Wednesday, October 30, 2019

Kedai Spect Murah Favourite Kitorang di Berjaya Times Square | Serendah RM61 Complete Lens


dua dua spect kitorang pakai ni buat dekat kedai ni jugak


Masa aku kerja dekat PayPal dulu , memang ada diperuntukkan elaun untuk rawatan gigi (dental) & buat cermin mata (optical) Makanya tiap 6 bulan, mesti aku sibuk buat spect baru semata sebab nak claim wakakaka.

Untuk optical, ada allocation RM250 je so biasanya boleh dapat 1 spect jela kan? Tapi since aku rajin buat dekat satu kedai murah ni, aku dapat la buat lagi satu spect untuk Hilmi.


Spect macam aku pakai ni, cuma RM80 jeee. Tapi sekarang, ada promo lagi murah iaitu RM61 jurr sis. Lengkap sekali dengan lens & siap dalam masa 1/2 jam.

Meh aku tunjuk kat kedai mana aku buat spect ni.



Ekceli spect pertama aku buat dekat Sg Wang. Tapi since kedai ni ada branch dekat Berjaya Time Square, so aku lagi rajin buat dekat Times Square je. Alang alang boleh jalan jalan sekali hewhew. Spect mak aku, spect Hilmi, semua buat dekat sini. And kedai ni pon memang viral dekat Sg Wang.  Tapi yang dekat Times Square ni ramai belum tahu kot. So alang alang tu biar aku bagitahu.

Nama kedai ni ; 

PERFECT OPTICAL





Kedai ni dekat tingkat 3, bahagian EAST taw. Nak senang. korang cari je lift belah EAST and naik terus tingkat 3 sebab memang dekat dengan lif je kedai ni.


Tu lif nyee


Tingkat 3, EAST. NGERTI KAMU?

Aku perhati ramai jugak blogger review kedai spect viral haritu tapi aku tak sure kedai mana satu dorang pergi. Tapi kalau dekat Sg Wang rata rata memang murah pun. Tapi sebabkan aku ulang ulang gi kedai ni je, so k la k la aku kena laa menangkan kedai ni hewhew.



Kalini kitorang datang untuk keberapa kali tah hahaha layankan Hilmi nak buat spect extra. Berkobar dia nak cari spect khas untuk dia pakai time bersukan je haha. Takpe bang, teruskan semangat kesukanan tu. Ada harga RM61, ada RM80. Design pun semua cun cun. Sejenis ikut trend semasa la semua design dia ni.

confuse nak pilih design mana satu

dah pilih boleh terus check power mata


K gais kalau rasa nak buat spect murah, design trendy kpop kpop boleh laa datang sini. Dari segi kualiti bagi aku okay je, sesuai laa dengan harga. Mana mana spect pun kalau pandai jaga elok je kan. Cuma masa nak buka spect tu jangan tarik ke sisi  tapi buka elok elok guna dua dua tangan , kalau tak dia cepat loose/patah.


Sekian,
 "selesai menjawab soalan kepada ramai yang tanya aku buat spec dekat mana" hehe .. 










Related search ; kedai spec viral sg wang, kedai spek viral sg wang, kedai spek murah sg wang, kedai spek murah times square, kedai spek murah kl, kedai spek murah selangor, kedai spek murah cepat siap, kedai spek siap 1 jam, kedai spek siap 30 minit, kedai spek murah malaysia

Tuesday, October 29, 2019

[GAMBAR] Jom Intai Tengok Suite Pilihan Keluarga Diraja &VVIP Menginap Di AnCasa Royale Pekan Pahang


Kalau dah namanya suite, memang bukan untuk orang ashe ashe macam kita lah untuk menginap kan? Kebiasannya memang jadi pilihan orang ternama, golongan diraja, selebriti dan VVIP jela yang mampu. Mana taknya, harga rate satu malam je serendah RM3,000 . Dah sama macam nilai aku sewa rumah untuk 3 bulan hehe.

Kalau selalunya cuma tengok dalam TV ataupun gambar dalam internet je, kalini aku berpeluang tengok sendiri dan jejakkan kaki kedalam suite mewah masa stay di AnCasa Royale Pekan haritu. Memang cantikkk wey! Mampu berangan jela duduk dalam bilik macam ni. Saiz suite tu je lagi besar dari saiz rumah aku haha.

Di AnCasa Royale Pekan ni, ada beberapa kategori bilik; bermula dengan Deluxe Premier, diikuti dengan :


  • Family Suite
  • Junior Suite
  • Executive Suite
  • Premier Suite

Ini aku dah susun ikut keluasan dan ofcos harganya hehe. Premier Suite tu kalau tak silap aku harganya RM7,000 satu malam. Tapi memang grand dan mewah dalam tu. Semua perabot, susun atur, layout, interior design memang another level. Sepadan la dengan harga. Tapi rasanya lagi 20 tahun pun belum tentu aku dapat duduk dekat suite tu hehehe. Ukur baju di badan sendiri wakk. Deluxe Premier pun dah cukup mewah dah bagi aku haha.

