Thursday, December 26, 2019

Rinching Terrace Lokasi Perkahwinan Yang Eksklusif Dan Cantik Untuk Orang Bangi, Kajang Dan Semenyih



Hi Assalamualaikum

Masuk tahun 2020 ni nanti, nak masuk 3 tahun dah aku kahwin. Masa aku nak kahwin tu, jenuh juga la nak cari venue yang sesuai untuk buat majlis. Sesuai tu dari segi harga, lokasi, dan juga kapasiti. Tapi sekarang ni, untuk bakal pengantin, dah makin mudah dah nak cari venue dan pakej perkahwinan yang bersesuaian. Sebab konsepnya sekarang, dah ada banyak event space yang menyediakan tempat untuk buat majlis kahwin lengkap sekali dengan dekorasi, makan, pakaian dan andaman. 

Kalau korang tercari tempat untuk adakan majlis kahwin berdekatan kawasan Bangi, Kajang dan Semenyih, korang boleh masukkan Riching Terrace kat dalam list korang.

Terletak di lokasi paling strategik antara Bangi dan Kajang, Rinching Terrace Wedding & Events (Rinching Terrace) ialah lokasi terbaru yang mempesonakan sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan eksklusif atau apa apa acara sosial dan korporat. Masa aku gerak dari Saujana Impian nak kesini, Google Maps bawak aku lalu jalan dalam yang belah Semenyih tu. Naik tol LEKAS. Tapi sebenarnya bagi aku lagi senang kalau lalu dekat Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar dekat Exit Bandar Mahkota, dekat je. Kalau dari Bangi Golf Resort tu dalam 10 minit je.



Tuesday, December 17, 2019

Majlis Perasmian Cawangan Terbaru Q & M Dental di Eko Cheras Mall



Hello gais!

Kalau cakap pasal penjagaan kesihatan oral, atau nama lain dia, kesihatan gigi, selalu orang terlepas pandang. Padahal nya, kesihatan gigi sama penting nya macam jaga kulit muka, dan badan. Amboi masing masing nak muka flawless tapi gigi rosak, mulut berbau buat tak kisah pulak kan? Sebab tu penting kena dating dengan dentist korang dengan kerap. Tapi aku yang cakap ni pun sebenarnya lama dah tak jumpa dentist haha. Sejak sejak dah cabut braces, dah tak jumpa jalan nak pergi klinik gigi wakakakkaa.

Tapi lepasni senang dah nak cari klinik gigi yang best sebab cawangan terbaru Klinik Pergigian Q & M dah pun dibuka di Eko Cheras Mall. Haa kira dekat juga la dengan rumah aku. Lagipun bila dekat dalam mall, boleh la ajak Hilmi teman. Agak agak dia boring nunggu, boleh pergi pusing pusing jalan masuk MR.DIY ke kan? hehe.



Tuesday, December 3, 2019

Guardian Serahkan Sumbangan RM10,000 hasil daripada kempen 'Respond To Reverse'

Sekarang ni bila sebut pasal kanser, dah tak asing lagi. Sebab kalau nak kirakan, mesti kita ada terdengar khabar yang kawan kita atau kenalan rapat kita, atau ahli keluarga kita sendiri, ada yang menghidap kanser. Ada yang survive, and sadly.. ada yang tidak. Dan biasanya yang survive tu sebab dah dapat detect dan cegah dari awal. Sebab tu penting untuk kita buat health check regularly untuk pastikan kita dapat detect sebarang abnormality daripada peringkat awal.

Macam in my case, my mom sendiri pun sebenarnya ialah seorang cancer survivor. Thanks to her habit yang memang regularly check the breast area bila period, dia dapat notice ada macam lump dekat bawah breast. Bila pergi jumpa doctor, doctor suggest untuk buat operation dan check ketumbuhan tu. Bila dah keluarkan ketumbuhan tu dan bawa ke lab, confirm it's a cancer. So thanks to the early detection, dapatlah elakkan daripada kanser tu jadi lagi teruk dan merebak.


"Reversing Cancer Workshop"


So point dia dekat sini, early detection can save you! Ini lah antara yang ditegaskan masa Reversing Cancer Workshop yang I join last week. Workshop ni dianjurkan oleh Guardian dengan kerjasama Cancer Research Malaysia. Ada beberapa topik yang dibincangkan masa workshop haritu antaranya "Can you fight cancer with your mobile phones?""Is Genetic Testing Right for me?" yang disampaikan oleh Professor Dr. Cheong Sok Ching & Dr. Joanna Lim.

Presentation by Professor Dr. Cheong Sok Ching 

Presentation by Dr.Joanna Lim

Macam macam soalan dan pencerahan yang kitorang dapat sepanjang sesi workshop ni berjalan. Boleh juga fahamkan mana satu mitos, mana satu kepercayaan mengarut tentang kanser dan banyak lagi.

Opening Speech By Mr. DY Cho 


Kalau korang nak tahu, sekarang ni Cancer Research Malaysia tengah develop satu platform yang digelar Mimosa yang mana platform ni berfungsi sebagai tempat untuk kita dapatkan rujukan daripada doktor dan golongan pakar tentang simptom simptom yang kita alami sama ada ianya simptom yang membimbangkan atau pun tidak. So dalam platform tu kita boleh upload gambar dan akan ada doktor yang 'chatting' dengan kita dan berikan pendapat mereka tentang permasalahan kita tu. Menarik kan?

So lepasni lagi senang kita nak buat rujukan berkaitan kanser ni. Buat masa ni Mimosa ni belum lagi dilancarkan. Tapi nanti kalau dah launch, i'll let you guys know, okay?

Sumbangan RM10,000 kepada Cancer Research Malaysia & Locks of Hope


Selain daripada presentation dan penerangan tentang kanser, main highlight event ni ialah penyerahan sejumlah sumbangan daripada Guardian kepada Cancer Research Malaysia & Locks of Hope. Sebanyak RM10,000 telah berjaya disumbangkan hasil kutipan daripada kempen 'Respond To Reverse' yang dianjurkan Guardian, dimana 1% daripada hasil jualan beberapa produk terpilih seperti Beyoutiful, Botaneco Garden, derma365, Happy Mask &a Nature's Heart telah dikumpulkan untuk inisiatif ini sepanjang September lalu.

Mr. DY Cho menyerahkan Mock Cheque kepada Janet Yap dari Cancer Research Malaysia
Guardian Malaysia juga bekerjasama dengan salon rambut Number76 untuk kumpul kan rambut bagi disumbangkan kepada Locks of Hope Association. Katanya, hanya rambut yang sihat dan tak pernah buat 'chemical treatment' sahaja yang dipilih untuk dikumpulkan. Dengan cara ini, cuma rambut palsu yang berkualiti dapat dihasilkan dan diserahkan kepada pesakit kanser. Number76 salon juga menawarkan diskaun RM20 untuk mana mana servis potong rambut menggalakkan lebih ramai orang tampil untuk sumbangkan rambut diorang.  Dan akhirnya, sebanyak 222 set rambut berjaya dikumpulkan.

Mr. DY Cho& Ms. Michelle Yeap daripada Locks of Hope menerima Mock Cheque & Hair Bundles
Harap harap Guardian akan teruskan inisiatif macam ni lagi pada masa akan datang. Secara tak langsung, kita pun boleh sama sama menyumbang juga dengan membuat pembelian di Guardian. Macam haritu, bila berbelanja RM40, kita boleh dapatkan 'tote bag' percuma. Ha lepasni boleh la ramai ramai shopping dekat Guardian, kumpul tote bag dan juga dapat menyumbang. 

Good job Guardian! :D












On My Instagram