Monday, July 22, 2019

The Entertainer : Jimat Banyak Dengan Deal Buy 1 Free 1 Gunakan Apps ni!

Siapa tak suka promosi beli 1 percuma 1? Kalau tak suka maksudnya korang kaya gilo wey. Tapi rasanya kaya cemana pun , kalau ada deal buy 1 free 1 for sure semua orang nak. Sebab tu menandakan perbelanjaan kita tu berbaloi. Dapat 2 barang pada satu harga. Kan penjimatan berganda tu?

Nak tak kalau aku share dengan korang cara macam mana nak dapatkan  BERIBU deals beli 1 percuma 1 especially untuk makan dan juga penginapan?

Tapi kalau korang taknak pun aku nak share jugak wakakak sebab benda baik haruslah dikongsi, tak gituuuuu?

Caranya sangat mudah! Cuma download apps Entertainer dan SUBSCRIBE! Subscription pula ikut tahun. Contoh untuk tahun ni, kita ada pakej Malaysia 2019

Harga asal subscription Entertainer ni ialah RM180 tapi sekarang ni ada promo sempena dah setengah tahun kan, cuma RM65 sahaja untuk pakej Malaysia 2019 . Pakej ni valid sampai 30/12/2019 . 



Aku mula subscribe Entertainer ni sejak November tahun lepas (Sebab aku ambik terus pakej 2018 & 2019). Dannnn dah macam macam tempat aku redeem dan guna deal 1 FOR 1 Entertainer ni. Sangat berbaloi. Meh sini aku senaraikan antara tempat best yang aku dah redeem. Best wooo makan fancy fancy dan mewah mewah tapi pada separuh harga.

Note : Ada satu entry aku dah pernah cerita pasal aku beli air Dream Color 


1. Beard Brothers BBQ , Tropicana Damansara



Ni memang tempat favourite aku dengan Hilmi. Dah habis guna dah pun haha. Tapi kalau dah habis guna, boleh claim semula untuk extra deals di restoran yang sama menggunakan Smile Points. Ok smile point ni nanti aku cerita lepas ni.



Beard Brothers BBQ ni menunya fokus pada masakan BBQ ala texas. Masak BBQ guna 'smoke' style. Daging biasanya dimasak lebih daripada 24 jam makanya memang juicy sangattt la dagingnya bila masuk mulut. Sangat lembut dan gebu! Daging lembu, kambing dan ayam semua ada dekat sini. Fave kitorang 'Texas Star' & 'Sheep Thrill' . So setiap kali makan dekat sini  kitorang akan gunakan Entertainer. Kalau biasanya 1 hidangan tu harganya RM28, kalau 2 orang mesti lah dah RM56 kan? Tapi dengan Entertainer , cuma bayar RM28 je.

Uwahhh best kan?


On My Instagram