Okaylah, ayuh aku santapkan gambar gambar yang aku ambil masa room tour haritu. Dan cembiasa la, bakal terselit gambar pelik pelik daripada aku & Pika hahaha. Yang specialnya jom kita tengok gambar gambar suite yang biasanya orang kenamaan dan golongan diraja je duduk.

Ayuhh!


sis duduk Deluxe Premier je, tapi selesa gilo! and mewahh 

Sunday, October 27, 2019

VIVO NEX3 Datang Dengan Kamera 64mp, Waterfall FullView Display & 5G

Dalam masa tak sampai sebulan, Vivo dah lancarkan satu lagi smartphone yang lagi power dan gempak iaitu Vivo NEX 3. Apa istimewanya Vivo NEX 3 ni? Okay jom kita tengok satu satu function yang ada pada smartphone ni.

Saturday, October 26, 2019

Pengalaman Menginap di AnCasa Royale Pekan Pahang

Me and@syafiqahhashimxoxo

Aku baru je lepas balik dari Pekan, Pahang haritu. Yasss, daerah kelahiran bosskurr lah dekat situ. Selama ni aku selalu je lalu lalang dekat Pekan tu masa family aku still duduk Johor, and bila nak balik Kuantan, memang passing by Pekan ni. Tapi tak pernah lah pulak duduk bermalam dekat sini. Setakat berhenti makan, rehat rehat and buang air jela dekat Shell depan river cruise tu haha.

So kali ni, setelah berkali kali ulang alik celup kaki je dekat Pekan, finally dapat juga bermalam dan explore serba sedikit apa yang ada dekat sini. Kalau datang masa bulan puasa, lagi syok dekat sini sebab bazaar ramadhan dekat Pekan ni lain machiam sikit. Juadah dijual semuanya rare. Memang puas hati. And paling wajib aku singgah beli ialah Murtabak Mengkasar. Yang ni memang wajib cari kalau korang datang Pekan. Ada branch nya dekat Kuantan tapi rasa dia tak sepadu yang dekat Pekan ni lah (*sorry takde gambar).

View dari belakang hotel, pool area


Wednesday, October 16, 2019

Lost World Of Tambun : Sambut Halloween Bertemakan "Day Of The Dead" | Unik, Glow in The Dark & Cantik!


Masuk je bulan Oktober, mesti perasan banyak dah cerita seram seram mula keluar dekat wayang. Why? Cause it's Halloween month! Walaupun Malaysia takde buat sambutan Halloween secara besar besaran, tapi ramai yang ambil kesempatan ini untuk turut sama join the fun. Kedai cenderamata pun banyak mula jual accessories dan decoration untuk Halloween. Kalau aku still kerja dekat PayPal, masa ni lah masing masing sibuk compete dengan team lain untuk deco isle meja kerja kitorang dengan decoration yang paling spooky. 

Yang paling aku ingat, deco yang seram gilaa masa tu ialah deco team night shift . Sebabkan kitorang morning shift, bila masuk office pagi tu, masing masing terkejut tengok ada pocong tergantung depan pintu hahaha. Main kasar kan? Dah la masuk office pukul 5.30 pagi. Deco team kitorang pulak? Comel comel je takat letak sarang labah labah dengan kelawar hahaha. Tak extreme langsung!

Kalau tema seram seram macam zombie, cik pon, cik poc tu dah biasa orang guna untuk Halloween, apa kata kalini kita buat kelainan sikit, jom?

Di Lost World Of Tambun, korang akan alami sambutan Halloween yang sangat sangat berbeza! Penuh dengan cahaya, dekorasi yang glow in the dark dan hiasan yang cantik! Confuse kan? Dah kenapa Halloween cantik cantik pulak ni?



Sebab tema yang dipilih Lost World of Tambun tahun ni ialah "DAY OF THE DEAD" . Kalau korang pernah tengok cerita animasi "The Book of Life" (2014) ataupun "Coco" (2017) , mesti korang akan  boleh instantly relate tema ni dengan jalan cerita dalam dua filem animasi ni.

Starlight Carnival @ Genting Highlands



Rasanya dah dekat 10 tahun kot tak sampai atas Genting Highlands ni. Selalu aku datang pun takat sampai Genting Premium Outlet je,  tu pun masa on the way nak balik Kuantan. So yass, kali ni aku pujuk  Hilmi & ajak dia naik sampai atas hehehe. 

Kitorang pergi weekend lepas. Memang dah lama plan nak jalan jalan Genting Highlands ni tapi selalu macam terfikir, "nak buat aktiviti apa eh?" . Since kitorang dua dua bukan la jenis yang minat nak main theme park sangat. so kalau setakat naik atas tapi tak buat apa apa, rasa hambar pulak.

Since aku dapat tahu yang 'Starlight Carnival' dah bermula, so ni la masa terbaik nak jalan jalan dekat Genting tuu.


Starlight Carnival secara ringkasnya ialah sebuah festival yang diadakan di ruangan terbuka, dimana konsepnya dekat sini, untuk korang boleh having fun dibawah cahaya bintang bintang gitew. Ianya cuma available setiap hari Khamis, Jumaat (6pm-12am) dan Sabtu (3pm-1am)  sahaja dan berlangsung selama 3 minggu, sampailah 2 November 2019. 

