Tuesday, August 8, 2017
"Huiyo, post kau viral lah!" - Ini jawapan saya
Semalam ,
Masa aku baru nak sarungkan telekung nak solat Asar ( aku nak solat je wey, takde unsur riak) , Hilmi tiba tiba bagitahu ,
"Auni, ada page ni share post yang pasal 6 produk farmasi tu" .
Aku pun "Ohhh yeke" kan jela dulu . Dan aku teruskan solat .
Tapi masa solat tu, seronok pulak setan kacau kacau dan hasut hasut aku nak suruh aku terfikir fikir ; page apa yang share? dia share macam mana? ramai ke yang like?
Bila dah selesai solat, (#donedakwah , lol) baru lah aku capai handphone dan buka facebook ; nak cari dan tengok sendiri page tu . Tapi bila buka FB, banyak pulak notification yang masuk . Ramai kawan kawan yang 'mentioned' dan tag aku dekat post tu sambil banyak yang berbunyi
"Huiyoo gileee aaa Farah punya post viral lah , huiyo"
Tapi dalam kecoh kecoh ni, sikit pun aku tak happy . Sebaliknya ; MARAH .
YE WAK, SAYA MARAH
Kenapa marah?
Sebab admin page tu tak letak kredit blog aku dengan cara yang sepatutnya . (Boleh baca post asal dekat sini 6 Produk Penjagaan Wajah Berbaloi Untuk Dibeli Di Farmasi @ Drugstore)
Dia copy content dan gambar blog aku (aku pun bengap jugak tak letak watermark), post dalam page dia .
Memang dia ada credit kan aku, tapi setakat tulis "Credit : blog Farahdafri" (sebelum aku PM dia)
Kalau masa aku noob noob baru blogging, boleh lah kot aku happy orang perasan post aku, perasan blog aku . Tapi sesejak aku dah belajar pasal trafik ni , aku dah belajar juga rasa tamak hahahaha .
Kalau admin page tu boleh tamak kan like dan share daripada post tu,
Aku pun boleh nak tamakkan trafik daripada original artikel tu!
Aku PM admin page tu , suruh dia letakkan link blog aku . Bila aku dah bagi link penuh , dia cuma letak link 'blog.farahdafri.com' ; yang mana bagi aku masih tak cukup (sebab aku tamak?)
Kadang bukan sebab tamak semata mata, tapi .. ko fikir la tak sakit hati ke hasil kerja kau , orang lain dapat nama? Kalau tak sakit hati tu ya auloh mulia nya hatimu Nabila ...
Lagipun dia dah copy semua isi dalam artikel tu letak dekat caption gambar post tu . Kalau letak link pun memang orang dah tak rajin nak tekan dah sebab isi nya semua ada dekat gambar . #sedih #howcouldyou #kejamnyadirimu
Otai otai pun rasa tindakan sebegini keji hahaha |
Sebelum ni , artikel yang sama pernah juga viral bila di share kan dekat page 'Cha Kueh Koci' , tapi admin Cha tu sertakan link penuh . Ini lah patutnya etika nak share artikel orang lain . Bukannya copy content seketul seketul pastu paste dan tulis ;
kredit : Mak Jah
Aku marah betul bila orang copy paste ni tak letakkan kredit/ nyatakan sumber dari mana .
Banyak dah aku perhati posting status panjang berjela dekat facebook yang dapat beribu like dan share, dekat bawah sekali cuma tulis
"c&p"
tak pun ,
"copy and paste"
wah wah wah sonangnyo kijo .
Ni semua sebab nak build up personal branding , jadi batak like sampaikan jadi selfish macam ni .
Ingat menulis ni berfikir pakai buku lali ke?
Garu garu buku lali terus boleh dapat idea??
Kalau semudah tu, senang lah aku buat artikel sehari 20 artikel sambil gesek buku lali dekat karpet beli dengan bhai Pakistan. Sebab karpet ikea kasar . Tak sedap
#doneRoyan
Apa pun, Alhamdulillah aku harap post tu bermanfaat untuk semua orang . Dan aku akui page tu okay je pun banyak share benda benda positif macam share senarai usahawan kosmetik (taktik ni bijak) dan macam macam lagi . Tapi harapnya lepasni kalau nak share content daripada artikel orang lain , mohon sertakan sumber/kredit dari mana .
Tak susah pun wey, bukannya kena tulis reference / citation macam buat report final year project nak ikut format APA ke MLA bagai ...
p/s : Kalau ada yang condemn tu confirm bukan blogger ekekeke
Subscribe to:
Posts (Atom)