Thursday, March 31, 2016

Akhirnya .. sesuatu yang kelihatan seperti sejenis makanan


Alkisahnya aku sedang berdiet - kah! nak kurus kan badan - kah! eh statement ni lucu lah . Sebab tak sangka aku boleh gemuk . Padan muka sebab dulu keji sangat membangga banggakan metabolism badan sendiri yang susah gemuk. Siapa tahu, bila bila masa je metabolism tu boleh berpaling tadah. Contohnya, apa yang terjadi pada aku .

Aku dulu cekeding , kalau siapa yang kenal memang akan tahu badan aku sepapan , sekeping , cekeding macam tak cukup sifat - eh tak cukup lemak . Dulu eksyen sebab selalu orang cakap "untunglaa makan banyak pun tak naik naik badan" , lepastu aku akan tepis dengan "eh mana ada, tak best la kurus.. kita nak berisi macam awak... " walhal dalam hati berlonjak gembira rasa happy diriku ramping kurus langsing bergaya memakau wah! (over) sambil flip tudung 

Rekod berat aku yang susah nak cecah 40kg telah zuppp memintas laju sehingga ke angka angka yang aku tak boleh sebutkan secara terbuka disini (haha!) dimana angka itu sangat memeranjatkan , bukan sahaja aku , malah family aku , kawan - kawan aku , jiran yang jarang jumpa , pakwe lama (ops! haha) dan sedara mara. Agak tension jugak bila orang jumpa kita dan cakap "Ehh dah berisi lah sekarang" . Dah faham dah apa korang korang rasa , ehhh? :p


Aku ada lah pergi gym - selalu juga tapi berat tak turun turun . Fedap juga lah ceritanya . Mana lah berat tu nak turun kalau makan tak jaga , betul tak? Hari hari minum air manis, makan goreng pisang cheese,  pavlova order online , air kopi ais cawan besar blablabla - fuh! memang dikelilingi makanan nikmat .  Tak pelik lah kalau lemak makin menepu .

Akhirnya haritu aku ada lah come across cerita pasal sorang lelaki ni yang viral dekat facebook , dia berdiet sebab nak muatkan baju untuk pakai masa kawen . Diet dia tu spesis diet Atkins . Mula mula aku macam tak ambil port sangat, tapi bila fikir balik - hm nak cubalah! Rasa terinspirasi gituu .


Aku sebenarnya tak berapa faham sangat diet Atkins ni. Yang aku tahu, kena hadkan pengambilan gula dan karbohidrat. Sampai harini aku tengah bingung lagi apa patut aku makan. Asyik grill ayam , rebus telur, goreng telur - jiwa kacau juga macam ni hari hari .

Ada lah juga aku ber-eksperimen masak beberapa masakan aneh yang outcome dia - kelihatan hodoh! kahkahkah . dia tak hangit , cuma hodoh . Kau faham tak makanan yang yang presentation dia buatkan kau mengomel  "ni makanan ke apa?" ha , itu lah hasil kerja aku kahkahkah .

Tapi pencapaian harini , aku dapat masak sesuatu yang kelihatan seperti makanan hahahaha.  sebab selama ni dia umpama sesuatu yang tergolek depan kereta - kereta langgar - bersepai - hancur dan hodoh! macam tu perumpamaan aku boleh bagi . Sadis kan?

Ini dia Cheesy Grilled Salmon , main belasah je aku buat . Yang menggembirakan aku ialah , ia masih kelihatan seperti potongan salmon dan bukan nampak seolah seolah sehelai plastik yang sedang mereput . Syabas untuk diri sendiri!


Dah tahu masak satu benda, setahun masak benda sama je la hahaha . Hm esok nak masak apa pula eh?



Diet atkins, menu diet atkins,cara diet atkins,resepi salmon atkins,resepi atkins,menu atkins,tips diet,tips kurus

Dilemma seorang wanita : Beli atau tidak?



Aku ialah seorang wanita yang berspesis "semua nak cuba" dalam bab bab memilih produk kecantikan haha. Tapi! kalau satu satu produk tu aku dapati bagus dan berbaloi untuk dibeli, aku akan terus menerus repurchase despite the price mahal mahupun murah.

Bercakap soal , 'Ai tak kisah mahal ke murah' , aku jadi fikir 2-3 kali semula statement tu bila dah sampai waktu untuk aku top up stok skin care aku yang dah habis. Kenapa? Haa sebabnya ialah aku gatal gatal pakai skincare mahal kahkah. Bila dah serasi, rasa macam taknak lah tukar jenama lain. Tapi nak repurchase balik ni, memang kena berkira kira.

