Friday, December 30, 2016

Pencarian spa dengan pakej menarik dan berbaloi berakhir di Beringin Spa & Beauty


Hello & Assalamualaikum .

Setelah beberapa bulan menghambakan diri dan minda untuk internship , finally it's over! Bila dah habis ni terus rasa lega sangat , rasa nak joget joget , rasa bahagiaaaaaaaaaaaaaa!

Tiba tiba baru perasan , eh dah lama lah tak manjakan diri . Dah lama tak pergi spa, dah lama tak pergi massage , dah lama tak curi masa for some pampering session .

Dekat Damansara ni berlambak je spa & beauty centre yang ada tapi rata rata nya yang style moden moden . Mana best moden moden ni, kalau dah namanya nak ber-spa , mestilah nak kan yang ala ala Bali , tema nusantara lepastu masuk masuk je bau serai wangi dengan alunan muzik sayup sayup je bunyi burung burung , bunyi ombak tak pun music instrumental . Gittew 

Gigih lah aku google, search search dekat instagram & finally iols memilih untuk ke Beringin Spa yang terletak nun di Bangi sana hahaha . Betapa cekal dan tabahnya aku ke Bangi daripada Kota Damansara semata mata nak ber-spa .



Apa yang buatkan aku gigih sangat nak jugak nak jugak pergi Beringin Spa ni?

Thursday, December 29, 2016

Terhiburnya mengayuh beca berlampu @ Putrajaya



Kadang kadang aku rasa aku ni mudah sangat cranky ,  marah over something yang remeh atau tak patut marah pun . Dan kadang tu, aku boleh jadi seorang yang terlalu mudah terhibur . Kadang kadang lawak hambar pun boleh hiburkan aku , hulur kek sepotong pun boleh hiburkan aku , dan yang terbaru ... kayuh beca berlampu pun mampu hiburkan aku wakakakaka ....

Jom DIY Cushion Foundation!



Weeee! Another beauty-related blog post!

Aku suka betul bila buat entry berkaitan dengan beauty product . 

Kenapa?

Sebab gambar semua cantik cantik , dan banyak benda nak dibebelkan bila bab bab kecantikan ni . Jelas kegadisan seorang Farah . hewhew

==========================

JOM DIY CUSHION FOUNDATION!

Sebenarnya aku dah lama perhati cushion case dekat Innisfree . Semuanya cantik cantik , corak pulak semua comel dan mengundang kegeraman melampau . Tapi setiap kali pergi , niat nak beli - confirm tak jadi!

Image result for INNISFREE CUSHION CASE

Mungkin sebab aku rasa benda alah tu mahal kot . Sebab sponge dengan cushion case tu dijual berasingan . Ah satu hal pulak nak kena beli dua dua . Kang kalau beli cushion case je tanpa sponge, aku nak guna macam mana . Kalau beli sponge je, lagilah sia sia haha .

Sejak sejak Althea punya mobile shopping app dah launch, makin menggatal je tangan aku ni nak membeli . Nak nak pulak Althea ni kerja nya asyik buat promotion je . Haih you memang suka mainkan perasaan i kan?

Sesambil scroll tu, ternampaklah koleksi 'It's My Cushion' ni . Harga pulak RM19 je. 

Wait, what? 

Saturday, December 24, 2016

16 Going On 17! - Jom tengok bunga api dekat Citta Mall?

Assalamualaikum , Hello!

Perasan tak lately ni masa rasa macam berjalan lajuuuuuu sangat! Tengok tengok dah nak masuk tahun 2017 dah . Bila dah hujung hujung ni baru lah perasan jugak 

"Eh azam tahun ni tak tercapai lagi"

Kahkahkah . Sibuk fikir azam tahun ni padahal azam tahun lepas , tahun lepas lepas , tahun lepas lepas lepas ... tak pernah nya tercapai pun . Ahaks! Kalau ada pun mungkin 1/10 je hewhew


Okay skip lah pasal azam . Ni nak tanya ni , 


new year ni sambut dekat mana?


Jangan salah paham pulak . Maksud sambut tu tak suruh pun korang berjimba tak ingat dunia pergi pesta liar ke apa haha . Tapi ...  masa ni lah nak ajak ahli keluarga sama sama countdown & fefeling tengok bunga api *piu piu bunyi bunga api* 

Nak kan tempat yang santai santai , tak bersesak sesak dan selesa nak 'countdown' new year ni ??  better pergi dekat CITTA MALL .

Yup, CITTA MALL!


Why? Sebab bagi aku , kawasan tu tak sesak . Tak macam dekat The Curve ke , Dataran Merdeka ke apa yang sumpah sesak gilaaa . Dengan jem nya , dengan susah parking nya . Kalau dekat Citta Mall ni rilek rilek je . Rasanya kalau nak bawak anak kecil pun takde lah rimas sangat . Kemudahan tandas surau pun semuanya lengkap .


Nak lagi best ? Nanti masa countdown tu dihiburkan lagi dengan persembahan artis artis jemputan . Artis yang terlibat pulak bukan calang calang hokeyy , semuanya ada achievement power power internationally wohooo!

Siapa siapa siapa??


Thursday, December 15, 2016

Pilihan Foundation Harian Saya & 5 Sebab Untuk Anda Sukakannya



Hello!

Masa aku kecik kecik, suka sangat tengok Lindsay Lohan. Korang perasan tak muka dia penuh dengan freckles? Versi melayu orang panggil jeragat lah . Jeragat ni terhasil daripada kesan cahaya matahari . Macam bintik bintik hitam dekat kawasan hidung dengan pipi tu . Nampak cantik je dia walaupun ada freckles. Tak kisah mat salleh mana mana pun , kalau ada freckles, aku rasa itu sesuatu yang cantik haha .

