Saturday, July 21, 2018

Gerai Keropok Lekor Sedap di Beserah, Kuantan

Bila rasa rasa pergi Kuantan tu & nak beli keropok lekor, aku recommend korang beli dekat gerak acik ni



Kitorang memang suka beli dekat sini, and kalau aku balik Kuantan tu kategori wajib la singgah and beli. Untuk makan and untuk bungkus sekali.


Korang dari Kuantan tu jalan je straight ke Beserah, agak agak dah nampak Shell belah kiri korang, slow sikit dalam 30m je dari Shell tu. Boleh nampak bersusun kedai orang jual Keropok Lekor

nanti jumpa Shell ni, belah kiri korang if dari bandar kuantan


Nama kedai acik ni WANNA KEROPOK LEKOR bukan wannabe wannababe ke apa ye.




keropok lekor kuantan

tempat membuat keropok lekor


Biasanya dia goreng panas panas. Nak, baru dia goreng. So kalau nak order untuk makan, tunggu kejap la dia goreng.

keropok lekor goreng panas
Keropok lekor dah digoreng, sedappp


Sebelah kedai ni ada jual Sata. Siapa tak pernah cuba makan sata tu, cuba la. Bukan satay tau, sata. Sejenis macam isi ikan yang dibakar. Sedap gak tapi aku takde la suka sangat. Takat makan sikit sikit tu best la.

Ada jual produk hasil perikanan yang lain gak, keropok ikan parang pun ada, belacan also got. So haa ni la pusat beli belah cenderahati bila korang berjalan ke Kuantan yee. Bawak la balik sekali keropok lekor belum goreng tu. boleh goreng untuk minum petang ke apa dekat rumah nanti .


Related search : keropok lekor sedap, keropok lekor kuantan, keropok lekor panas, tempat jual keropok lekor kuantan, keropok lekor beserah, mesti beli di kuantan, cenderahati kuantan, tempat jual souvenir kuantan

2 comments:

  1. sata tu makanan fav, susah juga nak jumpa area subang bestari ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya kepok lekor and yang seangkatan =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...