Tuesday, July 26, 2016

Premier Clinic : Klinik Aestetik Pilihan Tepat untuk dapatkan rawatan laser wajah!

Yang kebiasannya menjadi major concern kepada para wanita ialah Penampilan . Penampilan pulak berkait rapat dengan cara berpakaian , bentuk badan dan rupa wajah .

Tapi selalunya 2 benda penting yang jadi isu sensitif bagi perempuan ofcoslah masalah kulit muka dan kegemukan . Kalau ada salah satu masalah ni , confirm alami kemurungan.

Sekarang ni, dua dua masalah tu datang secara pakej untuk aku hahah (oh kejamnya donia!) Makin hari rasa makin gemuk dan makin berisi . Makin ramai yang tegur. Nak tutup mulut orang mana boleh kan? Takkan dia baru nak tanya "weh farah, apasal ko makin gemmmm...." Pastu terus tekup mulut dia guna gulungan stokin? Kalau mampu buat camni, lama dah aku buat . Dia tak sedar masa dia tanya tu , aku dah jeling jeling spare tyre berlipat dekat perut dia hmmmmm!

Masalah tak berhenti dekat sini je. Bertambah murung bila tiba tiba je kulit muka buat hal . Tak pasal pasal muka mula naik jerawat , bertambah kusam & tona kulit makin tak sekata . Memandangkan masa tu hari raya pun dah makin dekat (aku buat treatment ni sebelum puasa) , aku tak nak ambil risiko beraya dengan kulit bermasalah. Fokuskan pada masalah kulit dulu. Bab double chin, dan lelemak berlebihan pada badan, kita setelkan kemudian ekekeke .


premier clinic ttdi
front desk Premier Clinic


Nak menyelamatkan keadaan daripada jadi makin teruk , I decide untuk ke Premier Clinic dan berjumpa dengan Dr. Kee Yong Seng untuk futher consultation . Orang kata, elok serahkan pada yang pakar gittew . Di Premier Clinic ni terdiri daripada 5 orang doktor pakar dalam bidang aestetik dan dermatologi ni termasuklah Dr. Kee Yong Seng sendiri dan beberapa lagi rakan doktor yang lain iaitu Dr. Aarthi Maria Francis, Dr. Elaine Chong, Dr. Michelle Lai dan Dr. Chen Tai Ho. 

On My Instagram