Thursday, August 22, 2019
Taste Of Paradigm : Belanja Untuk Makanan, Dapat FREE Lagi Banyak Makanan?
Salam penjimatan. Salam bijak berbelanja. Salam 1 Malaysia.
Haha tiber sangat ye pembuka ayat kali ni sebab yasss isi kandungan post yang ni semuanya tentang penjimatan dan kebijaksanaan dalam berbelanja.
Meh nak tanya, korang suka tak kalau setiap kali korang berbelanja, korang dapat something in return. Contohnya, bila korang spend untuk makanan, EH TIBER korang dapat redeem LEBIH BANYAK MAKANAN! acee cerita, suka ke idok?
Wajiblah suka dan melompat kegembiraan, ye dak ye dak?
Jika begitu, maka dengan berbesar hatinya aku nak eksplain (explain) sikit tentang kempen yang sedang Paradigm Mall Petaling Jaya jalankan.
Bermula dari 19 Ogos sehingga 17 November 2019, berlangsungnya kempen TASTE OF PARADIGM yang mana sepanjang kempen ni berjalan, korang boleh Belanja dan Tebus makanan dan minuman percuma.
Macam mana caranya?
SENANGGGG!
- Pergi ke Concierge Counter (Level CC) dan dapatkan 'Taste Of Paradigm' passport. Sejenis macam mini booklet yang dekat dalam tu ada section untuk korang kumpulkan 'stamp'
- Belanja minima RM30 dekat mana mana F&B outlet untuk melayakkan korang dapat 1 stamp
- Tebus makanan/minuman percuma bila korang dah dapat kumpulkan certain number of stamps
Subscribe to:
Posts (Atom)