Tuesday, October 8, 2019

Dorsett Grand Subang BBQ & Steamboat Buffet Dinner Review & Cara Untuk Dapatkan Promosi Beli 1 Percuma 1!


Masa aku baca kawan kawan blogger lain ada share pasal "Dorsett Grand Subang 3 Wishes" , aku dah start rasa uwuuuuu bestnya! Memang plan aku rasa sekali sekala nak la staycation over the weekend kan, tidur dekat hotel walaupun Kajang dengan Subang tu sejengkal je jauhnya haha. 

Kalau korang taktahu lagi apa itu "Dorsett Grand Subang 3 Wishes", okay biar aku explain sikit.



Ini merupakan limited time promo bermula 1 April 2019 sehingga 31 December 2021 yang diadakan oleh Dorsett Grand Subang, dimana sepanjang promo ni , korang bukan je boleh enjoy 25% Best Available Rate (BAR) tapi dapat juga pilih 3 wishes iaitu 3 jenis complimentary services dibawah yang korang nak. 

Antara wishes yang korang boleh pilih :

PERCUMA - Sarapan untuk 2 orang di Terazza Brasserie (Daily)
PERCUMA - Upgrade bilik ke Bilik Deluxe setiap penginapan
PERCUMA - Perkhidmatan Menggosok 2 pcs pakaian setiap penginapan
PERCUMA - 1 Dorsett Mocktail dari pukul 5 petang - 8 malam untuk 2 orang di Piano Lounge
PERCUMA - 1 canister Dorsett Signature Cookies setiap penginapan
PERCUMA - Perkhidmatan isian Minibar setiap penginapan (minimum 2 malam menginap)


Best kan? Tak cukup dengan tu, korang boleh enjoy penginapan penuh selama 26 jam. Dah cukup 26 jam haa baru checkout. Ngam kan? Biasa tidur hotel, tak cukup 24 jam dah kena check out kan. Rugi rugiii.

For more details about review penginapan di Dorsett Grand Subang dan 3 wishes ni, korang boleh baca dekat belog diorang ni ;



Okay, sekarang kita taknak cerita pasal bilik atau penginapan dekat sini. Tapi aku nak share sikit experience aku layan BBQ & Steamboat Buffet Dinner di main restaurant Dorsett Grand Subang ni iaitu di Terazza Brasseri. Dekat sini la biasanya guest hotel akan breakfast. Kiranya ni restaurant terbesar dalam Grand Dorsett Subang ni.

Menariknya, tema buffet dinner dekat sini berbeza beza mengikut hari. Kalau nak layan BBQ & Steamboat buffet, korang kena datang pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Pada hari Rabu dan Khamis pula ada International Buffet Dinner. Yang ni lebih kepada tema western dan italian rasanya. Aku pun tak berapa sure tapi bagi aku kalau rasa nak layan buffet, better korang datang for BBQ & Steamboat Buffet Dinner. 

Kenapa? Okay meh aku senaraikan sebab sebabnya .

1. Badan Tak Bau Asap Sebab Tak Perlu Grilling

Monday, October 7, 2019

Jamaica Blue : Cafe yang famous dengan 'Blue Mountain' coffee dan menu ala Jamaican yang sedap!




Aku sendiri susah nak kategorikan diri aku ni introvert ke extrovert. Sebab ada masa masa, aku rasa macam asyik nak keluar je, jumpa kawan kawan, kenal orang baru, pergi event sana sini. Tapi ada masanya, aku langsung tak rasa nak keluar rumah. Even lapar dan bahan tak cukup dekat dalam rumah pun, sanggup aku makan je apa ada (tapi most of the time order dekat Food Panda la haha). Tapi apa kategori sekalipun, yang aku tahu, kalau tetiba aku rasa nak mingle dan nak lepak dengan kawan kawan aku, aku akan make sure tempat kitorang nak jumpa tu mestilah bestt!

Masa sesi 'lepak' aku haritu, aku jumpa Amira & Amin. Patutnya ramai lagi tapi masing masing ada hal. Makanya, kitorang bertiga jela. Diorang dua ni kawan aku masa sama sama kerja dekat PayPal. Amin sekarang kerja as freelance reviewer/ write. Amira pulak kerja dekat Shopee. Office dia dekat sebelah Midvalley Megamall je. Makanya, untuk sesi membawang kali ni, aku pilih untuk lepak dalam MidValley Megamall je.




And yas seperti di title telah tertulis, kitorang mengopi di Jamaica Blue, MidValley Megamall.

For some people, ni mesti first time korang dengar nama Jamaica Blue ni kan? Bagi aku pulak, dah selalu nampak cafe ni, cuma aku lalu lalang je depan dia haha. Tak pernah terdetik nak singgah atau cuba lagi. Akhirnya , kali ni rezeki la untuk aku cuba apa yang ada dekat Jamaica Blue ni.

Cookies dan bakes pun banyak

Antara pastries yang korang boleh cuba dekat Jamaica Blue ni

On My Instagram