Monday, May 27, 2019

Althea A'Bloom Series : Makeup Tools & Skincare


I've been a fan of Althea for years. Kalau sebelum ni banyak shopping dekat Althea untuk brand brand famous from Korea je, tapi sekarang I dah jadi peminat untuk diorang punya own product. And to add another addition to my addiction, Althea ada new product line pulak named A'BLOOM! Weehoo!

Ada few product under this A'Bloom line, termasuk makeup tools and skincare.

➡ 1. Fruit Face Masks (4 Variants)
➡ 2. BHA Blackhead Buster
➡ 3. Meringue Puffs



Bonus point sudah semestinya kita bagi sebab packaging semua super comel! Tak faham kenapa bila packaging cantik or comel, buatkan purchasing power tu lagi membuak buak haha. Lagi lagi untuk Fruit Face masks series tu. Semua cute cute. Susun dekat vanity table pun seronok mata nak pandang haha.

Okay kita go through satu satu produk, okay?


Fruit Face Masks

➡ What is this?

Ianya sejenis face mask. Sheet mask to be exact. One of routine yang tak ramai faham ianya sangat berbaloi kalau rajin buat. 2 kali seminggu pun dah cukup. Ada 4 variants, yang each targets different skin concern.



💕 Water-me-long : Moisturizing Watermelon Mask 

➡ Key ingredients :
Citrullus Vulgaris (Watermelon) Fruit Extract, 
Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract

➡ Functions :
Provide deep hydration
Buat skin bouncy (improve skin elasticity)
Balanced out pH
*Great for combination skin



💕 Avo-cuddle me : Nourishing Avocado Mask

➡ Key ingredients :
Adenosine, Persea Gratissima (Avocado) Fruit Extract, 
Hibiscus Sabdariffa Flower Extract.

➡ Functions :
Rich in antioxidants to nourish and protect skin from harmful 
environmental factors and prevent wrinkles
Infused with avocado extracts and hibiscus for soft supple skin that glows
To give extra protection to skin barrier
Balanced out pH



💕 Sparkle-me-bright : Brightening Lemon Lime Mask

➡ Key ingredients :
Niacinamide, Citrus Limon (Lemon) Fruit Extract, 
Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract



➡ Functions :
clarifies and brighten dull skin to unveil the natural glow from within.
extracts banishes dark spots and green tea boosts brightening while calming skin.
(great for Combination Skin)




💕 Ac-me-peach : Anti Blemish Peach Mask

➡ Key ingredients :
Prunus Persica (Peach) Fruit Extract, 
Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract



➡ Functions :
Purifies and soothes irritated and sensitive skin.
Regulate oil, balance moisture and purify for soft smooth skin.
(great for Oily Skin)





My thoughts :
Suka the size. ngam ngam dekat muka. Hole untuk mata, hidung, mulut semua ngam. Tak susah susah nak potong. Dan dekat hujung hujung mask designed to perfectly fit any face shape. Sheet punya absorption bagus. All the essence soaked into the mask. Tak ada meleleh leleh masa pakai. And tak banyak yang tertinggal dekat dalam packaging. So all the essence memang melekat dekat muka je. Lepas remove mask, boleh rasa kulit instantly feel plumper and softer.

I've tried every masks and these are my verdict

Water-me- long : Memang instantly gives hydration dekat skin. I pakai ni before nak makeup. Memang skin dapat enough hydration they need to prep skin before makeup. Love love!

Avo-cuddle- me : Works somewhat like the water-me-long ,  don't see much different except for skin feel well hydrated

Sparkle-me-bright : excited cuba yang ni sebab ada niacinamide. bagus untuk lighten up pigmentation or dark spot. Guna ni baru sekali. Skin does appears brighter tapi pigmentation not much different. Kena pakai banyak kali kot

Ac-me-peach : great for the time of the month! Kalau ada zits, pakai ni insyaallah redness akan kurang. infused with tea tree oil, it helps to calm skin and reduce inflammation. My saviour bila ada jerawat besar besar!


Conclusion : I'm loving em all! and i dah borong lagi 50 pcs masa Althea buat sale buy 1 free 1 hari tu hekhekhekkkk


===================================

BHA Blackhead Blaster



➡ What is this?
Blackhead and whitehead remover. Comes in a stick type, easy to apply without mess.
Gentle and non-irritating formula treats and prevents new ones from forming

➡ Key ingredients :
Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm), Charcoal, Apricot seed, Tea Tree leaf oil

➡ Functions :
Remove blackhead, whitehead painlessly
Remove excess sebum

My thoughts :

BHA memang known for it's exfoliating power. So kalau nak remove dead skin cell atau blackhead, whitehead, memang kena cari produk yang ada BHA. Guna ni senang sebab takpayah nak sental kuat kuat muka (which may lead to microtearing). Cara guna cuma cuci muka, lepastu apply dan bilas. Nak lagi bagus, stim dulu muka atau tekap dengan tuala suam before guna. 

