Thursday, October 1, 2020

Summerie Lancarkan Rangkaian Produk Mandian & Penjagaan Rambut Semulajadi Yang Mampu Milik

Kalau bercakap pasal musim 'summer', apa yang korang boleh bayangkan? For sure automatik terbayangkan sinaran matahari dengan deruan angin halus di tepi pantai bertemankan air kelapa untuk menghilangkan dahaga kan? hehe.



Macam itula konsepnya untuk jenama baru Summerie yang namanya digabungankan oleh perkataan 'summer' dan 'reverie'. Summerie adalah jenama rangkaian pencuci badan dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan. 


“Summerie adalah jenama yang mementingkan kesederhanaan dan keaslian alam semulajadi. Inilah keistimewaan mengapa produk kami hanya diperbuat dari bahan asli semulajadi yang penting untuk kulit dan rambut. Dengan menggunakan wangian premium yang diilhamkan oleh aroma asli, setiap produk Summerie adalah bebas-silikon agar kulit dan rambut anda mendapat segalanya yang diperlukan dalam setiap botol. Dengan manfaat minyak biji bunga matahari, semua rakyat Malaysia kini dapat menikmati kesegaran musim panas setiap hari – yang juga mampu milik,” - Wahidah Rafi, Penolong Pengurus Summerie.  



Apa yang menariknya tentang Summerie ni, ianya dengan bangganya dicipta di Malaysia dan direka khas untuk pengguna tempatan. Antara kandungan bahan penting utama dalam setiap produk ialah minyak biji bunga matahari organik yang mana ia menawarkan pelbagai manfaat yang mesra kulit dan rambut; ianya juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium; serta Omega-6. 

 

Setiap formulasi mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperolehi dari alam semulajadi, dan semuanya bebas dari bahan seperti SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan. Jadi boleh la gunakan tanpa sebarang keraguan.









Terdapat beberapa rangakaian Summerie antaranya; 

  • Grapefruit Purifying Body Wash
  • Chamomile Purifying Body Wash
  • Passionfruit Refreshing Body Wash
  • Ginger Refreshing Body Wash
  • Shampoo for Normal Hair
  • Shampoo for Oily Hair
  • Shampoo for Dry Hair
  • Shampoo for Dandruff Care
  • Conditioner for All Hair Types
  • Instant Moisturising Hand Sanitiser
  • Power Action Spray Sanitiser



“Kami sangat teruja dengan pengetahuan yang Summerie telah melabur dari segi menyelidikan bahan-bahan organik dan asli semulajadi untuk memastikan produk yang dilancarkan ini sememangnya yang dikehendaki orang ramai. Sebagai gedung jualan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia, kami sangat menghargai usaha mereka untuk menghasilkan rangkaian produk yang berkualiti ini. Ini kerana Guardian Malaysia juga mempunyai falsafah yang sama. Reputasi kami sebagai gedung jualan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka dibina sejak 53 tahun dahulu, adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami  dengan produk yang berkualiti, kepelbagaian rangkaian produk yang kami tawarkan serta harga yang berpatutan" - Soren Lauridsen, CEO Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty.


Sebenarnya, sebelum aku dapat jemputan ke majlis pelancaran ni lagi, aku dah lama jadi pengguna setia produk jenama Summerie dari awalnya. Produk pertama yang aku cuba ialah Grapefruit Purifying Body Wash yang mana sampai sekarang pun memang aku guna untuk mandi. Bila habis je, terus restock baru.



Apa yang best sangat body wash dia ni sampai gigih sangat nak restock selalu? Haa antara tarikan utama yang buatkan aku suka body wash Summerie mesti lah yang first nya, bau dia sangat wangi! Pulak tu bila tengok dekat bahagian kandungan bahan, ianya diperbuat daripada minyak biji bunga matahari organik yang mana bagus sangat untuk mengekalkan kelembapan kulit. 



Dan extra bonus, setiap daripada produk rangkaian Summerie, semuanya bebas dari bahan seperti SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan. Jadi tak perlu risau kesan jangka masa panjang ataupun iritasi pada kulit.


Sekarang ni aku baru 'move-on' daripada wangian Grapefruit dan beralih ke varian Chamomile pulak. Yang ni pun fuh baunya wangi betul! Semerbak wangi bila lepas mandi. Dah macam pakai losyen pulak. Perasaan berwangi wangian lepas mandi ni buatkan kita rasa puas hati dan bersih. Memang betul la produk Summerie ni mampu "membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan."


Rangkaian penuh produk Summerie boleh didapati di kedai-kedai Guardian di seluruh Malaysia. Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan serendah RM4.90 hingga RM17.90. Boleh la pergi ke outlet Guardian berhampiran dan dapatkan hari ini!


Untuk maklumat lanjut, boleh ke http://summerie.my/ 

On My Instagram