Tapi, bila kulit muka aku mula berusia (ehem let say 'matang' ) , jeragat dah mula terhasil . Maka usaha usaha untuk menghilangkan jeragat mahupun mensamarkan jeragat tu mula diambil. Termasuklah guna macam macam spesis krim muka dan juga aplikasi mekap limablas inci hewhew 

Nak hasil serta merta? Memang kena apply concealer dan foundation lah.  Lagi teruk masalah kulit tu, lagi tebal lah nak kena tempek . Jenuh jugak ler nak tempek hari hari. Nak cuci pun dah sekian juga . 

Aku sangat cerewet bila bab nak pilih foundation . Walaupun kulit muka aku takde lah bermasalah sangat, tapi aku sukakan foundation yang boleh bagi full coverage. Biar lah gebu melampau, lagiii aku suka! hahaha .

Sekarang ni, untuk 'base makeup routine' , aku akan selang selikan guna foundation Artistry dan juga Hanie Foundation . Tapi untuk daily use, aku prefer Hanie Foundation lagi.





Kenapa?

Friday, December 9, 2016

Kisah Aku, Encik Dafri dan Honda Civic 10th Generation Baharu


*entry ni panjang gilaaa dan banyak gambar aku yang cun kahkah. nak baca? teruskan :p

Rasanya, kalau sebut Honda dekat orang Mesia ni semuanya tahu. Unless kau bijak pandai pergi tanya bayi berusia 2 bulan ;

"Adik, yu tahu tak Honda Civic baru ada color apa?"

Jawapannya memang dia taktahu lah. dan tindakan kau tanya dekat dia pasal Honda pun dah nampak sangat kurang cerdik hahaha .

Saturday, November 19, 2016

Nak cantik semudah sembur sembur ? Nah pakai ni - CLARUS Instant Reyouth Spray


Hello .

Nak cantik , tapi pemalas .
Sebab tulah, cuma yang rajin dan gigih terlebih je yang mampu jadi cantik .

Well , kalau nak cantik .. mestilah kena rajin makan supplement ikut aturan , tiap malam sapu bermacam krim muka sebelum tidur , sekali sekala kena pergi facial , tiap minggu pakai mask ... macam macam lagi lah . (lecehnya lah kan? )

Tapi, ramai daripada kita ni PEMALAS!

kakakaka . bukan nak cakap dekat orang lain lah , aku pun sama jugak . Kalau boleh , nak pakai satu jenis je produk yang boleh selesaikan semua masalah kulit yang ada .

Dulu aku terfikir gak  ,

"Alah asyik sapu je, malas nya nak sapu sapu ni weyyy ! Takde ke produk jenis spray je. Senang tak kalut nak sapu sapu bagai"

Jelas sangat kemalasan aku tu kan ? ekekeke . takat nak sapu krim sebelum tidur tu apalah sangat tapi kemahen berkira kan hahaha . nak cantik tapi pemalas LOL

Amazingly , sekarang permintaan sistur dah termakbul . Dah ada dah produk jenis spray spray jee lepastu boleh cantik wehhh *Scream!*




"MANA FARAH? MANAAAAAAA" - ku dengar teriakan kakak kakak yang sama nak-cantik-tapi-malas-like-me kakaka .

Friday, November 18, 2016

Apa yang best sangat dekat JB tu?

Hello. 

Orang selalu confuse dan tanya .

"Farah, kau ni orang mana?"

Apa benda soalan lah kan? Mestilah aku orang bumi hahahah k lawak hambar =.="

Biasanya orang akan macam confuse sikit lah, menengokkan pada ability aku boleh cakap macam macam dialek. Sekejap kelantan, sekejap pahang, sekejap nogori, kejap kedah . Boleh tune tune pulak bergantung pada dengan siapa aku bercakap .

Jumpa orang kelantan, kecek kelate
Jumpa orang Melaka, hawau hawau kan hahaha

Tahu kah anda? Bahawasanya aku sebenarnya orang Johor? 
Ekceli, takdelah Johor piau pun (pure) . Family aku memang jenis berpindah pindah . Daripada sekolah dulu lagi memang banyak kali bertukar tukar sekolah dah. Penat memang penat. Tapi best, sebab ramai kawan heee .

"Ayah kerja askar ke?"

Wednesday, November 16, 2016

"Mak, jom pergi KL Tower Mini Zoo . Nak selfie dengan Kangaroo"



Hello .

Nak kata aku ni pencinta haiwan , takdelah sangat . Biasa biasa jelah . Bila nampak sesuatu gebu dan comel , aku masih boleh cakap 

"Wuuuu comelnyaa, gewamm!" . 

Tapi, lepas je balik daripada jenjalan dekat KL Tower Mini Zoo haritu, aku automatik cam ter-discover pulak yang aku ni seorang pencinta haiwan ekekkekeke.

Tapi taktahu lah valid untuk haiwan yang kurang comel ke tidak haha . Sebab sepanjang dekat KL Tower Mini Zoo tu, semua spesis haiwan yang ada dekat situ comel comel . Yang jadi lagi best, dah lah beliau beliau bersifat comel , gebu pulak tu .. dan berbulus . dan paling best .... boleh peluk cium gomol weh!

Saturday, October 29, 2016

#MiracleDuo : Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence & Micro Sculpting Cream Review

Hello .

