Tuesday, April 28, 2020

Daftar Sekarang Sebagai Penjual di PGmall.my dan nikmati pelbagai kemudahan percuma!




Semenjak kita duduk rumah ni, makin menjadi jadi pulak shopping online haha. Mana taknya, dah tak boleh keluar, masa pulak banyak. So habiskan dekat scroll semua online store jela kerjanya. Bila dalam keadaan macam ni, makin ramai dah orang yang pandai buat pembelian online. Kalau sebelum ni, makcik pakcik dekat kampung mana reti kan. Ha sekarang masing masing dah advanced ye! So secara tak langsung, purchasing power dalam kalangan pengguna internet dah makin tinggi. So ini la berita baik untuk para peniaga untuk ambil peluang komersialkan barangan jualan korang secara online.




Aku sendiri pun ada online store. Bagi aku memang senang bila ada online store sebab kita tak susah susah nak mulut manis promote barang pada customer. Tak susah susah cari customer, sebab customer yang cari kita. Lagi lagi bila kita menggunakan platform yang betul dan berkualiti.




Daftar sebagai seller di PGMall sekarang!

Untuk korang yang berniaga dan tak ada online store lagi, mula lah mendaftar dengan PG Mall di www.pgmall.my . Kalau korang nak tahu, PG Mall dah mula beroperasi semenjak 2017 lagi dan merupakan e-commerce no. 1 di Malaysia. Ianya juga merupakan platform e-commerce lokal di Malaysia. PG Mall mempunyai seramai lebih daripada 1,000,000 pelanggan dan makin bertambah merangkumi seluruh South East Asia (SEA).

Selain daripada menawarkan macam macam jenis barangan, PG Mall menjadi pilihan ramai pelanggan disebabkan ianya tersedia dengan macam macam jenis method pembayaran. Ha biasanya kalau kita nak beli online, tapi bank kita tak tersenarai, jadi takde mood nak beli kan? Lagipun semenjak ada e-wallet sekarang ni, orang ramai lagi prefer nak guna e-wallet sebab boleh kumpul cashback dan rebate. Jadi, di PG Mall, semua major e-wallet boleh digunakan termasuk Maybank QRPay, Touch n Go e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan banyak lagi. 

Dengan cara ni, korang dapatla memudahkan proses check-out untuk customer. Bila proses pembayaran mudah, lagi laju transaksi berjalan. 

Untuk tahun ni, PG Mall mensasarkan untuk dapatkan sekurangnya 10,000 peniaga/ seller yang baru. So apa tunggu lagi, sementara ada peluang ni.. baik register cepat! Lagipun, tak ada kos pendaftaran kalau nak jadi seller.

Pelbagai kemudahan dan 'support' tersedia

Di PG Mall juga, diorang ada support group yang terdiri daripada para pelanggan yang akan promosikan seller ke sosial media diorang. Bagus kan? Kira ni part of free marketing juga yang PG Mall dah sediakan. Ada juga promosi bulanan yang selalunya berlangsung dimana PG Mall berkolaborasi dengan e-wallet dan bank. So bila mana e-wallet dan bank ada buat promosi, automatik dapat promosikan online store korang juga.


Kalau korang tak reti nak set up kan store, tak reti nak buat creative campaign, jangan risau sebab semuanya akan di bereskan oleh PG Mall punya MIS team. Haa so jangan pening pening dulu. Daftar je dulu dan slowly korang akan faham cara cara nak navigate. Lagipun, interface dalam PG Mall ni semua nya straight forward dan senang nak faham. 

Selain itu, PG Mall bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada. Jadi ini akan memudahkan proses dilevery untuk seller di PG Mall.





Store korang di PG Mall juga boleh di integrate dengan SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway, Red Dino. So in case la korang dah sedia ada online store, nak merge kan inventori tu senang je. Takpayah pening pening.

Berminat untuk mendaftar? Terus ke seller.pgmall.my . Cepat rebut peluang ni dan gandakan jualan korang. Lagi lagikan time PKP ni kan ramai yang shopping online. Sikit sebanyak dapat la bantu dapatkan income untuk raya nanti kan? hehee .





About PGMall:
Website: www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my


#PGMall #PGMallSeller #PGMallMerchant #onlinebusiness #Selluseller #easystore #istoreisend #urstore #tresgo #etailergateway #RedDino




On My Instagram