Sunday, April 10, 2016

Doublekan Lemak : Gangnam Station Restaurant - Restoran masakan korea Halal di Shah Alam



Pengaruh cerita Korea bukan setakat buatkan aku & adik aku, Wani tergedik gedikkan Oppa, tapi kami juga turut terpengaruh dengan bahasa, budaya dan makanan nya!


Sejak sejak dah terjumpa kedai makanan korea di IOI City Mall (Dubuyo & Food Court), kitorang terus tak pandang dah restoran lain. Sikit sikit nak ramyeon, sikit sikit nak tteobokki. Padahal megi dengan kuih tepung beras je pun. Hahaha.

Tapi tak sangka pula ada restoran masakan Korea yang lagi sedap daripada tu! Halal pula tu, owner nya Melayu. Siap masuk dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan lagi.

Gangnam Station Restaurant, Shah Alam

Restoran masakan korea Halal

 


Restoran ni terletak di Shah Alam. Dekat Laman Seri Business Park , Seksyen 13. Di deretan kedai bersebelahan bangunan HPA. Kedai tu macam tersorok dekat belakang belakang. Korang kena drive terus kebelakang dan parking dekat dengan surau dan tandas awam dekat situ. 

Bila tengokkan pada menu, memang akan cakap "Ish mahalnya". Untuk ala carte satu satu hidangan tu range harga dalam RM20-RM60. Tapi korang tunggu jelah makanan nya sampai dan hadap portion besar gedabak tu hehe.

Menu ala carte
Menu promosi set


yeay tteokbokki!


Tapi ada beberapa menu yang memang portion nya kecik, tengok jenis menu juga.

Haritu kitorang order set family punya. Yang RM199 satu set, lepastu tambah order sotong dan sup tauhu. Sebab tengok dalam gambar macam set tu sikit je. Cukup ke nak makan 7 orang?

Kitorang order yang ni

Ni gambar lepas makan , tu pun banyak dah bekas makanan di angkat. kalau tak lagi penuh

Sekali bila dah sampai, hamik kau! Penuh meja dibuatnya. Kitorang dah makan makan makan lepastu ada je makanan baru yang sampai lagi. Siap dengan dessert lagi tu. Entah berapa banyak makanan ntah dalam set tu. Dengan udang gemuknya, dengan set ala ala steam boat yang nak melimpah (sebab banyak sangat isi dalam tu), memang puas hati!

Udang bersaiz XL. BBQ prawn
Tak ingat apa nama. Aku namakan steamboat melimpah jela haha


Overall makanan semua sedap, bagi aku lah. Cuma bab harga tu agak mahal. Nak makan sekali sekala untuk gathering special special ok lah kot. Masa birthday ke, anniversary ke, ha ajak lah Oppa korang datang sini haha.


Wajah berpuas hati daripada Wani

Tengok tuuu melimpahh

Aihh lapar pulak


Tteobokki pun sedap sangat compared dengan yang Dubuyo punya. Memang lagi sedap,kenyal dia tu best. Pendek kata sedaplah haha. Sotong pun korang wajib cuba! Sebab manis manis pedas meskipun kelihatan aneh.

Yang kanan dalam pinggan tu masakan sotong , sedap!



Bagi peminat makanan korea atau pun ada antara korang yang suka cuba makanan yang lain daripada yang lain, boleh lah ke sini. 

Faffafafa bagi 4.5/5 bintang!


Food : 4.5/5
Service : 4/5
Environment : 4/5
Price : 3/5
Food Presentation : 4/5


Alamat : Lot G45, block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, 
Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor. 
NoTel: 019-2737753
Facebook : Gangnam Station Restaurant





gangnam station restaurant,gangnam station shah alam,makanan korea shah alam,masakan korea,makanan korea malaysia, kedai makanan korea,ramen malaysia,tteobokki malaysia,makanan korea sedap,makanan korea best,restoran korea halal,makanan korea halal,ramen halal,ramen sedap,restoran korea sedap,restoran korea best,cafe korea,korea sedap,korea halal,kedai makan korea halal,kedai makan korea sedap dan halal,kedai makan korea best,gangnam restoran,kedai makan gangnam,gangnam korea malaysia,restoran gangnam shah alam,restoran gangnam malaysia,
gangnam station laman seri, gangnam station shah alam 2015, gangnam station puchong,gangnam station,gangnam station shah alam delivery

Dah mula menghantui!



Semalam aku ternampak lah Hilmi share siakap keli punya post , ala cerita yang pasal kronologi kisah satu family kena gangguan dekat rumah tu .  Aku ni boleh tahan pengecut orang nya kahkahkah tapi ada hati pula nak baca . Masa mula mula baca tu okay lagi. Sampai part aku menggatal pergi play audio bunyi suara aneh tu, terus cuak! Masa awal dengar tu aku rasa okay je. Tapi masuk waktu maghrib semalam, dan maghrib harini rasa lain macam je. Dengan dalam kepala ni dok auto play "mariii marii mariii" hoiii meremang! 


Korang dah baca ke belum? Baca lah kronologi cerita tu. Aku kesian juga dengan mangsa dan family. Memang makhluk spesis suka bergurau kot . Rajin tolong set kan alarm diorang , suruh bangun. Eh eh eh bosan sangat lettew? Tapi tengok diorang lama lama macam dah tak heran dah . Rilek je laki dia siap selfie lagi dengan makhluk tu haha .


Antara alarm yang benda alah tu set kan. Rajin betul


Bila borak dekat Hilmi dia cakap memang sepatutnya tak perlu rasa takut. Sebaliknya kena rasa geram! Sebab rumah tu hak kita, kita punya. Kita bayar sewa, dia yang menumpang tapi eksyen melebihkan tuan punya rumah . Hm aku nak cakap lebih lebih pun tak berani , tak kena batang hidung sendiri . Minta jauh lah haha taknak! 


Korang baca lah cerita ni , kalau rasa lemah semangat atau berspesis penakut macam aku , tak disarankan untuk baca apatah lagi play audio tu . Heheheheheheehehehehee gelak panjang sikit bagi unsur mistik hahaha .



On My Instagram