Berbalik kepada zaman muka masih legam dan berlemuih busy berkawad zaman sekolah dulu , jenama Olay ni memang tak asing langsung . Femes weh . Kalau nampak gegadis dekat sekolah yang kulit mulus , suka cuit dan tanya "kau pakai pencuci muka apa weh?" , dan rata ratanya bagi jawapan "Olay jurrrr" .

Nampak tak? Kalau zaman zaman 90's kid macam aku ni , mesti sempat membesar dengan era ke-power-an Olay ni. Even mak mak pun layan Olay jugak . Cuma dulu mak aku tak bagi aku pakai Olay. Dia kata, ni untuk orang tua je kakakak . Ye ke?

Sebenarnya bukan untuk orang tua, tapi untuk golongan yang berkulit matang dan yang terancam kepada proses penuaan . Disebabkan aku pun dah 'halfway to 50' , jadi kena lah bersiap sedia nak hadapi tanda tanda awal penuaan . Wuuuu rasa macam baru semalam enjoying not wearing anything on my face. Sekarang dah kena kalut fikirkan produk apa yang elok untuk bagi kulit wajah kekal remaja dan nampak muda . 


Terbaru , Olay Regenerist dah hasilkan dua adik beradik power ni ; orang panggil diorang : The Miracle Duo . Amboi!

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre- Essence 
Olay Regenerist Micro Sculpting Cream

Tugas kedua nya ni ialah untuk merealisasikan impian para wanita yang mendambakan (wahh!) kulit yang kekal remaja dan awek muda . 

How does it work?


Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre- Essence 


Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ialah sejenis serum . Benda paling aku suka pada serum ni ialah design dropper serum ni . Ianya direka dengan bijak sekali untuk memastikan kandungan serum tu tak mudah tumpah dan setiap daripada titisan serum yang kita keluarkan ialah pada amount yang sama . Jadi takdelah asyik terlebih picit, terkurang picit, tersalah picit . Baru lah jimat .

Setiap satu drop Olay Regenerist Miracle Booth Youth Pre- Essence  berupaya untuk memperbaharui berjuta juta sel kulit pada wajah sampailah kelapisan yang paling dalam . Bila sel sel ni diperbaharui, baru lah kulit tu sentiasa cantik dan remaja. Tak gitu?

Selari dengan usia kita yang meningkat, sel pada kulit kita pun makin lemau je dan tak berupaya nak diperbaharui sendiri. Dimana, menjadikan kulit kita tu kelihatan kusam, hilang keanjalan dan kelembapan. Sebab tulah Olay Regenerist Miracle Booth Youth Pre- Essence diformulasikan bersama sama dengan Golden Amino Peptide yang mana berupaya untuk boost kan cell energy sehingga 35% untuk menambahkan lagi potensi kulit kita supaya mampu menghasilkan kolagen sendiri sekaligus menjadikan kulit lebih remaja dan awet muda. 

Satu drop je Olay Regenerist Miracle Booth Youth Pre- Essence ni mampu untuk memperbaharui berjuta juta sel dan menjadikan masalah penuaan pada wajah seperi garis halus dan kedutan dapat dikurangkan dan pada masa yang sama , menganjalkan kulit serta mengetatkan pori pori.

Kalau nakkan hasil yang lagi power, mestilah digandingkan bersama dengan adik dia hehehe

Olay Regenerist Micro Sculpting Cream


Olay Regenerist Micro Sculpting Cream ni berfungsi sebagai pelembap (moisturizer). Tahu kan penggunaan moisturizer dalam rutin penjagaan kulit sangat penting? So jangan lah skip skip pakai moisturizer k? Olay Regenerist Micro Sculpting Cream merupakan best seller product dalam rangkaian produk Olay Regenerist. Kalau dah namanya Best Seller, mestilah sebabkan cream ni tak sembang kencang je kan? haha . 

Olay Regenerist Micro Sculpting Cream claims that ,

Day 1 : Visibly reduces pores, improve texture & radiance
Day 14 :  Noticeably firmer skin
Day 28 : Reduces years of wrinkles (based on P&G clinical studies between 2006 to 2012)

Olay Regenerist Micro Sculpting Cream ni nampak je macam likat, tapi bila dah apply pada muka, kadar penyerapannya memang cepat. Tak ada rasa melekit , memang cepat menyerap dan baru sekali pemakaian pun dah dapat rasakan kelainan.

Lain acaner tu?

Bila apply, kulit memang automatik rasa lebih lembap , lembut , anjal dan rasa lebih tegang. Wah wahh . Adakah aku sembang lebat je? Tak caya, pergi beli satu dan cuba. 

Dengan penggunaan bersama Olay Regenerist Miracle Booth Youth Pre- Essence , kerja kerja penyerapan dapat dilakukan dengan lebih mendalam ! Makanya, segala usaha nak lawan tanda penuaan dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh, pantas dan berkesan. (Beli disini : KLIK )

Tak hairan lah bila orang gelarkan dua produk ni sebagai #MiracleDuo. kan?

Kandungan bahan aktif :


  • Niacinamide (Vitamin B3) :Merangsang dan perbaharui permukaan sel metabolisme serta mengurangkan kedutan.
  • OliveM (Antioxidant from Olive Extract): Bertindak balas bersama ramuan anti penuaan dan melindungi kulit dari kerosakan pengoksidaan.
  • Amino Peptides (Pro-Collagen molecules): Membantu memperbaiki kulit wajah disamping mengurangkan kedutan dan melembutkan kulit wajah.
  • Lys’lastine (natural extract of Dill seeds): Menganjalkan kulit wajah.

Ianya satu pelaburan yang berbaloi untuk dapatkan kedua dua ni . Itupun kalau korang impikan kulit awet muda lah . Kalau tak kisah , dan rasakan kedutan pada wajah diusia 30 itu seksi ... nevermind . Takpayah beli ekekekek .


