Wednesday, June 7, 2017
Mengidam Seafood Lah Pulak
Sejak sejak dah duduk Bangi ni, rindu pulak jadi orang Damansara. Kalau masa duduk Damansara dulu, ada je tempat nak merayap . Tiba tiba Sabtu haritu rasa macam nak jalan jalan pula ke sana, so aku ajak lah Hilmi . Dia pun okay je , lagipun memang niat nak singgah jumpa makcik aku dan alang alang tu, ambil juga barang aku serba sikit dekat rumah dia (before kahwin aku duduk sekali dengan makcik, jadi barang personal ada banyak lagi tinggal dekat rumah dia) .
Makcik aku ada je offer ajak berbuka sekali, tapi seorang Farah yang mengada, demand nak pergi dating dating dengan shuben dia (read : husband) wakakaka gedik kan? Jadi kami pun minta diri awal sebab nak kena cari pula tempat makan mana yang sesuai untuk berbuka puasa . Fikir punya fikir, last last aku cadangkan dekat Hilmi untuk ifthorr (read : iftar - berbuka puasa) dekat Citta Mall je. Lagipun rasa macam dah lama je tak pergi sana . Nak lah tengok tengok kot ada benda menarik yang baru ke kan ?
Kitorang sampai agak awal, dalam pukul 5.00 petang macam tu. Kang terus masuk restoran macam nampak nau tak sabar nak makan kan? ekeke. so kitorang pun pusing pusing dulu dalam Citta Mall tu memandangkan masa tu , tak boleh nak decide lagi nak makan apa .
A Beauty Secret Studio
Sementara pusing pusing berjalan dalam Citta Mall ni, aku ternampak pulak salun ni ; A Beauty Secret Studio . Bila lalu depan salun , amboi tetiba je gatal kepala . Terus aku cakap;
"ahh i need a good head massage. Should i get my hair washed and blow kejap sayang?" sambil kenyit kenyit mata.
But Hilmi don't want to layan me. He said those washing, blowing hair thingy makan masa dan dia takde mood nak layan kena tunggu lama lama hahahaha. Plus, we haven't decide yet on where we're gonna have our Iftar at .
Okay, fine .
Makanya kami pun terus jalan jalan . Dan terlalu lah depan restoran masakan Padang ; Restoran Sari Ratu Prima. Alahai bila tengok masakan padang ni, rindu pula nak ke Bandung . Kalau pergi sana, rajin sangat pekena nasi padang la, nasi uduk lah aaa sedap!
Sari Ratu Prima
Tapi lepas bincang punya bincang, tetiba rasa macam "Ala, alang alang dating ni, makan la special special sikit"
haha kejinya klasifikasikan nasi padang sebagai tak special . LOL
DAH TUUU MAKAN APA YANG SPECIAL WEY?
Seorang Farah men-demand-kan makanan seafood yalls . Mengada sangat tekak aku ni. And ah let me get the fact straight, takde mengidam ngidam terlibat dalam hal ni ye . Hanya mengada semata mata wakakak .
Unique Seafood
Kami pun mencari cari juga restoran seafood yang ada , dan yang first sekali kitorang jumpa ialah Restoran Unique Seafood. Restoran ni memang unik seafood seafood nya . Yang macam macam spesis seafood wujud dekat sini , dan fresh angkut daripada akuarium lagi , memang hidup lagi weh . Tapi setelah dirisik risik harga, kitorang tak jadi nak makan dekat sini . Sebab kat sini macam sesuai untuk makan satu family . Baru berbaloi . Takat nak dating berbuka puasa dua orang je , macam berlebih lebih sangat je kalau makan dekat sini , sebab portion nya pun semua dijual dalam size besar besar. Ni ada beberapa contoh gambar makanan dekat restoran ni yang aku ambil dekat google .
So, pencarian makanan seafood pun diteruskan dan akhirnya kitorang decide untuk berbuka puasa dekat Bubba Gump je!
Bubba Gump
Aku tak pernah lagi merasa Bubba Gump ni. Tahu pun sebab tengok cerita Forest Gump haha . Dalam cerita tu, dia duk sebut pasal "shrimp shrimp" , dok teringin juga nak rasa shrimp dia sedap macam mana kan? Hilmi sebelum ni dah pernah dah makan Bubba Gump , aku je jakun tak pernah merasa . So to make it fair, sebab kesiankan aku yang tak pernah merasa makan Bubba Gump, makanya kitorang pun pilih untuk berbuka dekat sini .
