Sunday, May 15, 2016

Yeay Johor Cuti Hari ni!


Semalam , aku dengan Wani decide nak balik Johor. Sebab ada budak tu dah homesick sangat , maka aku sebagai seorang kakak yang considerate beserta rasa rindukan kampung halaman (kampung lah sangat) setuju lah nak ke Johor juga. Meskipun ada job lain, tapi apalah berkira sangat nak balik jumpa Mama Ayah kan?

Kebiasaannya kalau balik Johor, mesti lupa nak adapt yang Johor ni cuti nya tak sama macam Melaka. Ahad dah orang mula kerja dan sekolah . So disebabkan hari ni Ahad, sepatutnya aku dipertanggungjawabkan untuk hantar adik aku (Atai) , pergi sekolah .

Pagi tadi dalam kemamaian solat subuh, aku dengar conversation Mama dan Atai

"Confirm ke sekolah ko cuti?"
"Aah lah, ustazah cakap cuti"

Aku bingung, cuti amende pulak ni.
Keluarkan kepala daripada bilik dan tanya

"Weh, cuti ke ko harini? Cuti apa"
"Cuti JDT menang bola semalam"

"Ohhh"



Walaupun dalam kepala ni duk berfikir 'eh, semalam ada bola eh?' . tapi aku tak peduli dah dengan soalan tu. Terus aku masuk semula bilik, tarik selimut 


& TIDUR! hahahaha



'Bagus, takpayah aku malas malas start kereta nak antar kau pergi sekolah ' - aku monolog dalam hati





taktahu kenapa kalau balik Johor je , rutin aku jadi tunggang terbalik. Virus mengantuk membuat onar. Walhal kalau hari hari biasa dekat rumah sendiri, lepas Subuh tu terus macam macam aktiviti aku buat. Bila dekat Johor jadi "macam orang mabuk tidur" .

On My Instagram