Dengan penggunaan kerap #MiracleDuo ni berhasil untuk menjadikan kulit tampak 10 tahun lebih muda!

Adakah aku berpotensi untuk kelihatan 15 tahun kembali? hahaha . wow remaja nyeee ! (i wish)

Cara mudah nak dapatkan kedua Olay Regenerist Miracle Booth Youth Pre- Essence & Olay Regenerist Micro Sculpting Cream bolehlah tengok dekat sini : KLIK  

May the kulit 10 years younger be with you :p.

Thanks for reading sugar!

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence & Micro Sculpting Cream Review , Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence price, Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence  malaysia, Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence  murah , Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence lazada, Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence serum, Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence testimoni, Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence  feedback, Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence review,Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence cara pakai,Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence cara guna,Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence functions, Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence fungsi,Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence anti aging, Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence garis halus, kedutan , Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre Essence serum bagus, serum bagus, serum untuk kulit matang, garis halus, petua kulit awet muda, petua awet muda, petua kulit tegang



Tuesday, October 25, 2016

Shizens Lip Tattoo : Review & Ada Coupon Code nak bagi ni haa


Hello!

Jadi perempuan ni complicated .
Jadi aku, juga sesuatu yang complicated hahaha .

Semua benda kita perlu jaga. Well, nak cantiklah katakan .
Daripada hujung rambut sampai hujung kaki . Bahkan yang terselindung pun mesti dijaga dan polish bagi cantik . Hahaha polish??



------------------------



Selalu orang kata, bibir tu melambangkan peribadi kita . Jadinya, gegadis wajiblah pelihara bibir agar kelihatan cantik , mungil , bebas garisan halus dan merah merah delima meow meow (tetiba) .

Tapi bagi aku, ini sesuatu yang susah untuk direalisasikan haha. Nasib baiklah ianya lebih realistik daripada Bajet 2017 (kahkah woi politik pulak).

Nak realisasikan impian mendapatkan bibir kurang garis halus, tampak lebih mungil , sentiasa dapat kelembapan yang cukup dan kemerahan semulajadi sebenarnya bolehhhhh jee dengan menggunakan Shizens Lip Tattoo


Wow ayat iklan TV1 sangat ni hahahaha .


Ekceli , aku dah banyak kali dah jalan jalan dekat Parkson. Dan tak semena mena di tahan oleh gegadis promoter Shizens. Kadang tu bila rasa macam tak rushing , aku layankan jelah jugak . Singgah dan bagi peluang untuk gegadis tu eksplen apa kebenda nya barang yang dia nak promote tu


Antara produk Shizen yang aku berkesempatan cuba dan dicalit calit oleh gadis promoter ialah Lip Tattoo dia ni lah haa . Dah lama dah aku perhati Lip Tattoo ni, baru sekarang ada rezeki nak dapatkan satu . Alhamdulillah . And I bought this from Shizen's Online Store http://www.shizens.com/ . Wah gadis desa ber'speaking' pulak tiba tiba kakaka .


Lip Tattoo ni bukan spesis yang letak kat bibir lepastu after few minutes ianya mengeras dan kita peel - off tu tauuu

No.
Nehi.
Bukan.
Ga.

(Nah kau belajar 4 bahasa terus haha )

Tapi Lip Tattoo ni kira macam conditioner lah untuk bibir. Berikan lembapan , dalam masa sama merawat bibir juga. Dengan penggunaan kerap, boleh mencerahkan tona warna bibir dan jugak mengurangkan garis halus pada bibir. Wohoooo.


Dan yang aku paling suka, Lip Tattoo ni 'colorless' . Eh tipu. Warna putih hahaha . Putih tu kategori warna lah jugak kan? Ok. Warna putih. Tapi bila dah apply dan resap pada bibir, bibir akan bertukar warna berona kemerahan , ikut pada body temperature/ darah kita . Woooo jakun haha

Another bonus point, boleh juga jadikan cheek stain. Calit calit pada pipi sebagai blusher. Aku dah cuba dan warna nya cantikkkkkkkkkkkk! But sorry, takde gambar pulak nak tunjuk . But nevermind, u got the idea kan?


Nanti aku cuba ambil gambar before & after pastu edit dan tempek dalam post ni (selalunya sampai kesudah tak edit edit kakakakaka *bagitahu awal awal taknak bagi harapan palsu ihiks)

Nah, sekarang teruja kewww nak dapatkan Shizen's Lip Tattoo ni? Kalau teruja, iols nak tambahkan lagi keterujaan uols dengan memberikan uols coupon code RM50 wehoooo untuk membeli belah di online store Shizens . *joget joget*

Gunakan coupon code dibawah ni untuk shopping di http://www.shizens.com/ okay? 
*minimum spending of RM200


ESHIZENS17


--------------------------------------



Product info

Product name : Shizens Lip Tattoo
Price : RM179.00
Content : 8ml
Weight : 40g

What it does : 
Works as a lip treatment, minizime appearance of fine 
lines, lighten pigmentation and change lip color to natural rosy tone

Repurchase : 
Yes, kalau banyak duit masa tu hewhew. Tapi memang 
product ni best & elok. Depends pada your budget macam mana.




Coupon code ni valid sampai 30 November 2016 je tauu . Usahlah berlengah lagi dan ayuh manfaatkan coupon code ni sebaiknya .


