Saturday, June 24, 2017

Rancang Perjalanan , Elak Kesesakan : Rujuk Rakaman Live Update CCTV disekitar Lebuhraya


Aku, Hilmi & satu family aku dah selamat sampai kampung daripada semalam lagi . Kitorang mula gerak ke Kuantan hari rabu haritu . Tapi Jumaat baru kitorang ke Jengka . So far, Alhamdulillah . Jalan lengang je sebab biasanya tempat tempat yang teruk jammed kalau nak ke Pahang, memang confirm confirm lah dekat kawasan Gombak sampai lah ke Karak .

Mak Su aku , bertolak dari Damansara malam tadi pukul 11 malam . Subuh tadi baru sampai kampung . As expected lah, tak ada apa benda nak pelik sangat kalau tol gombak ke Genting Sempah apa semua tu jammed . Yang pelik tu, ramai yang tak reti reti lagi nak rancang perjalan haha . Tapi takleh nak cakap juga lah kan, sebab mostly bekerja . Dah waktu tu je yang available untuk mulakan perjalan balik kampung , nak buat camner kan?

Kalau nak dapatkan update traffic terkini sekarang ni mudah je . Dekat facebook boleh, dekat twitter pun boleh . Dan yang latest ni, siap boleh pantau lagi rakaman CCTV dekat highway . Bila ada rakaman CCTV tu, senang lah nak estimate perjalanan trafik tu macam mana kan? Sesak ke, lengang ke ...




Nah, buka link ni untuk tengok senarai rakaman CCTV . Ada banyak rakaman CCTV termasuklah CCTV sekitar jalan jalan utama dekat KL dan Putrajaya. Rakaman CCTV dekat laluan masuk dari JB ke Singapore pun ada weh !

Jalan Now : Rakaman CCTV perjalan trafik seluruh Malaysia



Turut terdapat rakaman CCTV untuk highway berikut;


  • SILK
  • SMART Tunnel
  • LATAR
  • LKSA
  • SKVE
  • NKVE
  • PLUS-South
  • PLUS - North
  • ELITE
  • LDP
  • SPRINT
  • NPE


dan banyak lagi!

Rancang perjalanan korang dengan baik, hati hati memandu dan selamat sampai ke destinasi ye

Selamat Hari Raya!

Mudahnya Shopping Barangan Dapur dengan 'honestbeemy'




Dulu dulu kalau mak mak kita tak cukup barang dapur je mesti jerit suruh kita pergi kedai kan?

“Along! Gi kedai jap beli santan!”
“Along! Belikan mama tauge 50 sen!”

Dalam paksa rela, aku pun malas malas .. ambil basikal dan kayuh lah pergi kedai dekat atas bukit dengan rumah .

Tapi dulu lah, sekarang dah canggih dah . Setakat nak beli barang runcit tu, tak kisah lah barang basah ke barang kering .. semua dah boleh beli dekat honestbeemy .

On My Instagram