Tuesday, February 14, 2017

CADEAU Lip Glow | Flower Jelly Lipstick


Semenjak dua ni rajin sangat beli lipstik . Konon konon nya nak jadi pengumpul lipstik lah hahaha . Rasa seronok pulak susun lipstik tu cantik cantik atas meja mekap . Sejuk jee mata memandang ekekek .

Tambah pulak ada satu lagi lipstik terbaru yang masuk dalam koleksi daripada CADEAU . Packaging dia pulak dah sememang memangnya lawa . Alahai makin helokk je dia duduk sekali dengan lipstik lipstik yang lain .


Tengok ni , cantik gila kan packaging dia . Aku beli sebatang je dulu nak try tengok okay ke tak lipstik ni . Tapi yang ni memang sesuai sangat dijadikan hadiah sebab gilaa cantik & unik . Bagi lah dekat mak ke, kakak ke, makwe ke , isteri ke .. confirm diorang suka . Kalau nak lagi best , beli yang set gift box Cadeau ni. Ada 4 ketoi lipstik terus dalam satu set .

Cadeau ni bermaksud 'gift' daripada perkataan French . Gift/hadiah/pemberian - bersesuaian sangat lah kalau nak hadiahkan ni pada orang tersayang . Memang setiap daripada Jelly lipstick ni di buat dengan penuh kasih saiyangg (handcrafted with love. I know, direct translation sucks haha) .

Ekceli, banyak je jelly lipstick macam ni dijual di pasaran tapi lahai murah sangat . nak beli pun risau takut takut tak elok ke apa . Kang pakai tetiba bibir kembang ke , bibir terjuih ke , bibir gelebeh ke? haha takutttt! So seeloknya kalau nak beli produk produk kecantikan ni , pastikan lah ianya selamat , berkualiti dan bukannya fake product! Bibir pun nak pakai lama k . Nak ke bibir tu hitam , terbakar sebab pakai produk sesuka hati? Takmauuu kan ...


The thing about this lipstick that i love the most , ofcourse lah dia punya lipstick tu sendiri . Siap ada seketul bunga halus kat tengah tengah lipstick tu . Alah alah alah cantiknya! Tengah tengah tu bunga betul tau . Dan jelly tu pun di perbuat daripada ekstrak bunga bungaan .


Jadi, apa fungsi lip glow ni sebenarnya? setakat cantik semata mata ke?

NOPE!!

Cadeau Lip Glow ni berfungsi macam lip balm juga , dan juga untuk treatment bibir . Dengan satu sapuan , akan buatkan warna bibir bertukar kemerahan . Nampak merah merah semulajadi gittew . Tanpa tambahan pewarna . Lip glow ni juga mampu memberikan lembapan yang diperlukan oleh bibir kita.

CADEAU FLOWER EXTRACT LIP GLOW


Ada banyak jenis bunga yang digunakan untuk pembuatan Cadeau Flower Extract Lip Glow ni termasuklah ; 

  • Chamomilla Recutita – Chamomile
  • Hibiscus Sabdariffa – Roselle Hibiscus
  • Calendula Officinalis – English Marigold/Calendula
  • Rosa Damascena – Damask Rose
  • Bellis Perennis – Common Daisy
  • Magnolia Kobus – Kobushi Magnolia
  • Lilium Tigrinum – Tiger Lily
  • Lavandula Angustifolia – Lavender
  • Rosa Rugosa – Beach Rose


Ada 4 jenis/code kesemuanya, tapi yang aku punya ni code GL03 : Acacia yang ada tona kuning . Takdelah korang calit lipglow ni bibir korang jadi kuning pulak , tapi ada berikan tona warna cerah / vibrant yang buatkan bila korang pakai, nampak ceria & energetic gitu .

Yang ni contoh keempat empat jenis / code Cadeau Flower Extract Lip Glow yang ada.


Nanti bila ada hari ibu ke, hari jadi ke, anniversary ke .. order je terus sekotak Cadeau Flower Extract Lip Glow . Senang cerita, takpayah pening pening dah . Confirm diorang suka!

Instagram : https://www.instagram.com/cadeau_beauty/

(RM95.00/pcs)












Related search : cadeau lipstick malaysia, cadeau lip glow, cadeau malaysia, cadeau price, cadeau gift, meaning of cadeau, cadeau gift set, cadeau review

On My Instagram