Thursday, November 14, 2019

Nak Menang Bekalan 1 Tahun Produk Love Beauty And Planet? Cuma Kitar Semula je!

Kalau ingat, masa aku kecik kecik dulu banyak iklan pasal kitar semula ni dekat tv. Siap ada lagu lagi, tapi aku tak boleh nak recall pulak lagu tu macam mana haha. Lepastu educate kita cara nak asingkan jenis barang mengikut tong kitar semula.

Tapi perasan tak sekarang macam kurang dah la nampak iklan iklan tu. Tapi yang bagusnya, inisiatif untuk menggalakkan kitar semula ni sentiasa diteruskan. Ada banyak awareness program yang dijalankan, antara nya macam yang aku pergi ni; Love Beauty And Planet x Guardian Exclusive Recycling Workshop.


Masa workshop ni kitorang sempat upcycling botol body wash yang kosong dijadikan mini garden hehe. Struggle juga awal awal tu nak potong botol tu sebab keras tapi akhirnya menjadi juga. Tapi yang kelakar tu time balik, aku dengan Kak Sabby menyinggah tandas. Lepastu pokok aku tertinggal LOL. Padahal masa tu aku confident je simpan pokok tu dalam kereta sebab lepastu pergi makan dengan Kak Sabby kejap. Time makan kak Sabby kata "akak punya pokok tertinggal dalam tandas la" . Alih alih bila dah balik baru aku perasan sebenarnya pokok yang aku usung tu kak Sabby punya wakakakkaa. Aku punya yang sebenarnya tertinggal dekat tandas kahkahkah. Harap harap acik cleaner tolong jagakan la haha.

Okay jom jadikan bekas kosong ni kepada mini garden

Btw, sebenarnya fokus utama workshop ni ialah untuk diwar warkan yang  Love Beauty And Planet ada menjalankan program kitar semula dimana, akan disediakan Recycling Bin di beberapa outlet Guardian yang terpilih dan korang boleh drop kan botol shampoo atau body wash yang dah habis tu (tak kisah any brand)


And sepanjang tempoh program ni, bila korang beli mana mana produk Love Beauty and Planet , korang boleh dapatkan FREE TOTE BAG dan juga 1 voucher booklet (3 x RM5 Love Beauty and Planet voucher and a RM10 The Hive voucher) *Limited vouchers available. 

antara variant produk Love Beauty And Planet yang ada dipasaran


berkobar kobar ye semua hehe


Alang alang dah menggigih pergi masuk Guardian untuk drop kan botol for recycle, jangan lupa ambil gambar sekali dan pos kan ke Facebook ataupun Instagram korang. Tag Love, Beauty And Planet  and korang berpeluang untuk menang 1 year supply barangan Love Beauty And Planet ! wehooo syok gila kan. Try jela mana tahu rezeki kan?

tote bag tu yang korang akan dapat. so cute!


Untuk senarai outlet Guardian yang mengambil bahagian, boleh tengok dekat bawah ni okay?



❤ Suria KLCC – 16th & 17th November, 22nd & 23rd November
❤ Sunway Pyramid – 9th & 10th November, 16th and 17th November
❤ NU Sentral – 9th & 10th November, 16th and 17th November
❤Bangsar Shopping Centre – 2nd& 3rd November, 9th& 10th November
❤ Taipan USJ – 2nd & 3rd November, 9th and 10th November
❤ Malawati Mall – 2nd and 3rd November, 9th and 10th November
❤ Berjaya Times Square – 16th & 17th November, 23rd and 24th November
❤ SS15 Courtyard – 2nd & 3rd November, 9th and 10th November
❤ Aeon Mall Shah Alam – 16th and 17th November, 23rd and 24th




Let's go green and let's start RECYCLING!! Selamatkan bumi kitaaaa *sambil pasang lagu HIJAU by Zainal Abidin hehe.