Thursday, August 29, 2019
Sempena Sambutan Merdeka, 'McD' Bukit Bintang Sekarang Di Kenali Sebagai 'Mekdi'
"Hello, ye? Nak jumpa dekat mana? 'Mekdi? Ha okay okay".
Conversation yang biasa antara kita dengan kawan-kawan. Kalau time aku study dulu, ni conversation dengan pakwe hahaha. Kemain ye dating dekat McDonald's. Konon-konon buat study group or assignment. Yela, McDonald's Malaysia kan ada ruang tempat duduk banyak, selesa nak berkumpul dan siap ada FREE WIFI yang laju giloss. Memang jadi tempat tumpuan la bagi student - student nak berkampung time nak siapkan assignment atau thesis.
Makin membesar, aku rasa menu kegemaran aku dekat McDonald's Malaysia ni pun bertukar-tukar. Kalau masa kecik dulu suka sangat Double Cheeseburger. Kenapa? Sebab tak ada lettuce haha. Sejenis tak makan sayur ye dulu! So kalau order Double Cheeseburger, cuma kena keluarkan timun tu je. Tak banyak yang nak kena di 'bedah'. Bila dah masuk zaman study, aku suka GCB. Sedap! Masa dapat tahu GCB dah dijadikan menu permanent, aku lah antara rakyat Malaysia yang happy tu haha.
Kalau nak cerita pasal makan apa best dekat McDonald's, eh rasanya banyak nak kena cerita. Tu tak masuk lagi part ice cream favourite lagi tu hehe. Pendek kata, McDonald's ni dah sinonim dengan kita rakyat Malaysia.
'Mekdi' di McDonald's Bukit Bintang
Tahu tak restoran McDonald's pertama di Malaysia, terletak di Bukit Bintang tu dah pun berusia 37 tahun? Yasss! Restoran pertama McDonald's di Malaysia dibuka pada tahun 1982. Fuhh! Aku pun tak lahir lagi ye masa tu.
Baru baru ni signage 'Mekdi' dah diletakkan besar besar terpampang dihadapan McDonald's Bukit Bintang. Kalau kebetulan jalan jalan dekat kawasan Bukit Bintang tu, singgah lah bergambar depan signage 'Mekdi' ni kejap. 'Mekdi' ialah singkatan kepada 'McD' yang selalu kita guna bila borak dengan kawan-kawan kan? Panggilan 'Mekdi' ni terasa lebih mesra dan lebih 'lokal' je kan? Feeling Malaysian sangat hehe.
Seiring dengan nak jadikan McDonald's lebih berjiwa Malaysia, memang diorang cuba memastikan semua berkaitan dengan McDonald's semuanya tempatan. Macam mana tu?
REVIEW : Obsess Cosmetics Cushion Foundation + Lagi 3 Produk Obsess Cosmetics Yang Korang Patut Cuba
So, ceritanya haritu aku dapat jemputan ke Obsess Cosmetics Makeup Party. Majlis ni sebenarnya diadakan untuk raikan semua stokis dan agen Obsess Cosmetics yang dah sama sama jadi tulang belakang selama ni. Dengar dengar jumlah agen Obsess Cosmetics ni dah mencecah 2000 orang. Ramai! Dan masa majlis haritu pun memang 80% jemputan ialah agen Obsess Cosmetics. Selebihnya ialah blogger, MUA dan influencers.
Tema event kali ni memang cantik betul. Lovin all the setup! Nak ambil gambar pun cantik je. Cuma sebabkan ramai masa tu, aku pulak sejenis malas serabut nak bergambar time orang ramai ramai. Makanya aku bergambar dekat tempat duduk sendiri jela haha .
Subscribe to:
Posts (Atom)