Tuesday, December 19, 2017
Kepentingan Sun Block dan Cara Kiraan SPF
Dekat Malaysia ni orang kata ada dua musim .
1. Musim Panas
2. Musim Hujan
hahaha . walaupun orang dekat negara lain dah bertukar musim ke musim sejuk, siap ber'winter jacket' , and kesejukan. Kita dekat Malaysia ni berbecak becak lagi tahan panas. Alhamdulillah kadang tu lepas seharian panas, petangnya hujan pulak . Sejuk sikit kan?
Disebabkan dekat Malaysia ni panas 'lit lit' orang Kedah kata, jadi protection nak menghadap sinaran matahari terik ni kena lah lagi advanced. Salah satu benda yang ramai antara kita buat tak peduli ialah pentingnya penggunaan sunblock dan sunscreen. Bahasa melayu nya , tabir suria . Gituu
Antara sebab kenapa ramai antara kita tak menggunakan sunblock ni ialah disebabkan kurangnya kefahaman tentang betapa bahaya dan bagaimana sinaran matahari ni boleh memberi kesan buruk pada kulit kita. Ada juga yang dah faham dan tahu tapi degil taknak dengar cakap (piat telinga dia) , jadi entry ni untuk bagi remind semula dekat semua supaya fahamkan lagi kepentingan sunblock untuk kulit kita .
So, tak semestinya bila nak pergi latihan rumah sukan, bercuti cuti main banana boat dekat Pulau Tioman ataupun pergi join larian marathon bersempena hari wanita sedunia je baru kelam kabut nak lumur sebotol sunblock dekat badan dan muka .
Subscribe to:
Posts (Atom)