Itu saja para pembaca tercinta. Thanks for reading *ciyom pipi



shizens malaysia, shizens lip tattoo , shizens lip tattoo review, shizens lip tattoo malaysia , shizens lip tattoo mahal, shizens lip tattoo berbaloi, shizens lip tattoo bagus, harga shizens lip tattoo, feedback shizens lip tattoo, testimoni shizens lip tattoo, shizens lip tattoo functions, shizens lip tattoo fungsi, shizens lip tattoo bagus, shizens lip tattoo murah, shizens lip tattoo best, shizens lip tattoo blogger review, shizens lip tattoo review jujur, shizens lip tattoo honest review, shizens lip tattoo colorless, shizens lip tattoo pinkish , shizens lip tattoo treatmens, shizens product, shizens produk, senarai produk shizens, shizens produk malaysia, shizens product ranges.

Thursday, October 20, 2016

Seminggu bercuti di hospital : Part 1

Hello !

Menulis dari katil hospital . Kahkah drama sangat . Awal awal ayat dah drama hewhew .



Long story short , nak bagitahu ... aku masuk hospital . Yay!

Walaupun kau tak kisah , tapi aku nak cerita jugak . Kenapa aku masuk hospital? Sakit apa? Hospital mana? Seronok ke? Blablabla .

Harini je dah masuk hari ke 4 aku warded dekat Tropicana Medical Centre .





"Kau sakit apa Farah? Zika ke?" 




Haha . Mentang mentang Zika tengah femes sekarang , main petik je cakap aku kena virus Zika . Ceh

Sebenarnya aku menderita (ewah) sakit bengkak buah pinggang . Dimana, bengkak tu terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman . Macam mana boleh kena jangkitan kuman tu?? Hm.. aku pun tak pasti . Ni pun aku tak habis consult lagi dengan doktor . Sekali sehari je jumpa dia, tu pun tak sempat nak tanya macam macam . Tapi generally , jangkitan kuman ni boleh disebabkan oleh kurangnya minum air dan sumber air tak bersih . Yeke? Entah . Aku pun main cakap je ni hahaha . Kalau salah jangan marah . Kau pergi google sendiri sana .

Apa simptom simptom yang aku alami?

Masa hari jumaat tu , aku dah mula rasa tak sedap badan . Rasa macam perut masuk angin dan badan pun mula rasa macam nak demam . Tapi masa tu aku buat tak tahu je . Makan panadol jelah nak bagi demam tu elok . Sabtu pagi tu pulak .. aku sihat je . Siap boleh joget joget lagi sambil gulung popia (aku intern kerja gulung popia .. takpe ni cerita kemudian) 

Malam nya tu .. pun aku rasa okay je. Takde rasa lapar, takde sakit perut , takde kesukaran nak kencing . Normal jeee ...

Dalam pukul 8.30 malam macam tu, aku ikut makcik aku keluar makan . Masa on the way dalam kereta tu lah , tetiba jee ... memang tetiba sangat ... aku rasa perut masuk angin yang teramat sangat . Yang peliknya , masuk angin dan sakit tu bukan dekat seluruh perut . Tapi dekat bahagian kiri je . Daripada tengah perut , dan keseluruhan bahagian kiri sampai tepi rusuk . Sakit dia memang mencabar dan buat aku berpeluh peluh haha . Masa sampai je dekat restoran tu , aku terus pergi toilet . Sebab aku ni memang kategori perut cepat sebu atau masuk angin . Dan biasanya aku paksa diri untuk muntah je nak bagi lega sikit .

Maka nya, aku pun gigih la tepuk tepuk dada , siap jolok tekak dengan jari lagi nak bagi muntah .. tapi tak berhasil . Perut pulak makin sakit . Rasa sakit tu makin menyucuk sampaikan aku nak jalan pun sakit .. nak tarik nafas pun sakit ... dan telan air liur pun sakit ...

Bila keluar dari toilet , aku dah rasa nak pengsan . Mengadu pada makcik, lepastu dia suruh pakcik aku tengokkan kot kot ada minyak angin dalam kereta . Alhamdulillah ada lah tiger balm . So, aku sapu dulu dan rasa sakit tu beransur kurang ... 

Image result for tiger balm


Lepas dah habis makan , aku cuba nak sendawa dan rasa sakit tu datang semula . Sakit dia memang sakit gila lah . Menyucuk dekat ulu hati , bawah perut dan dekat rusuk sekali . Aku cuba je tahan sakit sampai dekat rumah . Bila sampai rumah , aku terus siap siap untuk tidur . Sapu minyak angin dekat tapak kaki dan pakai stokin . Dengan harapan esok pagi angin tu hilang lah . 

Tapi anggapanku salah belaka .. haha

Malam tu nak tidur pun aku dah start rasa sakit . Tapi sebabkan mengantuk , aku malas layan sangat rasa sakit tu . Walaupun asyik terbangun terbangun je waktu tidur .. aku rasakan benda ni normal .

Esoknya pula, hari Ahad .. aku dengan Hilmi memang dah plan nak attend wedding kawan kitorang dekat Kelana Jaya. Dekat dah tu dengan Paradigm Mall . Aku yang pada masa tu memang dah sakit, gigih jugak nak pergi sebab Hilmi dah offer nak bawak aku pergi Paradigm Mall and jenjalan dekat Sephora kahkah . Demi Sephora weh ku gagahi ... 


Dalam pada sakit tu pun aku gigih mekap bagai . Walaupun tangan mengigil gigil nak lukis kening , tapi kekentalan tu memang terpahat pada dahi aku :p



Bila sampai dekat wedding tu pun , aku dah start makin lemah and makin lemah . Sebab sakit tu makin kuat . Nak berjalan pun aku terpaksa tekan dan cengkam rusuk kiri untuk support bagi tak sakit sangat . Masa dekat majlis tu pun aku tak mampu nak berborak sangat . Makan pun tak larat . Minum air pun rasa sakit . Campur dengan rasa nak marah dengan 'angin' yang tak reti reti cari jalan keluar .

