Tuesday, January 28, 2020

Glamping di Tanah Aina Fahad Raub | Tidur Ditemani Bunyi Air Sungai - Nyamannya!


Seperti dijanjikan, ini lah entry sambungan untuk siri jelajah Pahang edisi Glamping bersempena #VisitMalaysia2020 gituu. Kiranya konsep nya dekat sini ialah bertujuan untuk bagi korang idea dan cadangan, tahun 2020 ni nak berjalan kemana pula dalam Malaysia ni hehe. Sebenarnya banyak tempat best dalam Malaysia ni yang underrated dan ramai orang taktahu. Oleh itu, aku rasa berkobar pula nak explore lagi banyak tempat dan share dengan korang semua. Harap harap apa yang aku share ni bermanfaat la untuk korang, okay?

Btw, kalau belum baca entry pengalaman aku menginap di premium Glamping spot, Tiarasa Escape, baca dekat sini  ☞  Alami Pengalaman Premium Glamping di Tiarasa Escapes, Janda Baik


GLAMPING : Tanah Aina Fahad


Definisi Glamping ni rasanya ramai dah yang tahu. Tapi takpe takpe, aku explain lagi.

"Glamping ini adalah satu aktiviti percutian yang unik dan menyeronokkan yang mana konsep ‘glam’ dan ‘camping’ digabungkan. Kebiasaannya di kawasan glamping ini anda boleh terus masuk ke dalam khemah dan tak perlu nak bersusah payah membinanya sendiri. Selain itu, ia juga lengkap dengan kemudahan makanan dan tempat tidur yang selesa, itulah maksud glamping secara ringkasnya" - SUMBER 



kedudukan khemah bersebelahan. so takdela rasa takut kalau tidur sorang sorang 


Bagi aku lah kan, glamping ni sebenarnya seronok bila beramai ramai. Kalau takat kau datang sorang takpun berdua je, dia macam hmmmmmmm tak berapa nak onz lah. Datang lah dalam 4,5 orang ke? Ajak la kawan kawan tak pun satu family. Baru syok.

Tanah Aina Fahad terletak di Sungai Dong, Ulu Dong, Raub Pahang dengan keluasan 12,140 meter persegi @ 5 ekar. Perjalanan dari Kuala Lumpur kesini memakan masa selama 2 jam setengah dan tempat ini boleh memuatkan 120 orang dalam satu satu masa - sumber


Glamping di Tanah Aina Fahad ni memberikan mood dan pengalaman yang berbeza dari masa aku berglamping di Tiarasa Escapes. Dekat Tanah Aina Fahad ni, kita boleh rasa lebih dekat dengan nature, dan mood camping tu lebih terasa. Sebab kita memang betul betul tidur dalam khemah, dan boleh rasa sejuk embun pagi. Pejam mata, celik mata pun syok je ditemani bunyi unggas masa sebelum tidur dan kicauan burung bila bangun pagi.

Antara kemudahan yang disediakan didalam setiap khemah ialah  ;

✔ Katil
✔ Meja Solek
✔ Almari Baju
✔ Kipas
✔ Plug point
✔ Lampu Tidur
✔ Bedside Table
✔ Penyangkut Baju
✔ Tuala
✔ Rak Kasut
✔ Bangku Panjang

Serba serbi lengkap kan? Tak payah susah susah nak bawa power bank banyak banyak untuk caj phone. Tak payah berpanas panas sebab dah ada kipas. Tempat nak susun atur dan sangkut baju pun ada. And yang penting bagi para wanita, wohooo ada meja solek pakej dengan cermin besar lagi yawww. Nak pakai tudung, nak makeup, nak tempek bedak sejuk, nak apply '10 step korean skincare routine' pun takdehal.

Tanah Aina Fahad ni mampu memuatkan 120 orang dalam satu satu masa. Selain daripada khemah , dekat sini turut menyediakan penginapan jenis bilik dorm. So kalau ada planning nak buat family day atau team building pun sesuai dekat sini.

Kiri : Main Hall | Kanan : Dewan Makan


Meeting Hall Dan Dining Area Yang Luas, Sesuai Untuk Acara Ramai

Dewan makan nya pun besar dan dekat main meeting hall siap ada pentas lagi taw. Boleh la gunakan pentas tu untuk buat persembahan hehe. Alahai tiba tiba rindu pulak zaman belajar dulu ada aktiviti team building lepastu mesti ada malam untuk 'Talent Show'. Tiap kali tu juga sibuk buat persembahan drama. Siapa yang jadi watak utama tu? Mestilah akak kau ni hahaha. Cita cita tinggi ye teringin nak jadi pelakon. Hasrat nak masuk kelab teater, tapi apakan daya, kita tak dapat masuk UiTM wak haha. UniKL mano hado kelab teater. Kehkehkeh (okay done melalut :p)

