Monday, September 26, 2016

8 Sebab untuk dapatkan Huawei Honor 8



Kalau dalam aspek memilih handphone , tak terhad kepada nak kan phone yang design nya cantik dan in-trend je. Tapi, kenalah ambil kira ciri ciri ada pada handphone tu, sama ada berbaloi untuk dibeli atau tak. Harga pulak , mesti setanding dengan kualiti .

Dengar dengar pulak sekarang ni ... jenama phone terkini yang tengah makin femes dan  power ialah Huawei!

Sebelum ni, kemunculan Huawei dalam mengeluarkan smartphone , orang macam tak ambil tahu sangat . Sebab katanya, phone China. Takut sangat kalau phone tu lopek lopek .

Tapi ... bermulanya daripada kemunculan Honor series daripada Huawei , semua dah mula "WALAWEH ..  BEST WEYY" , sebab phone 'china' yang korang rendah rendahkan , sekarang lagi powerrrr dan semakin power .

Hilmi daripada dulu memang dah selalu puji puji Huawei ni , tapi aku buat tak layan je sebab aku kan budak budak iphone kahkah . Tapi, sejak dia pakai Honor 6 , aku dah perasan "ehh apasal cam best je Huawei ni.. "

Rasa hati ni memang dah lama nak bertukar ke Huawei tapi asyik "Nanti dulu nanti dulu .. "

Sekarangg ...

Bila Honor 8 dan bersedia nak buat kemunculan terbaru , aku jadi tak senang duduk dah . 

Sebab apa? Sebab features terbaru pada phone Huawei Honor 8 ni memang buat aku speechless!

Nah, aku sediakan senarai 8 sebab kenapa aku, kau, dia , kamu , korang semua perlu miliki seketol Huawei Honor 8!!

On My Instagram