Sebabkan muka aku pun dah pucat , dah berpeluh peluh lagi .. Hilmi decide untuk hantar aku balik . Sedih weh , tak dapat pergi Sephora . Aku pandang sayu je bumbung Paradigm Mall tu masa lalu depan time nak balik tu hahaha . Takpelah , dah sakit kan. Nak buat camner. Kang pengsan dalam Sephora tak ke lagi haru biru?

Macam macam cara dah aku buat untuk hilangkan rasa sakit tu. Minum Gaviscon , minum Eno halia , minum air garam , makan ubat arang , makan ubat berasaskan bawang putih , makan kapsul habbatussauda  ... satu pun tak kurangkan rasa sakit aku .

Bila malam Ahad tu, aku dah makin sakit . Nak solat pun menangis bila nak sujud sebab menyucuk yang amat sangat . Telefon Mama pun dah nangis nangis dan Mama dah bising suruh aku pergi klinik . Aku pulak degil taknak pergi sebab kononnya nak bertahan dan pergi esoknya (Isnin) supaya boleh dapat MC. hahaha kejinya . Sanggup tahan sakit semata mata nak MC :P

Tapi lama lama, aku dah taktahan sangat . Aku pun ikut jelah cakap Mama dan pergi klinik dekat dengan kawasan rumah aku . 

Masa doktor tu check , dia cakap yang aku ni mungkin gastrik . Aku pulak taktahu gastrik tu rasa dia macam mana sebab sebelum ni aku tak pernah pulak gastrik . Jadi, bila dia cakap aku gastrik .. aku angguk angguk tanda setuju jela.

Tapi dia pesan , kalau dalam masa sejam lepas makan ubat takde perubahan juga .. dia suruh terus ke hospital . Bila dah balik tu, aku terus makan ubat dan siap siap untuk tidur. Dengan harapan sakit aku ni lesap dalam tempoh sejam . 

Aku makan ubat , dan cuba baring . Tapi masa baring tu pun dah rasa sakit sangat sangat . Aku dah tak boleh baring , mengiring kiri dan kanan .. memang sakit sangat sangat . Sambil menangis tahan sakit , aku pun tertidur sebab keletihan .

Makcik aku pulak tak ada dekat rumah sebab balik kampung (aku duduk dengan makcik) .. dan sampai rumah dalam pukul 12 malam macam tu . Bila dia sampai , dia masuk bilik dan tanya aku okay ke tak . Masa tu aku baru je dapat lelap . So rasa sakit tu macam kurang sikit . Maka dengan eksyen nya aku cakap aku okay jurrrr .

Tapi .. tak lama lepastu dalam pukul 1 pagi , aku start rasa sakit semula . Makin lama makin kuat , makin tak boleh tidur , makin menangis . Masa ni dah merepek repek dah aku cakap apa ntah . Nama Mama, nama Ayah semua keluar kakakakaa . Dalam masa sakit tu, aku gigihkan tukar baju , dan pakai tudung . Siap siap kononnya anytime je aku nak terus pergi hospital . Tapi memandangkan hari dah pukul 2-3 pagi , aku jadi tak sampai hati nak kejut makcik aku untuk hantar pergi hospital. Lagipun .. dia baru je sampai rumah pukul 12 tadi. Mesti dia letih .

So seorang Farah yang considerate dan bengap dalam masa yang sama , telah menahan sakit untuk berjam jam sampailah pukul 7 pagi macam tu . dah nak pengsan baru surrender dan ajak makcik pergi hospital kahkah . 

Aku ke hospital dalam pukul 8 pagi , dan terus ke bahagian kecemasan . Cemas weh, aku sakit cam nak tercabut urat kentut dah ni . Tapi buat kan lagi bengang bila aku spend 40 minit dekat bahagian registration padahal masa tu ada 2 orang je dekat emergency. Aku, dengan sorang lagi patient.

Mungkin dia tengok aku pegang pegang perut tu,dia ingat aku period pain je kot. Sebab tu saje je buat keje slow slow. Aku dah menyirap je masa tu. Rasa nak lempar wheelchair pun ada. Tapi sis sabar je hahaha .


Dalam pukul 9 pagi baru nama aku dipanggil . Dia check tekanan darah , berat dan blabla lepastu terus bawa aku ke katil untuk dapatkan rawatan seterusnya .

Masa tu doktor yang handle kes emergency ialah Doktor Ong. Entah eh rasa betul dah nama dia Doktor Ong haha. Kalau salah sorry lah eh .

Bila aku terangkan kat dia blablabla macam cerita dekat atas ni, dia buat kesimpulan yang buah pinggang aku yang bermasalah .

"Whattt?"

Aku tak expect langsung sakit ni ada kaitan dengan buah pinggang. Ingatkan gastrik kronik ke apa kan. So dia arahkan untuk aku ambil ujian darah, ujian air kencing dan scan (CTU) . CTU -- CT Urography ialah satu procedure yang khas untuk scan masalah pada buah pinggang , pundi kencing dan kawasan kawasan sewaktu dengannya . Aku jakun sikit masa CTU ni sebab feeling macam dalam cerita Doctors. Baring .. lepastu jalan bawah gelung besar kakakaka . Selalu buat Xray je. Bila dapat scan camni, rasa excited haha .

