Thursday, September 28, 2017
Susu Miruku : Dah la sedap rasa strawberry, elok untuk kulit pulak tu!
Lately macam banyak gila kot produk yang berasaskan susu susu ni . Aku perasan dekat instagram lah ramai promosikan susu yang specifically guna untuk tujuan kesihatan dan kecantikan . Kalau sebelum ni susu cuma untuk bekalkan kalsium untuk tulang , sekarang dah boleh untuk cerahkan kulit jugak .
Aku kalau benda susu susu ni tak berapa nak suka . Sebab tekak ni memang tak boleh nak telan susu yang original tu . Kalau susu berperisa macam coklat ke, strawberry ke, ha yang tu takpe. Tapi kalau susu plain putih tu memang bau je pun aku dah nak muntah .
So baru baru ni aku saje lah go through instagram online shop , nak survey survey produk suplemen apa yang tengah hot sekarang ni , yang berkesan dan bagus untuk kulit . Dan sebabkan sekarang ni dah masuk trend susu , maka banyak lah brand macam macam jenis susu kecantikan yang ada .
Tapi ada satu jenama ni je yang aku tertarik nak cuba , iaitu susu Miruku .
First, sebab bunyi dia macam bahasa jepun . Aku sendiri tak sure apa maksud Miruku tu so aku pun google lah . Rupanya Miruku ni bermaksud 'susu' . Hahaha as simple as that .
Aku ingatkan macam maksud 'beautiful skin' ke, 'glowing' ke apa. Sebab well, typical lah kan produk kecantikan sekarang semua nak guna perkataan perkataan yang kebaboom symbolises good skin features macam 'flawless' , 'glowing' , 'fair' , 'white', blablabla . Tapi yang ni macam 'MIRUKU' = SUSU . good point!
Apa yang buatkan aku rasa macam nak cuba Miruku ni ofc lah sebab terpengaruh dengan testimoni testimoni dia hahaha , plus aku suka bila dia highlight kan yang susu ni tanpa tambahan collagen . Sebab for some people, tak sesuai untuk badan terima collagen dari sumber luar , dan ada juga aku terbaca yang collagen collagen ni sebenarnya tak elok .
Kandungan collagen yang melampau tinggi dalam produk kecantikan sebenarnya boleh membunuh dalam diam hokeh . Why baby why?
Sebab pengambilan collagen berlebihan boleh bagi kesan pada fungsi hati dan juga buah pinggang. Kalau rosak salah satu ni, seksa hidup wey. Makanya , bila nak ambik apa apa supplement tu, tolong la rerajin google sikit, baca review, baca blog farah dafri (eh! haha) .. study sikit either product tu berkelulusan ke tak. Kalau produk yang banyak campur benda benda tak elok, ataupun kandungan sesuatu bahan tu terlalu tinggi dan tak sesuai dengan badan kita, confirm KKM takkan luluskan. That's why lahh penting diknon semua ye untuk pastikan suplemen ke, skincare ke apa benda korang guna untuk tujuan kecantikan tu diiktiraf KKM. Muka & badan nak pakai lama tau!
Aku takdelah mendambakan kulit putih melepak sampai gila babas macam vampire tu . Tapi lebih kepada nak brighter complexion . Nak kulit cerah yang kalau tak pakai makeup , nampak kemerahan semula jadi macam ikut aliran darah gittew . Baru lah kulit nampak sihat .
Makanya aku cubalah susu Miruku white ni , sebagai percubaan lah kan . Lagipun orang kata kadar penyerapan suplemen yang jenis bancuh atau minum ni lagi cepat daripada jenis dalam bentuk pil atau kapsul . Cumanya nak membancuh nya lah yang leceh sikit . Kena pastikan hari hari rajinnn . Nasib lah rasa dia sedap, so tiap tiap hari pun eksaited nak bancuh dan minum .
Sedap! Perisa strawberry
Susu ni rasa strawberry! Mula mula aku expect macam rasa dia manis gila macam susu strawberry dutch lady tu, tapi turn out rasa dia dap dap elok jee . Very mild milk taste . Tak manis sangat, tak tawar . Rasa dia macam kau makan gula gula susu yang selalu dekat packaging ada gambar lembu tuuu . Aku selalu beli gula gula tu dekat van orang meniaga depan sekolah masa kecik kecik dulu hahah .
Okay back to Miruku .
Antara kelebihan susu Miruku ni yang aku baca dekat website/instagram page dia ialah :
Sebenarnya , salah satu benda aku suka kesan lepas amalkan Miruku ni ialah ; LAWAS!
