aku bagi markah tinggi untuk Prawn Butter Floss dan Salted Chilli Crab . Bukan semata mata sebab aku suka seafood , tapi sebab aku rasa cara masakan untuk kedua dua menu ni ngam dan cukup rasa .
Salted Chilli Crab tu punya sos/kuah tak terlalu masin dan tak terlalu masam . Pendek kata hebat hebat rasa , ketam cukup rasaa ... gitu . Yang buatkan ketam tu lagi best ialah sebabkan ketam digunakan ialah spesis ketam nipah, isi nya gemuk gemuk dan padat . memang puas hati nak makan . tapi macam aku cakaplah, aku ngada sangat nak control cun kan , jadi tak dapatlah aku nikmati ketam tu to the fullest, kalau tak ... memang ku korek korek ku sedut sedut sampai isi terakhir .
Menu yang aku suka seterusnya ialah Salted Chili Cuttlefish . Hidangan ni bagi aku masin sikit, tapi takde lah masin tahap potong uri .Walaupun masin, aku tetap suka kikiki . Maybe sebab boleh rasa 'kecinaan' dalam masakan tu ekeke kecinaan pun boleh .
Kailan goreng dekat sini unik sikit , mula mula aku ingat dia tabur bunga rampai atas sayur tu . Kot lah hiasan ke apa kan . So aku tak makan pun, aku tolak tepi dan makan bahagian lain. Lepastu budak budak ni cakap 'eh sedap lah benda ni (sayur yang aku cakap bunga rampai tu) , macam rasa seaweed' . Bila aku dengar 'seaweed' , I was like "ohhh mannn, nak ghasee gak" tapi tengok tengok dah licin dah . Tinggal yang lekat lekat kat celah gigi diorang je . Sobs . Next time datang aku nak order dan rasa . Tak kira, nak jugak!
Ekceli benda yang aku refer sebagai 'bunga rampai' tu sebenarnya daun kailan yang dihiris halus dan di 'deep fry' . Menarik kan?
===============
Lagi satu, kalau dah ke restoran masakan cina, tak syok lah kalau tak pekena itik kan? Dekat sini ada disajikan beberapa jenis masakan itik . Yang aku sempat rasa haritu ialah Rendang Itik dan Itik Panggang. Aku sebenarnya tak pernah makan itik, megi perisa itik tu pernah lah. Jadi aku taktahu pula daging dia berspesis liat. Mula mula makan, rasa macam 'hmm apa nii, liat woii' tapi bila dah makan dua tiga suap , baru ku sedari - 'lezzaaatt rupanya itik ini' .
Roasted Duck |
kak SS, pinjam gambaq naa- Rendang Itik |
Antara Rendang Itik dengan Itik panggang, aku lagi prefer itik panggang. Maybe sebab aku bukan penggemar itik, jadi aku rasa macam pelik sikit bila makan rendang yang isinya itik . Lagipun , sejujurnya aku tak suka rendang kehkeh . Aku tekak omputih weh lupa ke ekekek . Rendang rendang ni kan melayu hahaha statement minta kena maki ni :p
Tak tak, penjelasannya ialah aku kurang gemar masakan yang terlalu berempah . Macam beriani ke, ayam masak kurma ke, apa apa yang rasa rempah tu kuat sangat aku memang kurang suka .
Dah paham dah?
Pendek kata semuanya bergantung kepada tekak, perut dan kesukaan masing masing . Yang aku boleh simpulkan, kalau korang sukakan masakan cina dan tercari cari restoran mana yang menyajikan masakan cina yang 'authentic' wah aunthentic gitu , Restoran Mohammad Chow lah jawapannya .
Bersempena bulan Ramadhan yang mulia lagi barokah, mesti korang tercari cari restoran yang ada tawarkan pakej buka puasa yang best kan? Dekat sini pun ada!Ajak sekali kawan kawan dan famili untuk berbuka bersama .
PAKEJ SET RAMADHAN
Set A – RM98.00 (3-4 orang)
Chicken Butter Milk Sos
Fish Fillet Nyoya
Sotong Salted Egg
Chip Choy Soup
Set B – RM198 (4-6 orang)
Rendang Itik @ HK Roasted Duck
Prawn Butter Floss
Fish Fillet Ginger
Tomyam Seafood
Brocolli Mushroom Oyster Sauce
Set C – RM298 (6-8 orang)
Siakap Ala Thai Steam
Rendang Itik @ Hk Roasted Duck
Chicken Ying Yong
Hot Plate Tofo
Sotong Salted Egg
Prawn Butter Milk Sos
Tomyam Seafood
Set D – RM398 (8-10 orang)
Kerapu Ala Thai Fried
Ketam Nipah
Prawn Nestum Butter
Sotong Nyoya
Tofo Claypot
Mix Vege Garlic
Ying Yong Garlic
Omellet Fu Yong
Selain tu, sepanjang bulan Ramadhan ni Restoran Mohammad Chow turut dibuka pada waktu sahur . Daripada pukul 3.00 pagi sampailah masuknya waktu imsak . Tapi ini khusus untuk di cawangan Damansara Perdana je .
Kalau rasa macam malas nak bergerak sampaikan terpaksa berguling , better korang call je untuk delivery . Servis ni namanya servis Tapoww! XL. Syaratnya ialah tertakluk untuk order menu yang minimum 8-10 pax dan perlulah buat tempahan 1 hari lebih awal . Untuk order masa berkumpul ramai ramai dengan famili memang sesuai sangat .
Thankyou Mohammad Chow Restaurant . Nanti iols datang lagi :* |
Untuk maklumat lanjut:
Mohammad Chow Restaurant
Alamat:
3-1, Jalan PJU 8/5H,
Damansara Perdana Business Center,
47820 Petaling Jaya, Malaysia.
No Telefon:
+603 773 16383
+6010 701 5221
Email: mohammadchow@gmail.com
Website : www.mohammadchow.com
Facebook : Mohammad Chow Restaurant
Instagram : mohammadchow
restoran mohammad chow damansara perdana, restoran mohammad chow cawangan, restoran mohammad chow sedap, restoran mohammad chow review, restoran mohammad chow harga, restoran mohammad chow menu,restoran mohammad chow pakej,restoran mohammad chow surau,restoran mohammad chow servis,restoran mohammad chow sedap ke tak,restoran mohammad chow sedap,restoran mohammad chow mahal,restoran mohammad chow murah,restoran mohammad chow itik,restoran mohammad chow halal, masakan cina halal, restoran masakan cina halal kl, restoran masakan cina halal selangor, restoran masakan cina halal, restoran masakan cina sedap, masakan cina best, resepi butter prawn, resepi butter chicken
Subscribe to:
Posts (Atom)