Aku pakai set Clinique, yang basic je la tapi nya. Dulu ada satu entry aku share pasal Clinique ni [KLIK] , aku beli yang trial punya. Dah lama dah habis trial set tu, dan aku dah pun upgrade ke full size punya. Masa first time beli full size punya tu pun dah habis dekat RM400. kuikuikui , nak flawless lah katakan . Sebab terpengaruh dengan Kak Paten Liyana & Cik Epal duk pakai kahkah. Baru Clinique weh, belum SKII lagi. Itu lagi riban punya cerita.

Aku ni Alhamdulillah lah mempunyai spesis kulit yang tak sensitif dan mudah sesuai dengan produk baru. Sebab tu aku selamba je campur krim malam lain, krim siang lain, pencuci muka lain ahaks. Ghasak kau lah farah! Tapi buat masa ni aku cuma gunakan cleanser, toner dan moisturizer je. Serum dah berkurun habis, day cream & night cream pulak lama gila dah tak pakai. Sejak sejak makan vitamin c paweeerr ni dah tak heran dah nak berskin care sangat. Konon konon rasa kulit dah elok dah haha . Cuma cleanser, toner dan moisturizer tu penting lah untuk pastikan kulit bersih je, tak ada kotoran tersumbat - baru lah jerawat tak menyemak . ha 3 bersaudara ni penting ya! kena ingat tu .


Alkisahnya aku punya cleanser dah habis. Aku beli yang size 250ml dulu. Lama juga nak boleh ke benda tu habis, ada lah dalam 5 bulan kot. Tu pun sebab ada beberapa ketikanya aku terlebih gelojoh picit sampai terkeluar banyak. Rugi weh. Kalau boleh kutip aku kutip dah, tapi apakan daya, terpercik sampai tepi lubang jamban . Sobs

Cleanser dia saja dah RM98 . Untuk size 250ml . Tapi yang ni limited edition, jadinya dalam bentuk tube dan isipadu macam ni memang tak ada jual dah. Yang ada size 200mL je , RM89 sebotol. Tapi sebenarnya berbaloi je pakai clinique ni sebab boleh pakai lama. Kalau dibahagi dengan hari, berapa sen je sehari aku spend untuk pakai ni hehe. Tapi apakan daya, kan bagus kalau aku menabung sehari seposen. Cukup bulan dah cukup untuk beli cleanser baru.


Nasib lah moisturizer dan toner ada banyak lagi. Ngam kot untuk lagi 1-2 bulan punya penggunaan. Kalau tak, memang kena spend RM400 lagi lah . Matilanak! Last time masa beli tu sebab tengah masyukk duit kekepok . Sekarang duit kekepek , nak beli cleanser pun kena fikir banyak kali. Rasa nak pakai sabun buku je huhuhu .


Apakah wajar untuk aku laburkan sedikit duit untuk pakai produk yang diyakini elok untuk aku, atau aku perlu bertukar kepada produk yang lebih pocket-friendly? Wah ayat novel sangat . Aku sendiri dalam dilemma. Ni pun aku picit cleanser ni dengan segigih yang mampu, picit kiri picit kanan sampai bekas tu keluakan bunyi aneh seakan akan tercirit (korang boleh agak kan bunyi macam mana) , memang dah kategori nazak dah . Tak ada isi dah dalam cleanser tu . Kejap lah aku nak bermeditasi sebentar ; fikirkan nak beli ke tak cleanser Clinique yang baru (RM89) sambil sync kan dengan baki dalam akaun bank (RM30.79) hewhewhew.

Kalau korang, agak agak macam mana? Apa pendapat korang?







Fresh New Look!


Hi guys! so how do you like my new template? As for me, I'm loving it to bits! Don't you just find that watercolor flowers up there on my header are just soooo adorable? (puji diri sendiri kahkah) . But still, can't help myself from getting caught up with 'everything in pink' theme. All pink! I hope these 'bapak pink blog dia ni' thingy didn't bother you and stop you from visiting my blog again . Ahaks!

Anyways, hey! It's my first post in English. I might write like a kindergarten student with  grammar error here and there but hey, I'm learning. Pardon me :)

Will keep on writing posts in English and thinking about making  YouTube video, in English too! Now, I even start reading some english books and occasionally learning new vocabulary to make my writing skills even better. This might takes time - let's take a step at a time , yer dak?

New header

VS.

Old header


So, old header and the new one. Which one did you guys preferred most? Let me know and comment down below, okay? Thanks love!

On My Instagram