Hahaha best okay! Sebabkan pemakanan aku ni merapu rapu, jadi kurang lawas. Angin dalam badan pun banyak. Lepastu mula lah cepat pedih perut, rasa nak muntah lah pening lah apa . Tak memasal bagi harapan palsu tau haha .
Kesan/Feedback amalkan sebotol Miruku
Aku bancuh Miruku ni waktu malam je, sebab pagi pagi tak sempat . Sebabkan susu Miruku ni pun memang sedap, so aku jadi seronok nak bancuh tiap tiap malam .
Dari segi kulit aku tak dapat nak bagi feedback keseluruhan lagi . Sebab aku tengok dok guna Bougas Beauty Serum untuk kulit . Tapi overall yang aku perasan kulit tangan / kaki dah makin lembap. Tak kering macam biasa . And macam perasan jugak kulit macam dah cerah sikit . Tapi takboleh nak conclude cepat sangat sebab aku minum pun tak habis sebotol lagi . Kang korang kecam pulak cakap aku sembang lebat . Bagi menghalang sebarang spekulasi, feedback aku macam yang aku mention tadi tu jela. Tak sampai level putih melepak bak instafemes 120k followers lagi . eheheek
Tapi aku dok perhati testimoni Miruku ni boleh tahan banyak jugak . Lagi lagi untuk rawat masalah jerawat dengan jeragat. Dan ramai yang cakap dapat nampak kesan ketara lepas 1 botol habis . Ni mesti diorang spesis minum 3 Liter air hari hari . Biasanya yang jenis rajin minum air ni memang express gilo nampak result weh . Serious tak tipu .
Aku tak reti lah minum air banyak banyak sangat ni . Paling paling pun mampu 2 liter lebih je . 3 liter tu sekali sekala je time time aku batuk ke apa ha banyak lah air aku minum . Kalau tak, memang sikit gila aku minum air kosong . Sebab tu la kadar serapan suplemen dekat badan aku ni slow . Korang kalau nak salahkan kata produk tak berkesan, cuba check balik ; korang minum air banyak ke tak? Kalau asyik minum air coke je, dalam berkerak memang kirim salam je la togok 15 tong Miruku ni pun belum tentu nampak result haha .
Susu Miruku dengan ekstrak tomato , madu dan kurma
Lagi yang aku suka pasal Miruku ni ialah bahan bahan dalam susu ni . Ada ekstrak tomato , kurma , madu , delima dan banyak lagi . Nampak kan bahan bahan ni semua nya sah sah lah benda yang kita sedia maklum memang ada khasiat tersendiri . So nak amalkan pun rasa konfiden je . Kalau tak nak baca ingredients pun berbelit lidah hatta diri sendiri student chemical engineering tapi bila baca senarai preservatives and ingredients, aku sendiri pun tetiba jadi noob haha .
Testimoni Pengguna Miruku
Cara Pengambilan Susu Miruku
Sebotol ni boleh tahan untuk penggunaan sebulan. Tapi tengok jugakla berapa banyak korang bancuh. Kalau rasa macam 'apeni sedap sangat ni, nak bancuh 3 skoop lah' , tu ko punya pasal lah . Tapi kalau habis cepat jangan bising pulak haha .
Cara pengambilan Miruku ni simple je ;
2 kali sehari - 1kali sebelum sarapan , 1 kali lagi malam sebelum tidur
Sekali bancuh tu , 2 skoop . Kadang aku bancuh 1 skoop haha kedekut :p
Sebenarnya ada berlambak testimoni Miruku ni, saje je aku taknak letak kat sini , nak bagi korang gi jalan jalan sikit dekat instagram & website diorang ekekeke . Dekat sana banyak testimoni bergambar yang power power. Melepak putih sampai pinkish masing masing tau . Jeles sisturr
Soalan sekarang, dekat mana nak beli Miruku ni?
Aku tak sure diorang punya dealer sah dekat mana, so untuk kepastian better dapatkan senarai pengedar daripada HQ Miruku ni . Jangan nak beli sembarangan ye, sebab takut takut fake pulak .
Website: www.putihsampaipinkish.com
Instagram: @mirukuwhite_hq
Thanks for reading gais!
Related Search : Miruku White, Putih Sampai Pinkish, Pinkish, Susu, Jerawat, Jeragat, Vitamin C, Alif Aziz, Susu Miruku Testimoni, Testimoni susu miruku, miruku tanpa kolagen, bahaya kolagen, bahaya produk ada kolagen, kesan buruk kolagen, kolagen dalam suplemen membunuh, miruku kkm, susu putihkan kulit, tips putihkan kulit, tips cerah kulit, tips cantikkan kulit, kulit putih pinkish, miruku susu strawberry, sedap ke susu miruku
Subscribe to:
Posts (Atom)