Image result for ct scan

Proses nak tahu apa masalah aku pun berjam jam lamanya. Masuk dalam pukul 9 pagi, dekat pukul 1 tengahari baru dapat confirmkan yang memang aku masalah pada buah pinggang iaitu jangkitan kuman. Dan automatiknya, aku diarahkan untuk ditahan di wad.

Aku nak MC sehari je . sekali dapat MC seminggu terus hahahaha . Apakah ini ujian atau rezeki? Kakakak .


Proses nak masuk wad pun ambil masa sejam jugak . Dan akhirnya dalam pukul 3 macam tu baru aku dapat bilik . 

Masa dekat Emergency tu , doktor memang dah prescribed siap siap ubat tahan sakit. Jadi, sakit dekat rusuk tu dah makin 'bearable'. Kalau tak, aku nak baring pun tak boleh . 

Walaupun sampai masa aku tengah menulis ni pun, rasa sakit tu ada lagi .. tapi Alhamdulillah aku dah mampu tidur dengan lena (walaupun takdelah lena mana sebab asyik kena kejut dengan nurse je haha) .

Okay, cukup kot sampai sini dulu . Nanti aku tulis lagi satu entry dan cerita pasal tetiba pulak usus aku ada problem dan kena buat Endoscopy (procedure masukkan camera dalam perut) yang sangat 'menarik' hahahaha .

Nak pergi jumpa doktor pulak untuk checkup . bye gais! Thanks for reading & doakan iols sihat cepat k?


tropicana medical centre, bengkak buah pinggang, simptom bengkak buah pinggang, jangkitan kuman buah pinggang, hospital tropicana, hospital damansara, hospital kota damansara, buah pinggang bengkak, sakit semasa kencing, kencing kotor, kencing tidak lawas, buah pinggang kuman, kuman dalam buah pinggang, endoscopy, prosedur endoscopy, endoscopy cara, usus bengkak, usus luka, usus merah, gastrik teruk, gastrik kronik, 

Friday, September 30, 2016

De' Wajah Penyelesaian Masalah Jeragat Terbaik


Hello!

Typically orang mula risaukan muka naik jeragat bila dah masuk 3 series je . Depa taktahu ke jeragat ni budak budak muda pun boleh dapat? Tak tengok Lindsay Lohan berlakon lah tu masa dia baru umur 15 tahun , kemain banyak jeragat atas muka .

Aku dulu dulu pun sama juga. Rasa macam mak mak je layak ada jeragat kakakaka , so bila tengok kawan ada jeragat , ku tuduh mereka berusia muahaha .

Sebenarnya, jeragat ni apa benda?

Nama canggih dia ialah Melasma . Ianya merupakan perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari , terutamanya kawasan muka lah . Dan selalunya terhasil dekat area pipi . Tapi ada juga orang yang berjeragat atas hidung dan dahi .

So, apa punca jeragat ni?

Simple maths , jeragat terhasil apabila kulit kita terdedah secara terus dengan matahari . Sebab tu lah penting nya lumur sunblock satu muka . Jeragat ni tak boleh buat main eh . Nampak je macam bintik bintik halus malu malu , tapi sebenarnya boleh mendatangkan risiko kanser kulit juga .

Lagi satu, jeragat juga berpotensi untuk terhasil sekiranya kita menggunakan bahan kosmetik atau menjalankan rawatan kulit yang tak bersesuaian .

Biasanya golongan yang berisiko untuk ada jeragat ni ialah orang yang berkulit kusam dan kering. But in some cases, kulit berminyak pun boleh timbul jeragat jugak . Eh degil kan jeragat ni, dekat semua tempat dia nak menyelit haha .

Cara merawat jeragat?

Ada banyak cara nak rawat jeragat ni. Cuma option nya berbeza beza. Kau boleh pilih sama ada nak berhempas pulas cari bahan bahan semulajadi , sapu telur sapu segala macam benda aneh pada muka kalau nak ikutkan petua orang tua tu, terpulang ...

Tapi kalau nak option kedua yang lebih senang , lebih cepat berkesan dan dijamin selamat .............

Sila scroll bawah sikit ikikiki .







--------------------------------

De' Wajah


Sekarang , meh nak tanya . Siapa yang tak pernah dengar jenama De' Wajah? Kalau tak pernah tu, ada beberapa kemungkinan .

1. Mungkin kau berasal dari planet lain
2. Mungkin kau tak pernah tengok TV
3. Mungkin kau baru berusia 2 tahun .

Ahaks!

De Wajah ni merupakan antara jenama produk kecantikan 'legend - legend' dah weh  . Sama legend dengan cap "Kejelitaan adalah hak milik setiap insan" ehehe .

Dah 20 tahun weh . Muda sikit je dari umur aku . Kira seawal umur aku 5 tahun , De Wajah ni dah mula dikenali rakyat Malaysia. Kiranya mak mak nenek kita dulu layan De Wajah lah .

Tapi 20 tahun tak bermakna lopek . Sebab dia power lah boleh bertahan selama 20 tahun . Betul tak? 
Jenama yang dah dipercayai dan diakui keberkesannya seantero Malaysia .

Terbaru , De Wajah dah pun melancarkan set 5 dalam 1 yang power untuk membanteras aktiviti aktiviti keji jeragat dekat muka kita . Wajah baru De'Wajah pun nampak lagi fresh dan urban gitu. Barulah searus dunia hipster muehehee .




Set 5 dalam 1 ni memang dah dirumus special untuk korang yang bermasalah kulit kering , kusam dan berjeragat tebal . SSaapppp Sssaaappp je dia keje kan jeragat korang wiwiwiw .

