Tuesday, September 27, 2016

The Battle of the Cheese Tart!


Hello!

Nape eh?
Sekarang ni rasanya macam semua benda nak di'cheese' kan. Murtabak cheese, Roti john cheese, Nan Cheese, Goreng pisang cheese.. Bila ada cheese je, terus menu tu jadi hipster kekeke .

Aku pulak , pantang jumpa kalau makanan ber-cheese cheese ni . Memang penggila cheese. Takkisah lah apa spesis cheese sekali pun . Cuma blue cheese je aku tak pernah makan , and rasa macam tak teringin nak makan . Sebab rupa dia aneh sikit . Dah la warna biru , nampak macam dah berkulat hahaha . Wehh sape je makan cheese tu ? Tak faham aku .

And newest one , tengah highly raved -- CHEESE TART!!

Wohoooo !

Aku dengan Wani , memang sisturrr sangat dan berkongsi minat yang sama . Iaitu -- MAKAN! hahaha . So bab food hunting ni , memang kitorang sekepala sangat . Lagi lagi bab hunting desserts . Memang kitorang paling suka berjalan jalan cari cafe yang ada kek sesedap . Bila hujung minggu je , gigih search dekat instagram , cari cafe mana yang tengah hot in town & serve kek yang best best .

So kali ni , kiotrang tukar carian kitorang kepada 'MEMBURU CHEESE TART' pulak .

Buat masa ni , dah 3 tempat kitorang pergi dan cuba cheesetart diorang . Benda yang tak best pasal Cheesetart ialah ........ MAHAL!!

Yang paling murah kitorang dapat , harga nya RM5.90 . Yang paling mahal pulak RM7.90
Sekali ngap , dah habis . Syahdu sangat bila makan tu . Dapat nikmat sedap disulam dengan rasa syahdu duit RM7.90 habis camtu je hahaha .

So kat sini , aku nak buat ranking top 3 cheesetart tersodapp (ikut tekak kitorang) bermula daripada no.3 sampai lah no.1 , okay?



3. Lavender - (RM6.00)


Image result
Photo credit : http://blog.saimatkong.com/


Cheesetart dekat Lavender ni sedap , cuma crust dia cam kureng sikit . Macam lemau . Taktahu lah kot sebab dah lama dekat rak tu kan . Tapi cheese dia memang sedap . Out of 3, aku letak dia nombor 3. Sebab apa? Sebab suka hati aku lah , tekak aku muahahahah *keji

2. Hokaido Cheese Tart -  AEON Shah Alam (RM5.90)

Photo credit : http://www.burpple.com/hokkaido-baked-cheese

Yang ni, aku tak sure dia ada outlet kat tempat lain ke tak. Tapi so far, aku jumpa dekat Aeon Shah Alam je. Yang ni best sebab membezakan dia dengan Lavender, Hokaido Cheese Tart ni di bakar time time tu jugak . So rasa fresh gitu . Tapi, masa part dapat bahagian aku , aku dapat yang dah sejuk kakaka . So , macam tak best lak sebab tak panas panas . Next time aku cuba request yang panas panas. Maybe ranking ni boleh berubah kot . We'll see .

1. Tokyo Secret (RM7.90)

Photo credit : http://thedoubleeaters.blogspot.my/

Ni takpayah cakap lah. Bersepah dah kiosk Tokyo Secret ni dekat mana mana . Memang serius ni terpaling sedapppppp sekali . Crust dia sedang elok je , tak keras , tak lemau . Dan mostly setiap kali beli , mesti dapat yang panas punya . Maybe sebab selalu habiss je kan cheese tart dia, so selalu ada batch baru yang dibakar . Alaaa tulis ni je pun dah terliur . Rasa nak gi singgah beli je masa balik keje haha . Cuma tu lah , mentang mentang sedap ... harga pun mahal . RM7.90 seketoi haha tapi memang puas hati bila dapat lalu kat tekak .



Korang pergilah cuba pulak . Pastu meh cerita, antara 3 ni ... mana yang paling sheeeedaaaaps? ihiks .



hokaido cheese tart, tokyo secret cheesetart, tokyo secret halal, tokyo secret tak halal, sedap tokyo secret, cheesetart sedap, kedai cheesetart, cheesetart malaysia, harga tokyo secret

On My Instagram