Wednesday, October 30, 2019
Kedai Spect Murah Favourite Kitorang di Berjaya Times Square | Serendah RM61 Complete Lens
dua dua spect kitorang pakai ni buat dekat kedai ni jugak |
Masa aku kerja dekat PayPal dulu , memang ada diperuntukkan elaun untuk rawatan gigi (dental) & buat cermin mata (optical) Makanya tiap 6 bulan, mesti aku sibuk buat spect baru semata sebab nak claim wakakaka.
Untuk optical, ada allocation RM250 je so biasanya boleh dapat 1 spect jela kan? Tapi since aku rajin buat dekat satu kedai murah ni, aku dapat la buat lagi satu spect untuk Hilmi.
Spect macam aku pakai ni, cuma RM80 jeee. Tapi sekarang, ada promo lagi murah iaitu RM61 jurr sis. Lengkap sekali dengan lens & siap dalam masa 1/2 jam.
Meh aku tunjuk kat kedai mana aku buat spect ni.
Ekceli spect pertama aku buat dekat Sg Wang. Tapi since kedai ni ada branch dekat Berjaya Time Square, so aku lagi rajin buat dekat Times Square je. Alang alang boleh jalan jalan sekali hewhew. Spect mak aku, spect Hilmi, semua buat dekat sini. And kedai ni pon memang viral dekat Sg Wang. Tapi yang dekat Times Square ni ramai belum tahu kot. So alang alang tu biar aku bagitahu.
Nama kedai ni ;
PERFECT OPTICAL
Kedai ni dekat tingkat 3, bahagian EAST taw. Nak senang. korang cari je lift belah EAST and naik terus tingkat 3 sebab memang dekat dengan lif je kedai ni.
Tu lif nyee |
Tingkat 3, EAST. NGERTI KAMU? |
Aku perhati ramai jugak blogger review kedai spect viral haritu tapi aku tak sure kedai mana satu dorang pergi. Tapi kalau dekat Sg Wang rata rata memang murah pun. Tapi sebabkan aku ulang ulang gi kedai ni je, so k la k la aku kena laa menangkan kedai ni hewhew.
Kalini kitorang datang untuk keberapa kali tah hahaha layankan Hilmi nak buat spect extra. Berkobar dia nak cari spect khas untuk dia pakai time bersukan je haha. Takpe bang, teruskan semangat kesukanan tu. Ada harga RM61, ada RM80. Design pun semua cun cun. Sejenis ikut trend semasa la semua design dia ni.
confuse nak pilih design mana satu |
dah pilih boleh terus check power mata |
K gais kalau rasa nak buat spect murah, design trendy kpop kpop boleh laa datang sini. Dari segi kualiti bagi aku okay je, sesuai laa dengan harga. Mana mana spect pun kalau pandai jaga elok je kan. Cuma masa nak buka spect tu jangan tarik ke sisi tapi buka elok elok guna dua dua tangan , kalau tak dia cepat loose/patah.
Sekian,
"selesai menjawab soalan kepada ramai yang tanya aku buat spec dekat mana" hehe ..
Related search ; kedai spec viral sg wang, kedai spek viral sg wang, kedai spek murah sg wang, kedai spek murah times square, kedai spek murah kl, kedai spek murah selangor, kedai spek murah cepat siap, kedai spek siap 1 jam, kedai spek siap 30 minit, kedai spek murah malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)