Thursday, October 19, 2017

PayPal Protector Charity Night Run : RUN . PROTECT . SAVE


Aku macam perasan sekarang ni dekat facebook, ramai kawan kawan share gambar pergi night run. Seronoknya lah tengok masing masing aktif je join lari lari ni. Aku nak bawak badan pun tak larat. Stamina tu hancus. Naik tangga pun semput ahahaha . Buek malu je . Tapi still rasa teringin juga lah nak join lari lari ni . 


Now, siapa yang suka sangat join sana sini Night Run? Jom la sign up untuk PayPal Protector Charity Night Run pulak! Berlokasi di Central Park, Bandar Utama 28 Oktober 2017 nanti . So, minggu depan lah kan?

 Ada dua kategori tau ;

5 KM (RM65) 
11 KM (RM75)






Bukan setakat lari lari untuk kejar menang ke tak menang. Tapi korang boleh juga datang untuk berseronok duaronok dengan kawan kawan dan family sebab banyak gila aktiviti sampingan yang disediakan ;


  • Glow-in-the-dark face paint
  • DJ and mini concert
  • Race & Party zone
  • Family & Kids play zone
  • Food Trucks

So, 28 October 2017, bermula pada pukul 8PM @ Central Park, Bandar Utama ye gais.



(UPDATES : REGISTRATION CLOSED!!!)



For more information, please contact THANA 012 200 2797 (info@spectrumglobalevents.com)





(p/s : hmm .. maybe next year kot I join. Kasi badan ni fit sikit dulu hehe)

Bayar Sephora Online Menggunakan PayPal


Masa private sale Sephora 20% haritu ada lah sorang kawan ni request suruh belikan Fenty Beauty punya Kilawatt highlighter. Tapi sebabkan dekat most outlet Sephora dah habis, kena lah beli online je. So on behalf of my friend, makanya order lah secara online. 

Image result for sephora fenty highlighter


Tetiba bila nak checkout untuk bayar tu, ada dua je option sama ada nak guna Credit Card atau PayPal je. Tetiba juga masa tu dah panic. Panic sebab I takde credit card, and PayPal I pulak takde link / add card. Plus, lama dah tak guna PayPal untuk purchase apa apa, so rasa noob sikit. Padahal sendiri keja PayPal pun takboleh nak sort things off hahahaha .


Payment VIA PayPal

Makanya mula mula try lah option untuk add credit card tu sebab dia kata boleh add debit juga. But somehow entah macam mana, card tak boleh verify pulak . Aisehmenn .

Nak tak nak, terpaksa lah guna PayPal. Pakai PayPal ni senang je sebenarnya cuma first time setup yang leceh atas sebab security reason. Kalau nak add card ke, link kan credit card atau add bank account, memang kena go through verification process which agak leceh sikit but sangat bagus lah for security purposes. Lagipun, kalau buat pembelian melalui PayPal, korang akan 100% covered by PayPal. Incase barang tak dapat ke, duit kena curi ke apa, PayPal tanggung. Ok sambung cerita pasal PayPal dekat post lain ye hehe .


So, proses pembayaran berjalan lancar. I suka add/topup credit daripada linked kan dengan card sebab bahaya takut terbelanja lelebih haha . Biasanya I akan add/topup credit dari RHB ke PayPal. Senang . Cumanya kalau balance tak cukup , and time tu nak kena bayar. Kena dua kali kerja lah pergi web RHB dulu – login – transfer credit ke account PayPal. Tapi senang je ni. No hassle. Tak susah pun. So, takde masalah lah dekat part tu.

Tengok tu. Ada option PayPal & Credit Card je


Yang buatkan I confuse sikit ialah, seingat I sebelum sebelum ni I beli barang Sephora MY online, semua bayar guna payment gateway yang linked dengan Maybank2u and CIMBclicks tu. Tapi masa order haritu, option tu yilekk hilang!

But , bila check website Sephora tadi , ehhh! ADA PULAKK!


!! Rupanya kalau beli melalui mobile apps, memang TAK ADA CHECKOUT OPTION GUNA M2U. Ada PayPal je. If guna website/desktop view baru ada option untuk M2U. For purchase using apps, cuma ada option PAYPAL & CREDIT CARD !!

Lepasni kalau nak beli tu, kena guna website lah. Baru senang bayar guna M2U je. Tapi kalau korang prefer guna PayPal pun boleh jee . Mana mana pun senang. Cuma untuk Malaysian, PayPal tu macam masih baru lagi untuk kita and kita tak biasa guna.

p/s : I’m so glad to know that checkout via Bank Transfer is actually there the whole time hahahaa :D


On My Instagram