Sebenarnya ikut suka lah nak beli set ke tak , tapi kalau nak kesan power, mestilah beli satu geng kan? Baru lah bersatu teguh ehehe . 5 items yang korang perlukan dalam operasi banteras jeragat ni termasuklah :

  • Sabun muka
  • Susu pembersih
  • toner
  • sunblock
  • nightcream

Setiap satu ni mendukung tanggungjawab dan kebaikan tersendiri . Jadi nya, jangan mengada cakap "awak, kita taknak pakai toner day cream bagai tu boleh tak? macam tak perlu jee"


Itu lah silapnya, kita selalu fikir untuk cuci muka je. Sebaliknya tak ambil peduli kepentingan benda benda lain macam toner, sunblock, night cream semua tu.

Penting ye penting! *ni nak marah ni haha*

  • Toner berfungsi untuk menyegarkan kulit wajah dan membantu mengecilkan appearance pori pori .
  • Sunblock pula sangat penting untuk bagi perlindungan pada kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB . 
  • Night cream pulak berfungsi untuk merawat kulit kita dari dalam sewaktu kita tidur. Masa tidur tu kan ada skin renewal, ha masa tu lah paling sesuai untuk apply nightcream dan rawat kulit kita.
  • Susu pembersih? Ha ni berfungsi untuk membuang kotoran pada kulit termasuklah excess makeup yang tak dapat dibersihkan oleh sabun muka biasa. Biar dia korek korek sampai dalam, buang kotoran. Baru lah bersih kulit tuuu .


===========================



Kesan selepas penggunaan De'Wajah



Satu minggu pertama

Untuk penggunaan minggu pertama, korang mungkin akan alami proses peeling sikit . Tapi gelupas halus halus manja manja jelah. Takdelah sampai macam udang kena kopek tu. Lagipun, secara logiknya kulit kita memang perlu untuk di'exfoliate' a.k.a digelupaskan untuk bagi ruang proses penanggalan sel kulit mati untuk ambil alih . Cuma tulah, bergantung pada preference orang lah macam mana kan . But for me, setakat peeling sikit sikit it's normal . Baru lah gebu licin muka bak telur rebus kenduri kahwin dikupas . ihiks .

Masa peeling process sedang berjalan , jangan kau gonyog gonyoh pula muka tu . Biar je. Tenang tenang je . Usah kwatir bak kata bibik aku wakakaka sejak bila aku ada bibik pulak ni ? :p

Untuk kurangkan rasa ketidak selesaan (kalau ada lah) masa peeling tu, adalah disarankan untuk korang lebihkan penggunaan susu pembersih . 

Wai why Y?

Sebab susu tu akan neutralizekan semula kulit dan juga melembutkan . Faham kan?

Satu bulan berikutnya

Waktu ni, kulit dah semakin serasi dengan produk . Kira BFF dah lah kan. Makanya, teruskan pemakaian secara konsisten sampailah semua  pigment, jeragat-jeragat, bekas-bekas parut dan lain-lain telah bersemadi secara abadi . 

Pada tahap ini masih berlaku peeling juga . Macam aku cakap tadi lah , mengelupas halus-halus manja manja je . Biarkan k ! jangan mengada usik-usik atau  garu-garu! *amaran , babab kang!

2-3 bulan berikutnya

Pada tahap ni, korang akan rasa makin selesa guna produk ni. Kulit pun makin serasi dgn produk. Masa ni, dah takde dah peeling sangat mcm mula-mula dulu. Sebab, dah banyak sel-sel kulit mati dan jeragat yang telah berjaya dibanteras. Tapi , jangan berhenti pakai pulak . Konsisten je teruskan pakai k? Cumanya , dah boleh maintain guna nightcream tu, seminggu 3-4 kali saja. Dah tak perlu nak pakai tiap-tiap malam macam mula-mula dulu dah.

Untuk produk lain yang macam sabun pembersih , toner dengan daycream ... wajib pakai hari hari k? Pulak tu .. tolonglah elakkan daripada sesaja berjemur tengah panas . Kalau degil gak , macam mana kulit tu nak dirawat . Baru je nak hilangkan satu jeragat , satu jeragat lain lak timbul .

Kalau dah terpaksa sangat duduk tengah panas tu misalnya dah memang cikgu kelas paksa masuk kawad rumah sukan , korang apply day cream lebih sikit k ? Sebab dalam daycream tu ada sunblock . Jadi biar tebal tebal sikit pakai day cream untuk perlindungan UV yang optimum . Ngerti?


================================





Untuk permulaan nak cuba cuba, korang boleh start gunakan trial pack dulu . Walaupun kecik , tapi boleh tahan untuk penggunaan sebulan lebih jugak . Nak angkut pergi hanimun hatta balik kampung suami sekali pun , angkut je set ni . Kecik pun kecik , senang bawak . Set trial ni cuma RM84.70 jurr sisturr .

Kesimpulan dibuat , kalau kau bermasalah jeragat hatta sekelumit sekalipun ... cepat cepat lah bertindak sebelum ianya jadi lebih parah dan teruk .

Maka dengan itu dengan cepat jugalah kau beli set De Wajah ni k?

Mana nak beli ? ni bawah ni ...

Hotline : 03-5511 8519
Whatsapp 1 : 019-317 8007
Whatsapp 2 : 019-2028 983
Whatsapp 3 : 016-2250 686
FB 1 : De'Wajah HQ



Sekian wabillahitawfiq walhidayah , wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh * gigih aku taip kekeke .



dewajah malaysia, set dewajah malaysia, set jeragat, petua jeragat, petua rawat jeragat, cara hilangkan jeragat, produk hilangkan jeragat, produk jeragat, jeragat cara hilang, cara hilangkan jeragat