Masa sampai dekat Bubba Gump ni, hari baru nak pukul 6 petang. So kitorang just order dan buat reservation je siap siap. Nanti dalam pukul 7 boleh lah datang dan makanan terus terhidang . Tak sanggup lah weh nak order awal lepastu duduk depan makan selama sejam 15 minit . hahaha . Baik pusing pusing buang masa jap sementara tunggu berbuka kan?
Lepas booking, kitorang sambung lagi jalan jalan dalam Citta Mall. Lepastu ternampak pula Harvey Norman . Perangai kedua dua aku dengan Hilmi ni, pantang nampak kedai yang ada display barang elektronik hahaha . Macam ada display handphone ke, laptop ke.. mesti sibuk nak masuk, belek belek . Lagipun, Hilmi memang minat benda benda gadget ni. So aku layankan je bila dia tarik aku ajak masuk Harvey Norman tu.
Harvey Norman
Decoration Hari Raya di Citta Mall |
Harvey Norman memang dikenali sebagai sebuah pusat yang jual barangan keperluan rumah . Elektronik ada, perabot ada. Tapi yang specialnya Harvey Norman dekat Citta Mall ni, ianya sejenis Factory Outlet. Makanya, harga barangan dekat cawangan Harvey Norman yang ni jauh lebih murah
lah .
Sesambil si Hilmi sibuk membelek Samsung Galaxy S8, aku pulak dah macam makcik makcik pergi berjalan section barangan dapur, busy membelek blender lah, rice cooker apa bagai . Seronok pulak aku tengok benda benda camni . Dah la murah . Terhibur tau sambil belek belek tu sambil pergi tekan segala macam suis yang ada , sambil berangan tengah masak macam macam benda sedap . Sindrom wanita berkahwin memang macam ni ke? Hahahaha .
Bila masuk kedalam, rupanya ada macam macam lagi . Siap ada katil, tilam bagai weh . Kalau duit banyak ni, memang aku dah beli macam macam . Dah lah aku duk teringin sangat nak Oven seketul . Menantikan janji manis seorang kawan aku ni cakap nak hadiahkan oven sempena hadiah kawen, tapi takde pun sobs sobs . Terpaksa lah kumpul duit beli sendiri . Padahal ada je oven dekat rumah mak mertua ni tapi oven dia spesis legend dah, memang kalau bukan mak mertua aku sendiri yang handle, memang rentung lah kau bakar apa apa dalam oven tu haha . Tragis sangat aku buat puding roti haritu jadi puding dayang senandung . k yang ni cerita nanti nanti , sedih nak ingat balik hahhaha .
Dekat sejam jugak kitorang merayau rayau dalam Harvey Norman ni. Dah pukul 7 macam tu, terus kitorang pergi semula ke Bubba Gump untuk ready for berbuka .
Sebabkan aku sibuk sangat nak rasa shrimp kan, jadi aku order dia punya signature Shrim Sampler dan lepastu tambah pula BBQ Back Rib . Dengan alasan, shrimp sampler tu kongsi . Rib aku makan sorang hewhew . Hilmi pulak order Captain's Fish n Chip je. Botak dah dia sebab bini dia order yang mahal mahal, so dia order yang menu humble humble je hahaha .
Tak cukup tamak lagi, kitorang bantai order sekali appetizer katakaw iaitu Spanish Artichoke Dip . Ni senang kita panggil nachos lah gitu . Konon pembuka selera hahaha . Gila la makan semua benda ni memang kenyang teruk , rasa nak meletup perut tau Alhamdulillah thankyou encik suami yang melayan kehendak perut tong bini awak ni haha .
Kesimpulannya, rupanya banyak jugak lah benda boleh buat dekat Citta Mall ni. Sambil bersantai, jalan jalan dan makan dengan keluarga dan kawan kawan. Aku suka environment dekat Citta Mall ni sebab tak semak, tak bising, tak sesak . Bahagia je jalan dekat sini . Kiranya memang perfect spot untuk dating . Mohon siapa yang takde idea nak dating atau bawa family jalan dekat mana tu, I cadangkan pergi Citta Mall .
Untuk directory penuh Citta Mall dan update tentang aktiviti dekat sini, boleh rujuk terus di instagram dan facebook rasmi Citta Mall .
Subscribe to:
Posts (Atom)