Friday, April 24, 2020
Bateri Kereta Cepat Kong? Ini Tips cara pilih bateri kereta yang terbaik
Korang semua sihat? Alhamdulillah bagus. Tapi nak tanya ni, kereta korang sihat tak? Lama tak bergerak tu kena jenguk jenguk juga lah. Kadang tu masalah yang paling common bila bab kereta ni , mesti bateri kan? Kadang tu macam rasa baruuuu je tukar bateri, tiba tiba dah kong pulak. Pelik betul.
Nak nak pulak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ni, bengkel pun ada waktu waktu tertentu je buka. Satu hal pulak nak cari bengkel kalau dalam waktu waktu terdesak kan? Btw kalau korang nak beli bateri kereta, kena pilih elok elok tau. Jangan main belasah je. Sebab kalau salah pilih, rugi duit wak! Ni aku nak share sikit tips yang aku dapat daripada Amaron, tentang cara cara nak pilih bateri kereta yang terbaik. Ha bila dah tahu tips ni, baru la kita lagi bijak bila buat pembelian. ye tak?
Tips Memilih Bateri Kereta Terbaik
1. TEMPOH JAMINAN (Warranti)
Tempoh jaminan biasanya dikaitkan dengan keyakinan produk. Biasanya garansi yang diberikan di pasaran kepada pengguna adalah masing-masing dengan tempoh jaminan 12 bulan atau 18 bulan; dengan kata lain, semakin lama tempoh jaminan diberikan, semakin baik produknya.
2. SPESIFIKASI BATERI
Spesifikasi bateri kereta yang berkualiti adalah berkaitan dengan keberatan dan model, iaitu pembenaran langsung amp-hour (AH) dan kapasiti simpanan tenaga (RC) yang terkandung dalam bateri kereta.
Fun Facts :
Lebih daripada 70% kereta di Malaysia biasanya menyesuaikan bateri kereta yang bersaiz di antara model 38b20l (berat: 10kg +/-) yang berharga RM250 +/- atau model 46b24 (berat: 12kg +, berharga RM295 +/-)
========================================
Macam aku cakap tadi la, bila pilih bateri kereta, kena la teliti. Bab tengok pada tempoh jaminan yang diberikan tu aku setuju. Sebab tu tandanya jenama tu yakin dengan ketahanan produk dia. Sebab tu aku recommend korang pilih bateri kereta jenama Amaron.
Sebab Amaron je aku rasa so far, satu satunya jenama bateri yang bagi jaminan 3 tahun (36 bulan). Biasanya kalau brand lain tu, selalunya jaminan 12-18 bulan je. Ni sampai 36 bulan dia bagi, tu tandanya dia yakin la dengan produk dia. Maksudnya bateri tu lagi tahan lama.
Tapi, untuk dapatkan jaminan 3 tahun (36 bulan) ni, korang kena pastikan yang korang beli dari penjual sah Amaron je. Jadinya, kalau korang memang dah beli bateri AMARON tapi tak dapat pun warranty 3 tahun (36 bulan), ha better check balik dengan seller tu. Sebab untuk warranty tu, cuma boleh didaftarkan secara online oleh penjual sah Amaron sahaja.
Aku rasa purata aku tukar bateri kereta macam setahun sekali je. Belum apa apa bateri dah kaput. Lepasni memang aku nak pakai brand Amaron jela. Jimat kot, 3 tahun sekali baru tukar. Kalau tak, tiap tiap tahun pun tukar. Bateri bukan nya RM10, RM20 sis, mau RM200 lebih juga. Kalau dah 3 kali tukar, tak ke RM600? Kalau boleh jimat, sebaiknya kita cuba jimat sebanyak mungkin. Kan?
Untuk jenama bateri lain, biasanya diorang offer warranty untuk 12 atau 18 bulan je. So kalau boleh dapatkan warranty 36 bulan, siapa tak nak kan? Kalau tak nak tu, hmm rugi rugi. Jaminan pula seluruh Malaysia.
Amaron ada sediakan khidmat delivery juga. Makanya dalam kita ber-PKP ni, boleh je order online dan diorang hantarkan. Takpayah pening pening fikir dah. Okay?
Jom mula buat pilihan bijak dalam memilih bateri kereta. Mari lah kita memilih Amaron, gituuu. Kerana kita berhak mendapatkan kualiti yang terbaik. Baru lah berbaloi baloi kita bayar, kan? And make sure, beli HANYA dengan penjual sah Amaron sahaja. Ok?
AMARON 36 bulan Jaminan pro-rata di seluruh negara boleh dituntut melalui Peniaga Rasmi Amaron, sila hubungi kami di https://www.facebook.com/amarontecxus untuk mendapatkan bateri anda dijamini selama 3 tahun.
* Terma & Syarat.
Subscribe to:
Posts (Atom)