Upon first application, tak banyak beza boleh nampak. Cuma boleh rasa hidung tu lembut sikit sebab dah exfoliate. Tapi blackhead and whitehead are still there. Probably lesser. Good thing is, since it comes in a stick and compact size, so senang nak bawa kemana mana kalau travel. Kena rajin guna baru akan nampak kesan ketara. Will use this often :D





===================================

Meringue Puffs 
(Giant and Baby size)


➡ What is this?
Makeup sponge. Used to blend liquid products eg: foundation, cream blusher, concealer etc. Multi-angle puffs that blend easily for perfect detailed application

➡ Key ingredients :
High density latex free foam



My thoughts :

I'm not a fan of sponge sebenarnya. I lagi suka blend foundation or any cream product guna brushes. Sebab kadang tu malas nak basahkan sponge. Tapi this sponge works great both dry and wet! So kalau macam tak nak basahkan pun takpe. If basahkan, akan boleh kembang 1.5 x larger so lagi senang nak cover all area. Yang giant size I jarang guna. Tapi baby size ni selalu juga pakai bila nak blend concealer dekat hard to reach area macam bawah mata and area hidung. And the good thing is, it's latex free , toxic free. Tapi sebabkan warna dia cerah, dah comot dah sponge i kesan foundation haha. but that's actually good sebab kalau hitam, kita taktahu sponge tu bersih ke tak kan?

===================================

Okay that's all (for now) short review untuk semua A'Blook line products. Korang kalau nak cuba, beli la cepat sebab mask baru restock taw. haritu dah sold out dah sebab ramai borong. Harga cuma RM15 for 10 packs! Murah sangat tu! 










GMBB Faces of Life Good Market : Ada banyak workshop kraftangan menarik yang korang boleh cuba!

Note : Ini entry lama yang aku lupa publish T_T

=======================================


Dah lama tak update cerita "My Weekend Story" kan? sebab dari awal February haritu sampai lah early April, tersangat lah hectic. Dengan nak setelkan pindah rumahnya, dengan kes PayPal Malaysia tutupnya - eh? taktahu cerita eh? haha takpe itu cerita kemudian. Sekarang nak cerita dulu pasal GMBB Mall dan apa yang ada dekat sana?

GMBB Mall ni mall baru. Memang baru yang tahap kau masuk dalam kedai, boleh bau lagi simen dan cat haha. Kedai pun banyak belum bukak. Rasanya ada 9 tingkat semuanya. Tahu pun sebab nak pergi surau dekat tingkat 9 and tingkat paling atas. Mall ni special dan tak sama macam mall lain tau. So, apa yang specialnya?

Dekat GMBB Mall ni, ianya berkonsepkan artisanal/artistik. Banyak bahagian bahagian dalam mall ni mempamerkan hasil hasil karya artis (ni artis seni tau bukan artis pelakon tu) dari dalam dan luar negara. Aku suka GMBB mall ni. Banyak sudut sudut yang instagrammable haha. Selain daripada hasil seni tu di 'showcase' kan, ianya juga dibuka untuk jualan. 





Pada hari minggu pula, kebiasaannya akan ada bazaar atau pasar seni. Untuk bulan April, event market yang ada ialah "Faces of Life Good Market" pada hari Sabtu dan Ahad, 6-7 April dan 27-28 April.  Biasanya bila ada market macam ni la, akan ada banyak aktiviti dan workshop diadakan.


Time ni lah untuk korang cuba belajar explore skill baru. Contohnya boleh belajar cara buat lilin yang fancy fancy tu (candle making workshop), canvas drawing and painting, pottery , belajar main ukulele dan buat barangan kraf daripada kulit. 



Haritu aku dengan Hilmi join kelas "Doodle and Carving For Rubberstamp Character" . Rubberstamp yang cop cop tu, haa aku dengan Hilmi belajar cara nak create character, lepastu transfer kan character tu jadi seketul rubberstamp. 



Kekok tu memang normal la sebab tak pernah pernah buat kan. Cikgu yang mengajar tu muka sabor je melayan aku yang tak paham paham bahasa. Pegang pisau asyik senget senget je haha tapi Alhamdulillah sisturr menjadi juga la rubberstamp aku ni. Nampak la rupa seorang gadis comel yang menggambarkan aku ahgitteww kahkah.



Kelas carving ni RM60 tapi kalau datang as couple cuma RM100 je. Pergi la ajak partner korang dating and join workshop macam ni. Seronok tau sesambil ada benda kenangan untuk disimpan jadikan cenderahati. Boring la asyik asyik dating pergi window shopping takpun buat aneh aneh dekat Beaniplex TGV tu haha ada faedahnya korang pergi dating buat aktiviti macam ni. At least, dapat explore new skills. kan?

Dekat bawah ni ada senarai workshop dan kelas kelas yang ada untuk Faces of Life Good Market 27-28 April 2019 ni nanti. Aku rasa macam nak join belajar ukulele la pulak. Boleh eksyen dekat member member kahkah niat yang salahhh!



Oh lupa nak cakap. GMBB Mall ni terletak dekat dengan kawasan pudu. Daripada Hotel Swiss Garden, depan sikit dan slow down je untuk masuk kiri. Bertentangan dengan Hospital Tung Shin. Parking dekat bahagian basement. If nak parking luar luar boleh je tapi kalau abang DBKL saman aku tak de kaitan tau hehe. oh by the way, toilet dia lawa. Warna pink muehehe k nak cakap tu je. Bye bye dan selamat bersuka ria.



On My Instagram