Btw nak cakap, makanan disediakan dekat sini pun dabombbbb! Semua sedap sedap tau. Haritu kitorang siap dapat pekenan Durian goreng lagi. Wuuuuu sedapnya! Nyummmm~


Pilihan makanan pun banyak dan sedap sedap
Ruang makan terbuka yang luas dan selesa


Jenis Jenis Penginapan

Terdapat banyak jenis bilik untuk dipilih, sesuai dengan bajet dan preferences masing masing :

Bilik jenis King Tent

Terrance Room (RM580)
Terrance Room Durian (RM1740)
King Tent (RM990)
Queen Tent (RM580)
Single Tent (RM270)
Shared Tent (RM1350)

*Harga termasuk [ 4 buffet meals per day | FREE Guided Trekking ]

Lengkap dengan katil, almari dan meja solek

Haritu kitorang pilih Queen Tent. Khemah ni memuatkan 2 orang so didatangkan dengan katil queen. Tilam dia best gila ye. Bantal dengan quilt pulak, ya Allah gebuuu! Seriously lena SANGAT tidur malam tu dekat situ. Tidur tak terganggu dengan nyamuk pun sebab dah siap ada jaring nyamuk. Tapi untuk ketenangan hati sendiri, bawa la juga insect repellent. Kot kot risau kalau ada nyamuk tersesat hehe.

Kipas pun ada. Sejadah juga disediakan


Bagi sesiapa yang penakut macam aku, korang boleh bertenang sikit dekat sini. Sebab kalau nak ke tandas, takpayah nak risau. Tandas nya dekat je dengan khemah. Ada lah dalam 10-15 langkah je dari khemah. Tandasnya pulak cantik dan fancy. Rasa macam tandas dekat rumah sendiri. Tak nampak menyeramkan pun perjalanan nak ke tandas tu haha. Aku pun tak berapa nak menyusahkan orang nak kena mintak teman teman pergi tandas sepanjang dekat sini. Rasa bangga dengan diri sendiri pulak sebab feeling berani sikit wakakakak.

Selesa sangat tidur dalam khemah ni. Rasa macam tidur bilik hotel


Sepanjang di Tanah Aina Fahad, aku boleh jamin korang tak kan sempat nak rasa bosan. Sebab setiap masa korang boleh manfaatkan dengan buat bermacam macam aktiviti. Walaupun masa aku datang tu, cuaca agak kurang mengizinkan untuk kitorang mandi sungai dan jungle trekking, tapi still banyak aktiviti kitorang dapat buat. Dan yang penting, semua aktiviti tu menyeronokkan!

Antara aktiviti menarik tersedia untuk korang enjoy sepanjang di Tanah Aina Fahad ;

➩ Flying Fox
➩ Tubing
➩ Jungle Trekking
➩ Bbq
➩ Mandi Sungai
➩ Giant Chess & Giant Snake & Ladder
➩ Bonfire
➩ Ping Pong
➩ Carrom


Aktiviti bonfire pada waktu malam. Boleh main game dan kongsi cerita beramai ramai


Sepatutnya aktiviti utama bila kesini mesti lah nak jungle trekking and mandi sungai. Tapi macam aku cakap la, cuaca asyik hujan je. Jalan pun licin. Yang dapat cuma lah merasa sesi 'meet and greet' dengan pacat hahaha.


Sekitar kawasan eco resort Tanah Aina Fahad ni bagi aku memang cantik sangat. Ada disediakan banyak tempat bersantai lagi lagi bahagian yang menghadap sungai. Nak duduk melayan perasaan pun syok je. Bunyi deruan air sungai yang kuat tu memang orang kata 'stress reliever' yang terbaik. Migrain migrain sakit kepala ni boleh cepat je reda bila duduk sini.

Sungai yang terpelihara dan cantik. Sayangnya haritu tak dapat nak mandi

Keseluruhannya, pengalaman ber-glamping di Tanah Aina Fahad ni memang menyeronokkan. Lagi seronok kalau cuaca tu cun jee. Baru lah dapat cuba semua aktiviti yang ditawarkan di sini. Kawasannya cantik, kemudahan serba serbi cukup, line internet pun ada (boleh update IG STORY yeay!), makanan disediakan pun sedap sedap, dan staff nya pun sangat membantu. Kalau korang ada plan nak bercuti dekat dekat je dalam Malaysia ni, apakata cuba glamping dekat sini.

Kalau ada apa apa soalan nak tanya, boleh drop dekat bawah ni okay? Nanti iols reply. Thanks for reading!













Related search : Cara ke Tanah Aina Fahad, Tanah Aina Fahad Glamping Resort review, Tanah Aina Fahad Glamping, Tanah Aina Fahad Raub, Tanah Aina Resort, Tempat Glamping Malaysia, Pusat glamping malaysia, pusat glamping di pahang, tempat menarik untuk glamping, senarai tempat glamping best


On My Instagram