Thursday, January 2, 2020

Tony Roma's Rib Rib Holiday | Pilihan Menu Sesuai Seisi Keluarga






Korang ada tak satu tempat atau restoran favourite korang, yang korang akan ulang kali pergi lagi especially bila ada special occassion? 

Untuk aku & Hilmi, kitorang suka ke Tony Roma's. So masa zaman zaman dating dengan dia dulu, rajin la dia bawak aku pergi Tony Roma's. Kemain kan makan Tony Roma's? Kalau dengar harga, terus rasa seram sebab bunyi nya macam mahal. Tapi bagi kitorang, harganya sangat berbaloi setimpal dengan kualiti, servis dan juga besar portion makanan tu. Aku banyak kali juga makan tak habis and bungkus bawa balik sebab banyak sangat. Paling favourite, ofcos la diorang punya ribs. Lagipun Tony Roma's memang terkenal dengan ribs dan juga steak. Eh pendek kata banyak la menu dia yang best best. Tapi untuk personal favourite kitorang, selalunya memang order Tony Asian Salad dan Beef Rib. Fuhhh melelehh~





Yang menariknya Tony Roma's ni selalu sediakan banyak pilihan menu terbaru untuk korang cuba. Bersesuaian dengan musim. Macam masa bulan December lepas, bersempena dengan sambutan perayaan Krismas dan simbolik dengan 'festive & holiday' season, Tony Roma's tawarkan menu Rib Rib Holiday. Terdiri daripada pilihan menu appetizer, main course dan juga dessert.



Since haritu aku dapat jemputan untuk cuba menu menu Rib Rib Holiday ni, terus excited ajak Hilmi sekali. Dia pun seronok sakan, balik pun perut jalan kedepan sebab kenyang sangat haha. Antara menu yang kitorang cuba ialah ;

Bruschetta Tuna

Bruschetta Beef


  • Bruschetta Tuna (RM35.00 nett)
  • Bruschetta Beef (RM35.00 nett) 
  • Potato Chips and Dips (RM25.00 nett) 





Ketiga tiga ni ialah pilihan appetizer. Tapi aku suggest kalau nak order appetizer ni korang order bila datang at least berempat. Sebabnya kalau makan ni, lepas tu order pulak main course, masyaAllah kenyang gilo wey. Makan appetizer ni je pun dah mengenyangkan. And sedap pulak tuu. My personal favourite would be the Potato Chips and Dips. 

Riblet Party (RM185.00 nett) 


Riblet Party


Okay ini dia main highlight nya. Kalau tengok dekat depan menu sheet Rib Rib Holiday, gambar Riblet Party ni la yang paling depan sekali. Untuk menikmati rib di level maksima, adalah lebih syiok kalau makan pakai tangan je. Glove turut disediakan kalau korang taknak kotorkan tangan. Tapi makan takpayah glove la lagi layann! Riblet Party ini ialah hidangan 6 keping beef ribs yang disusun meninggi dan dihidangkan bersama TR's Original BBQ Sauce. Katanya kalau tak cukup sos tu, boleh minta lagi. Yumms! sos tu la yang buatkan ribs ni lagi paduuu.



Selain daripada Riblet Party, antara menu main course lain yang boleh korang cuba ialah :


Festive Lamb Shoulder
  • Festive Lamb Shoulder(RM185.00 nett) 
  • Grilled Beef Steak (RM85.00 nett)
  • BBQ Spring Chicken (RM75.00 nett)


BBQ Spring Chicken


BBQ Spring Chicken ni menarik tau. Bila ayam ni dah dipotong, kita boleh nikmati pula petite potato yang disumbatkan kedalam ayam dan dibakar sempurna. Unik tau, kentang ni memang bersaiz bulat bulat kecik macam tu dan bukannya dipotong. Rasanya pulak manis dan lembut. Ini pun menu yang korang kena cuba untuk makan bersama keluarga.

Yang bulat bulat tu petite potatoes


Untuk pilihan minuman pula, ada 4 jenis minuman tropikal yang diperkenalkan Tony Roma's iaitu 
Peach Orange Colada (untuk masa terhad sahaja), Pina Strawberry Swirl, Pina Mango Swirl and Pina Colada – (RM20.79 nett/each)



Menarik kan menu menu ni semua? Tak sabar nak tengok apa lagi menu terbaru Tony Roma's untuk tahun 2020 ni pula. 


Haa lagi satu, korang jangan lupa install aplikasi Bite & Bites untuk tahu sebarang promosi terkini daripada Tony Roma's dan juga beberapa lagi restoran yang dibawah satu bumbung iaitu Manhattan Fish Market & NY Steak Shack. Aku dah install dah, memang syok sebab boleh kumpul rewards dan redeem coupon. Jangan tunggu lama lama tau, download sekarang!

On My Instagram