Monday, May 4, 2020

5 Makanan Tradisional Malaysia Popular Yang Bikin Hati Rasa Tak Tahan!

Malaysia ni memang kaya dengan makan tradisional. Sebab kita sendiri pun terdiri dari pelbagai etnik jadinya, variasi makanan pun ada macam macam. Pulak tu, bergantung pada musim perayaan. Kalau masa sambutan raya cina, ada menu nya, untuk deepavali, ada menunya, untuk raya puasa, ada menunya.

Kat bawah ni jom kita senaraikan antara 5 menu makanan tradisional Malaysia popular. Ada yang syok makan untuk sarapan, ada best layan masa berbuka puasa, haa mana satu favourite korang?



#1 - Nasi Dagang


Nasi dagang adalah menu untuk penduduk Pantai Timur yang sangat terkenal dengan menu masakan mereka yang pelbagai. Antara negeri yang sering dikaitkan dengan menu basi dagang ini adalah Terengganu dan juga Kelantan. 

Tidak semua orang mampu membuat nasi dagang ini. Ini kerana proses memasaknya tu sangat renyah. Bayangkan nasi untuk menu nasi dagang hendaklah di kukus secara berulang kali. Apapun, nasi dagang memang sedap lagi-lagi bila dapat dinikmati bersama kari ikan tongkol yang awesome

#2 - Nasi Lemak 


Nasi Lemak dikenali juga sebagai hidangan kebangsaan utama Malaysia. Maka tak hairanlah kenapa nasi lemak ini menjadi salah satu menu kegemaran orang ramai sepanjang masa. 

Nasi lemak agak unik dengan cara masak beras yang disatukan dengan santan. Bau sedap dengan rasa lemak santan itulah yang membuatkan hati rasa tak tahan nak makan. Ditambah pula dengan daun pandan, makin wangi bau nasi lemak tersebut. 

Nasi lemak disajikan dengan jenis kuah pedas yang dikenali sebagai 'sambal', ikan bilis goreng, telur dan timun. Nasi lemak tradisional turut dibungkus dengan daun padan supaya nasi kekal berbau harum. Nasi lemak boleh dinikmati pada bila-bila masa tak kira untuk makan pagi, makan tengah hari atau makan malam.

#3 - Rendang 



Rendang juga boleh dikategorikan sebagai makanan tradisional Malaysia. Rendang ini merupakan kari yang tidak mempunyai kuah yang banyak. Rendang boleh di masak dengan apa jua bahan seperti ayam, daging dan sebagainya. Rendang daging yang sedap akan mempunyai rasa seimbang untuk masin, masam dan manis. 

Rendang cukup sedap jika digabungkan dengan ketupat dan selalunya ia dihidangkan semasa musim perayaan. Walaupun rendang ini merupakan menu masakan melayu tetapi cina dan india juga turut menikmatinya. 

#4 - Murtabak


Jika hari biasa selalunya menu roti canai akan menjadi pilihan oleh ramai orang. Tetapi roti canai ini jga boleh ditukar untuk menjadikannya lebih sedap dan power. Menu ini dikenali sebagai Murtabak dan murtabak ini selalunya akan sering muncul apabila tima bulan puasa Ramadan. Menurut pembacaan, murtabak ini berasal dari Arab Saudi dan India. Dalam bahasa Arab, ‘Murtabak’ itu sendir bermaksud ‘dilipat’. 

#5 - Satay 


Jika negara Arab boleh berbangga dengan menu kebab mereka, untuk negara Malaysia pula, popular dengan menu sataynya yang nampak sedap. Satay ini ada banyak jenis seperti satay ayam, satay daging, satay kambing dan sebagainya,. 

Satay dihasilkan daripada kepingan daging yang di tusuk daging pada lidi. Ia di bakar panggang di atas api kayu / arang. Makin sedap apabila satay ini turut dihidangkan dengan sos kacang yang sedap.


Boleh Nikmati Di Rumah Dengan Servis Online Delivery

Tiba-tiba terasa lapar? Masih tak tahu nak makan apa? Apa kata jika luangkan masa sekejap dengan download aplikasi FoodPanda Malaysia Delivery. Kat website mereka tu ada banyak pilihan. Rambang mata dibuatnya. 


Sekarang ni hanya perlu tepuk dada dan tanya selera. Jika ada apa-apa menu yang rasa nak makan, boleh order guna perkhidmatan dari food delivery ini. Ohya, pihak Foodpanda juga turut memberi perhatian pada semua pelanggannya dengan menjarakkan sepanjang 1 meter dengan pelanggan semasa urusan penghantaran makanan. .       


On My Instagram